Saturday, 23 January 2016

Dalam Satu Ungkapan Hijrah

Dalam Perjalanan , Dalam Satu Ungkapan Hijrah .




Alhamdulillah , Allah beri hidayah pada aku, kau , 
Mereka dan mereka . Bukan semua perolehnya .
Aku ulang , bukan semua perolehnya . 

Ada orang dia asal kafir . Alhamdulillah Allah ,
Beri hidayah dia dapat peluk Islam .
Ada orang dia asal Islam , tapi akhirnya murtad 
( Moga Moga Dijauhkan ) .
Ada orang dulu kaki minum arak , berjudi , zina , 
Perogol , penyamun . Semua ada . Tapi sekarang ,
Hafaz 17 juz , 27 juz . ( ko dah berapa juz ainaa ? )

Memang tak dinafikan , dalam perjalanan hijrah .
Pasti tersungkur ke lembah lembah kejahilan  
Dahulu . Bukan aku sahaja pernah alami , 
Kamu jugak wahai pembaca , mereka juga .
Tak usah nak tipulah , kalau terus terusan ,
Tiada halangan dalam perjalanan .
Sedangkan seketul batu bata yang kecik , 
Diletak kat jalan , boleh mengundang kemalangan .
Apatah lagi macam kita ni manusia .

Kadang kadang terbuat jugak benda lama .
Sebab itulah dikatakan bahawa iman ,
Kita zaman kini , ada turun naik .
Ada satu hari iman kita punyalah meningkat ,
Giler giler punya , ( sampai gila aku menaip )
Mengajinya , berzikir , ibadat sunat tak tinggal .
Macam macam lagilah . Kiranya itu hari paling 
Mulia dan bagus mati pada ketika itu .

Tapi pernah tak suatu hari .
Iman kita , Ya Allah tak tau aku nak cakap .
Cukup pandang diri aku . Buat itu malaz , 
Nak mengaji pun malaz , mengumpat oranglah , 
Berzikir pon seminit dua aje . Kalau dengar 
Lagu boleh pulak sampai berejam . Siap hafal lagi .
Itulah hari paling celaka dalam hidup .
Tapi lepastu , taubat balik .
Alhamdulillah bagus dah tu . 
Lepas tu weii , buat lagi .
Memang manusia tak pernah malu dan serik .
Esspecially aku .

Itu belum kira , orang ngutuk kita , 
Fitnah kita . Yelah siapa suka tengok kesenangan 
Orang lain . Nampak dia pakai pakaian sunnah ,
Terus cop ustaz / ustazah . Padahal tu pakaian 
Sunnah . Dia pakai sebab nak ikut sunnah , 
Bukan sebab nak tukar title ustaz / ustazah .
( aku tak paham jenis manusia macam ni , 
Suka panggil orang gitu . Yang pasti kalau dia 
Berdoa untuk kebaikan orang tu baguihlah .
Kalau niat nak perli , boleh buang kata kata tu 
Dalam longkang tepi semak ka atau sebusuk2nya dlm loji la weii !! )

Hijrah ni bukan senang . ( siapa cakap senang ? ko cube rase ko cube lalui baru ko boleh kecam owg , 
Aku yakin senangnya dia tak pernah lalui ) 
Ada orang ambik masa bertahun tahun , berpuluh 
Puluh tahun . ( jangan terkejut ) .
Sungguh payah nak pertahankan " hidayah " 
Yang Allah dah bagi .

Sama2lah kita doakan supaya Aku , engkau dan 
Mereka semua diberikan petunjuk dan Hidayah dari 
ALLAH . Agar terus berada dalam landasan 
Akidah yang benar . AMIN .

Kaki Tersandung Tersepak Batu .
Aku Mengarut ...

haduuiiiiii sakit kpala suda ..

0 comments:

Post a Comment