Showing posts with label Coretan dan Nasihat 'AKU'. Show all posts
Showing posts with label Coretan dan Nasihat 'AKU'. Show all posts

Sunday, 24 January 2016

Coretan dan Nasihat 'AKU'

Assalamualaikum wbt .. 

Aku rase macam tak selamat ja dah duduq dimalaysia buka radio, berita culik.. Buka berita online, kes culik lagi, surat khabar pun sama, radio juga.. Haihh, banyak sangat kes culik dan semakin menjadi² pula sejak dua menjak ni.. Ada kes yg melibatkan remaja, ada juga kanak².. 
.
Bila tengok balik punca asal knp kes culik ni berlaku, mostly banyak berpunca dari diri sendiri juga.. First, yang usually nya, gerenti la pemakaian.. Pakai pakaian yang menjolok mata, menyeksa mata yang melihat.. Memang gerenti sesangat akn diaim penjenayah.. So far, mmg jarang dan tak pernah lg la ada kes culik, hilang yg melibatkan muslimah yg menutup aurat.. 
.
2nd, pesen berani sangat berkawan dan ikut kawan² yg baru sejam dua kenal dekat alam maya.. Tak kisah la kenal dekat look around WeChat ke, salah nombor ke, facebook ke, apa ke.. Kadang pelik knp budak la ni, berani teramat sangat ikut org yg tak dikenali.. Kalau dah berkawan lama 4 5 tahun baru nk jumpa tu mcm logik lg.. Tapi, ni baru sejak dua lepas approve diajaknya berjumpa.. Tak pelik and tak takut ke..? Tu yang kengkadang, ada kes culik tak berapa nk jadi tu, iaitu kes budak perempuan ikut lelaki.. Tapi, bertukar kepada kes culik sebab yg mengikut tu bawah umur.. Tak dinafikan ada yg bertemu jodoh di alam maya.. Kak long(akq angkt)aku pun kenal suami die melalui salah dial number je.. Alhamdulillah, baru je lepas masuk anak tiga..
.
3rd, ikhtilat.. Ikhtilat ni dah berbuih nk cakap.. Dengan adik beradik pun ada batas yg dibenarkan, apatah lg dengan org luar yang langsung takde kaitan dgn kita.. Berapa banyak kes, kawan sendiri ro*** dan memperkosa kawan sendiri..? Terlalu banyak.. 
.
4th, keluar rumah tak bgtau mak ayah...Alasannya, “Ala kalau bg tau gerenti tak bg punya ah” , “Aku benci ah dikongkong.. Tu tak boleh, ni tak boleh” .. Kadang², bkn sengaja parents tak bg.. Kdg², diorang mcm ada instinct yang ada sesuatu bkl berlaku pd anak depe.. Deria sixth sense mak ayah ni kuat.. Tak pernah tipu.. Dikongkong..? In the beginning mungkin akn rasa mcmtu.. Lama kelamaan, esp lps usia menginjak dewasa, baru la rasa thankful and grateful atas tindakan parents yg mengongkong kita dulu..
.
Kalau jenis keluar rumah ikut suka, semata² utk melepak, membazir beras, tak payah la.. Buang masa.. Lagi pun, muslimah sebaiknya keluar rumah apabila perlu.. Apabila ada kepentingan.. Bukan ikut suka nak keluar.. Sekali sekala takpe.. Bila keterlaluan, nanti jd habit.. Bila habit, sampai beranak dan bercucu pun depe akn ikut jejak kita.. Lastly, tak dapat kawal dah life diorang.. Sukar dibentuk..
.
Muslimah kalau nk keluar rumah, perlu ada mahram lelaki, mcm ayah, adik lelaki or abg sebagai peneman.. Tu yg sebaiknya.. Sebab apa..? Supaya benda² buruk tu tak berlaku.. Ada yang tak boleh ikut rules ni sebab belajar jauh dari family.. Dan I am wondering kenapa dkt Malaysia, tak ada khidmat musyrif.. Kalau belajar obersi esp timur tengah, akan ada musyrif.. Dalam satu group wanita, akan ditemani seorang lelaki sebagai 'bodyguard'
.
“Ala sini bkn arab.. Arab lain la, jahat berhantu” Nak cakap pasal jahat dan org yg berniat jahat ni, tak perlu tengok bangsa dan di mana kita berada.. Nak cakap Arab jahat, Melayu pun ramai yg berhantu.. Toksah ckp orang lain, diri sendiri pun kadang² ada niat jahat juga.. I really hope, perkhidmatan musyrif ni akn diterapkan di Malaysia terutama dlm kalangan students tak kira la dekat IPT Islam ke tak.. Bukan sekadar di Egypt, Jordan, etc.. Kita tak boleh nak expect dgn jalan berkumpulan boleh selamat.. What if org jahat tu dtg berkumpulan..? Mana nk lari oi..? Daya perempuan ni tak sekuat lelaki meskipun belajar judo, karate, kung fu, silat.. Ni la hikmah yg aku nampak daripada kes culik ni.. Keluarlah bersama mahram..
.
Islam tinggikan darjat kita setinggi dan selayaknya, jaga kita dan dah provide guideline dalam pergaulan.. Tapi, kita je yg susah sgt nk ikut guideline yg dah lama terpampang dan yg telah disarankan.. Aku kagum dgn mereka walaupun tak belajar tinggi², tapi diri mereka sgt Allah jaga dan lindung..

Friday, 22 January 2016

Coretan dan Nasihat 'AKU'

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie dan mengadukan padanya tentang gajinya yang sedikit.. Dia memberitahu bahawa gajinya hanyalah 5 dirham..

Lepas Imam Syafie dengar aduannya tu, Imam Syafie terus suruh laki tu jumpa majikannya agar gaji 5 dirham tu dikurangkan kepada 4 dirham.. Laki tu pelik la sebab lagi kurang gaji lagi susah la dia.. Lalu, hari berikutnya, laki tu menemui Imam Syafie semula, mengadukan tentang hal yang sama, iaitu tak cukup gaji.. 
.
Kali ini, Imam Syafie suruh laki tu jumpa majikannya dan kurangkan lagi gajinya kepada 3 dirham.. Lagi bertambah pelik lelaki tu.. Next day, laki tu datang lagi jumpa Imam Syafie, kali ni dia gembira, katanya gajinya cukup.. Dia berterima kasih sangat pada Imam Syafie dan bertanya kenapa tindakan Imam Syafie tu pelik..? Yela kan, Imam Syafie suruh kurangkan lagi gaji bukan naikkan.. 
.
Jawab beliau, “Pekerjaan kamu tak layak dapat gaji 5 dirham dan dikurangi 2 dirham tu untuk mencabut keberkatan harta yang dia miliki” Lalu, Imam Syafie bacakan sebuah syair, “Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya menjadi banyak.. Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu merosakannya”
.
Kesimpulannya, jangan kita berharap untuk bergaji besar bila pekerjaan kita tu sederhana.. Dan jangan berbangga apabila bergaji besar sebab gaji yang mewah tu membuatkan pekerjaan kita jadi tak seimbang dengan upah yang diterima..
.
Bila gaji kita tak setimpal dengan kerja yang kita buat, maka dalam gaji kita tu ada hak orang lain.. Tu yang kadang², dah gaji besar, mewah tapi tak cukup².. Malah terasa macam makin banyak masalah.. Sebab tiada keberkatan.. Jadi, harta yang kita terima tu boleh menyebabkan keberkatan terhalang dan bila di akhirat kelak, hisabnya sangat berat..
.
Harta yang banyak dan takde berkat tu boleh datangkan banyak masalah.. Contoh, kaya raya, company banyak branch tapi bila di rumah, bergaduh dengan isteri, anak liar, tak ngam, tak boleh nak bergaul dengan jiran tetangga.. Penyakit pula bertimbun², lastnya duit dibelanjakan di hospital je untuk biayai bil hospital dan check-up..
.
Hati pula tak pernah puas meskipun setiap saat melantunkan kalimah syukur alhamdulillah.. Sebab fikiran hanya berfikir, kerja cari duit, cari harta.. Fikiran hanyalah pada dunia, dunia, dunia.. 
.
Jadi, lepas dapat gaji, keluarkan sikit untuk zakat setiap bulan.. Beri pada mak ayah tu jangan lupa.. Sebab, membahagiakan mak ayah ni dapat memurahkan lagi rezeki dan ianya juga dikira sebagai sedekah.. Bagi yang dah bernikah, suami berilah nafkah batin pada isteri.. Nafkah batin ni kegembiraan, keseronokan yang boleh buat hati si isteri gembira.. Berikan keperluan isteri dan anak².. Tu juga dikira sebagai sedekah..
.
Semoga pekerjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat..