Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie dan mengadukan padanya tentang gajinya yang sedikit.. Dia memberitahu bahawa gajinya hanyalah 5 dirham..
Lepas Imam Syafie dengar aduannya tu, Imam Syafie terus suruh laki tu jumpa majikannya agar gaji 5 dirham tu dikurangkan kepada 4 dirham.. Laki tu pelik la sebab lagi kurang gaji lagi susah la dia.. Lalu, hari berikutnya, laki tu menemui Imam Syafie semula, mengadukan tentang hal yang sama, iaitu tak cukup gaji..
.
Kali ini, Imam Syafie suruh laki tu jumpa majikannya dan kurangkan lagi gajinya kepada 3 dirham.. Lagi bertambah pelik lelaki tu.. Next day, laki tu datang lagi jumpa Imam Syafie, kali ni dia gembira, katanya gajinya cukup.. Dia berterima kasih sangat pada Imam Syafie dan bertanya kenapa tindakan Imam Syafie tu pelik..? Yela kan, Imam Syafie suruh kurangkan lagi gaji bukan naikkan..
.
Jawab beliau, “Pekerjaan kamu tak layak dapat gaji 5 dirham dan dikurangi 2 dirham tu untuk mencabut keberkatan harta yang dia miliki” Lalu, Imam Syafie bacakan sebuah syair, “Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya menjadi banyak.. Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu merosakannya”
.
Kesimpulannya, jangan kita berharap untuk bergaji besar bila pekerjaan kita tu sederhana.. Dan jangan berbangga apabila bergaji besar sebab gaji yang mewah tu membuatkan pekerjaan kita jadi tak seimbang dengan upah yang diterima..
.
Bila gaji kita tak setimpal dengan kerja yang kita buat, maka dalam gaji kita tu ada hak orang lain.. Tu yang kadang², dah gaji besar, mewah tapi tak cukup².. Malah terasa macam makin banyak masalah.. Sebab tiada keberkatan.. Jadi, harta yang kita terima tu boleh menyebabkan keberkatan terhalang dan bila di akhirat kelak, hisabnya sangat berat..
.
Harta yang banyak dan takde berkat tu boleh datangkan banyak masalah.. Contoh, kaya raya, company banyak branch tapi bila di rumah, bergaduh dengan isteri, anak liar, tak ngam, tak boleh nak bergaul dengan jiran tetangga.. Penyakit pula bertimbun², lastnya duit dibelanjakan di hospital je untuk biayai bil hospital dan check-up..
.
Hati pula tak pernah puas meskipun setiap saat melantunkan kalimah syukur alhamdulillah.. Sebab fikiran hanya berfikir, kerja cari duit, cari harta.. Fikiran hanyalah pada dunia, dunia, dunia..
.
Jadi, lepas dapat gaji, keluarkan sikit untuk zakat setiap bulan.. Beri pada mak ayah tu jangan lupa.. Sebab, membahagiakan mak ayah ni dapat memurahkan lagi rezeki dan ianya juga dikira sebagai sedekah.. Bagi yang dah bernikah, suami berilah nafkah batin pada isteri.. Nafkah batin ni kegembiraan, keseronokan yang boleh buat hati si isteri gembira.. Berikan keperluan isteri dan anak².. Tu juga dikira sebagai sedekah..
.
Semoga pekerjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat..
0 comments:
Post a Comment