Monday, 25 January 2016

Siapa Kita Untuk Menilai dan Menghukum Orang Lain ?





Sejak kita tahu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk, adakah kita lebih kerap membuat penilaian terhadap perbuatan orang lain berbanding perbuatan diri kita sendiri..? 
.
Dalam kita menilai orang jahat tu ahli neraka, golongan terlaknat, munafiq ETC adalah lebih baik kalau kita lebih menilai diri kita sendiri terlebih dahulu..
.
Jangan merasakan diri seolah² diri kita ni lebih baik dari orang lain yang kita pandang.. Hakikatnya, kalau kita cakap orang lain jahat dari diri kita, dan meskipun kita tak berkelakuan jahat seperti orang sekeliling kita, realitinya kita lebih jahat.. Jahat tang mana tu..? Tang hati.. Kejahatan hati lebih dasyat daripada kejahatan perbuatan..
.
Menilai orang lain jahat, golongan terlaknat boleh menyebabkan pintu hati kita tertutup daripada terus mendoakan mereka agar dikurniakan hidayah olehNya.. Seolah², diri kita yang tak tahu apa² ni dapat merasakan yang Tuhan dah kunci mati hati mereka daripada menerima hidayahNya.. Kita ni, jaga Luh Mahfuz ke sampai dah boleh tahu kehendakNya..? Kita kena dahulukan Tuhan dalam menghukumi manusia.. Bukan kita yang lead dalam menghukumi manusia lain..
.
Siapa kita nak jadi penghukum..? Mereka yang buat silap tu, sejahat Firaun kah..? Sejahat² Firaun tu pun, Allah mengarahkan Nabi Musa untuk tetap berlembut padanya meskipun Firaun tu musuh Allah.. Allah tetap mahukan sunnah alam tu tetap diikuti walaupun Dia Maha Tahu yang Firaun tu tetap akan mati dalam kekufuran..
.
Kalau kita hukum seseorang tu keras hati, tak boleh terima nasihat, adakah tugas kita dalam berdakwah selesai..? Of course not kan..? Ikutlah cara Rasulullah yang terus²an memujuk bapa saudaranya, Abu Talib untuk memeluk Islam walaupun pengakhirannya dia mati dalam kekufuran..
.
Kalau sebelum ni, kita suka tegur kasar², why not lepas ni cuba tegur elok².. Batu yang besar boleh terhakis dengan titisan air terjun.. Apatah lagi hati manusia yang fitrahnya sememangnya lembut.. Mana la tau, kot² dengan berlembut tu Allah lembutkan hati mereka utk terima.. Bila orang tak terima dakwah kita, ada ke terus²an berdoa agar Allah lembutkan hati dia..? Atau dek kerana perasaan benci kita padanya, kita sanggup tadah tangan dan mendoakan agar mereka hancur..? Siapa yg lebih jahat kalau bukan orang yang selalu mengharapkan kehancuran orang lain..
.
Berkata Imam Al Banna, “Jadilah umpama pohon kayu.. Orang membaling kita dengan batu tapi kita membalasnya dengan buah”
.
Banyak lg contoh dakwah yang boleh kita tengok dalam sirah Nabi.. Allah sendiri pernah berpesan pada Rasulullah, agar jangan berkeras dalam berkata² sebab kata² yang kasar hanya akan menjauhkan manusia lain.. Makanan yang lazat pun, kalau kita campak atau balingkan pada orang, terbantut nak menjamahnya.. Siapalah yang boleh jamin orang jahat tu akan mati dalam keadaan kufur..? Boleh jadi, yg warak mati dalam keadaan su'ul khotimah seperti kisah seorang a'bid.. 
.
Tak payahlah sibukkan diri dalam mencari keburukan dalam diri orang lain.. Pandanglah keburukan sendiri.. Hukumlah diri sendiri, jangan suka menghukum orang lain.. Selalulah pandang cermin yang memantulkan kesilapan diri.. Bukan gunakan kanta pembesar untuk melihat keaiban orang lain..
.
Refleksi diri dan muhasabah bersama..

#tak sihat melanda diri .. alhamdulillah allah sayang diri ini ..

3 comments:

  1. Setuju... Kadang sampai letih bila ada issue dok judge org tu macam2...kita pun bukan baik sgt ...tapi itulah realiti

    ReplyDelete