Thursday, 14 January 2016

Ketenangan Hati

Assalamualaikum wbt .. sebelum tido nak kongsi sikit bab ketenangan yang diperolehi ... ^_^ ..

Semua orang nak ketenangan, sama ada yang kaya, miskin, famous, terpinggir, berjawatan, takde jawatan, dan sebagainya. Salah satu cara nak dapat ketenangan (selain baca al Quran dan fahaminya) adalah,

kita bersifat JUJUR. Sama ada jujur dengan orang lain, atau jujur dengan DIRI SENDIRI. 

Bila kita sentiasa jujur, insyaAllah hati kita akan rasa tenang. Tetapi bila kita selalu bohong / menipu, hati kita akan GELISAH.

Kau mungkin boleh tipu orang lain, tetapi selama-lamanya kau TAK BOLEH tipu diri sendiri. Bahkan kita TAK BOLEH TIPU hati kita, terutama bila kita BUAT DOSA.

Masa kita buat dosa, mungkin kita boleh bagi alasan yang kita rasa "tenang", tetapi itu hanyalah alasan untuk "sedapkan" hati kita je.

Sebab hakikatnya, dosa itu akan GELISAHKAN hati kita.

Solusinya?

Taubatlah sungguh-sungguh wahai kawan2. Dan berlakulah jujur dalam semua perkara, terutama dengan HATI dan DIRI kita sendiri.

Manusia ni sifat dia memang senang terlupa.
Semalam taubat, menangis merayu sungguh-sungguh kat Allah.

Tapi hari ni buat dosa balik seolah-olah tak berlaku apa-apa pun semalam.
Sebab tu kita kena sentiasa berdoa agar istiqamah untuk berubah!

Doa sungguh-sungguh!

Tak pun tulis kat diari supaya tak lupa. Bila rasa nak buat dosa je, baca balik diari tu. Baru beringat sikit!

Apa guna hidup kaya raya, mewah, ramai follower, pangkat tinggi, TETAPI hati tak tenang? 

Moga Allah kurniakan ketenangan dalam hati-hati kita. :)

Hiduplah dalam dakapan iman jangan hidup dalam nafas nafsu kebinatangan

Kelak menyesal tiada siapa yang sudi menemankan

Kerana diazab di neraka berseorangan adalah janji tuhan

Jom bertaubat dengan Bangun Malam dan menunaikan solat .. Tak lama pun. 2 rakaat pun sudah cukup. 

Moga kita terus istiqamah!

Sebelum tidur malam ni, jom kita maafkan semua orang. Kita tak rugi pun kalau memaafkan semua orang..

Yang rugi adalah bila kita ego sombong dan bajet bagus.

Aduhhh !!! ×_× ..

0 comments:

Post a Comment