Sunday, 22 January 2017

Kami Dilarang Memakan Ikan Tapah .. Kenapa ?

Assalamualaikum selamat petangan .. huhux setelah kian lame menyepi hari nie hakak keudara semula .. hohox .. nan hado asap berkepul bile bukak 'V'log nie .. hahahx .. jadi hakak ko nie skrng 'fresh graduate' tak ada kojer nok buet so inshaa allah 'V'log nie tidak akan berasap laa .. itu pun klau hakak rjin sngat la kan .. hihix ingt ko rajin sngat ka ainaa ? ko to mlas ya hamat tau .. kihkih .. sabor ja laa .. so hakak tak nak laa bebel pnjng sngat cume hakak nak kngsi sikit laa cerite berkenaan 'Sumpahan Ikan Tapah' nie .. so nak tnye la kalian semua penah dgr atau tidak cerite sumpahan nie ? actually hakak sndri pun tak tahu sbnrnya knpe keturunan belah² ayh hakak nie tak boleh mkn ikan tapah nie .. And some more , hakak ko nie memang bkn pengemar ikan jdi rase peratus selamat tu terjamin la kan .. and rase mcm bile opah² sdare habaq bapak² sdare habaq mak² sdare manakan semua laa habaq dok buleh makan ikan tapah nie sbb sumpahan smpai 7 kturunan so hakak nie idok lah kisah sngat sbb hakak ko nie tak mkn ikan sngat apatah lagi nmpk ikan yg pelik lagi laa hakak ko nie tak pndng lnsng .. haa nmpk dak disitu ketidak pedulian nya psal sumpahan ikan tapah tu ? hahax ainaa ,ainaa ko mmngπŸ˜’ .. dah terkene bru ko ngelupor haa kan πŸ˜‚πŸ˜‚..
.
So nak dijadikan cerite nie sbb knpe hakak ko nie tertiba curious sngat nak tau pasal sumpahan ikan tapah nie haa sbb nya kakak sepupu hakak nie 'kak ana' dah terkene bhagian nya sbb lnggar sumpahan .. actually kak ana nie pun idok laa tau pasal sumpahan ikan tapah nie idok laa tau pasal keturunan kami nie ada pntng larang bgai .. so dgn selamba nya laa kak ana nie siang ikan tapah masak ikan tu sbb nya kak ana nie tak tau ikan menda nya .. and satu lagi asben die kaki pncing sungai haa so dpt la habuan nya .. dah kene percikan air x boleh inikn memkn nya kan .. so kak ana nie tdi satu bdan nya gatal² bengkak² mcm melecur kulit²nya akibat siang ikan tapah tu then mkn kuah dri ikan tapah tu .. pi klinik pi ospital tetap tak pulih .. last² ikhtiar pi berubat dgn opah sedare hakak dkt Parit .. berubat² alhamdulillah smbuh .. so tmbul laa crite nya knpe smpai jdi mcm tu .. then opah sedare hakak pun crite laa psal sumpahan ikan tapah nie .. jdi mne2 pihak yg berketurunan sumpahan ikan tapah nie berhati² sikit laa dlm kategori memilih ikan nie .. sbb bkn takat mkn ja dpt azab terkene air percikan ikan tapah pun dah dpt azab sakit nya so hati².. 
.
and mase nie hakak ko dah tau laa yg darah daging hakak ko nie berketurunan dan ada pntng larang nya .. so hakak ko nie tak kisah sngat laa sbb tak mkn ikan .. tpi kisah jgak laaπŸ˜‚kan sbb nak pi pasar milih ikan tu kne hati² tak masal² trpgg ikan tapah haa haru jdinya ..πŸ˜…πŸ˜….. bngkak seluruh bdan .. so dgr crite sekerat ja dri mulut ibu hakak .. sbb opah sedare hakak crite nya gntung² .. jdi hakak ko nie pun rase tak puas hati laa sbb nak tau jgak knpe jdi ginie knpe smpai kne sumpah smpai 7 kturunan sbb apa disumpah dan kenapa ikan tapah tersebut .. so tdi hadik hakak crite laa psal ikan tapah nie kate nya org yg jumpe ikan tapah nie adalah Pak Kaduk .. so nak tnye laa, kalian penah dgr kisah Pak Kaduk yg tergadai kampung nya dek kerana sabung ayam ? ok jdi crite nya bermula dri situ .. memula hakak tnye jgak apa kaitan sumpah ikan tapah dan Pak Kaduk nie ? Pak Kaduk disumpah ka mcm mne kan sbb hakak tak tau crite nya .. so tdi hadik crite dri A smpai Z .. then hakak plak nak kngsi crite pda kalian agar pda sesiapa yg diluar to berketurunan Pak Kaduk tau asal usul knpe wujud nya sumpahan ikan tapah nie ..
.
Ada yg kate cume mitos saje .. ada yg tidak mempercayainya .. ada jgak yg kate itu smua karut .. ok secra saikologi nya dan rasional nya itu hak masing2 kalian nak mempercayainya atau tidak terserah pda diri sndri .. hakak nak kate tidak percaya pun tak boleh sbb nya dah ada depan mata dah nmpk akibat mlnggr sumpahan ikan tapah mndpt azab nya .. jdi sgale nya hakak berserah pda Allah .. sbb ikan tapah tu adalah ciptaan Allah dan rezeki kurniaan Ilahi  dengar khabarnya merupakan antara ikan sungai yang mempunyai rasa yg sedap .. itu hakak tak tau lah sedap ka tidak sbb hakak ko tak penah rase ikan tapah πŸ˜‚πŸ˜‚.. jdi bg yg tidak mempunyai keturunan sumpahan ikan tapah nie tak ada masalah laa nak menjamah ikan tersebut ..so yg berketurunan sumpahan ikan tapah nie jdi berhati² laa hakak pesan .. sbb nak merawat smbuh smula pnyakit apabila trlnggar sumpahan ikan tapah nie agak sukar sikit krana ubat nya hanye dgn emas merah dri perut ikan tapah saje dpt menyembuhnya .. dan hakak tak tau siapa diantara moyang² yg masih memegang emas merah tersebut ..
.
So dikaji diselidik semula knpe smpai terjadi sumpahan tersebut bermula pda kisah Pak Kaduk .. Mungkin kalian semua pernah mendengar dongeng Pak Kaduk yg suka menyabung ayam kemudian melalui tipu helah sultan, dia menukarkan ayamnya dengan ayam sultan. Pertaruhannya adalah kampungnya sendiri. Akhirnya ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai. Kampung itu adalah kampung kami dan Pak Kaduk sendiri adalah my great-great grandfather. Benar, Pak Kaduk itu adalah moyang hakak yg berasal dari Siak, Sumatera yang membuka kampung kami. Kampung yang tidak pernah tunduk kepada sultan. Akhirnya sultan menggunakan tipu helah untuk mendapatkan kampung itu melalui sabung ayam - permainan kesukaan Pak Kaduk sendiri .. Dongeng yang tercatat di buku berakhir dengan tergadainya kampung itu .. mngkin kalian rasa itu hnye lah dongeng semata tapi melalui cerita lisan kami pula, setelah kampungnya tergadai, harta-bendanya dirampas, anak dan isterinya menjadi gundik sultan, tiada apa yang tinggal pada dirinya lagi .. Pak Kaduk hanya mampu duduk termenung di sebuah dangau (pondok) di tepi Sungai Perak. Duduklah dia di situ berkeluh-kesah mengenangkan untung nasibnya yang dicari sendiri. Siapa suruh menyabung ayam haa kan dah mendapat .. bertemankan kucing kesayangannya ..
.
Tanpa disedarinya, kucingnya mengiau-ngiau di kakinya kemudian menuju ke tepi sungai. Kemudian kembali ke kakinya mengiau-ngiau dan balik semula ke tepi sungai. Sehinggalah tujuh kali kucing itu berkelakuan demikian, Pak Kaduk merasakan bahawa kucingnya itu ingin memberitahunya sesuatu .. Kemudian Pak Kaduk mengekori kucingnya ke tepi sungai dan dilihatnya seekor Ikan Tapah yang besar sedang terdampar di tepi sungai itu .. Pak Kaduk melihat ikan itu masih hidup dan perutnya kelihatan kembung dan keras. Pak Kaduk agak kehairanan melihat ikan sebesar itu dan fikirnya, jika dibelah perut ikan itu pasti terdapat telur ikan yang banyak. Pak Kaduk membelah perut ikan itu dengan pisau yang terdapat di dangau di tepi sungai itu dan di dalamnya... Wahhh!!! setongkol emas merah!! Anehnya pula ikan itu tidak pula mati, walau telah dibedah perutnya oleh Pak Kaduk ..Pak Kaduk kemudiannya menjahit perut ikan dengan menggunakan jarum patah dan juga benang daun nenas sehingga selesai. Selesai sahaja menjahit, Pak Kaduk merendamkan ikan itu di tepi Sungai Perak sambil berkata, "Oleh sebabnya engkau, Allah kurniakan rezeki padaku dan dapatlah aku menebus semula tanah, harta dan anak isteriku. Dengan ini aku bersumpah bahawa Anak-anakku, Cucu-cucuku, piut-piutku, keturunanku dan segala yang hempas-hempas ke daun dilarang memakan Ikan Tapah sama sekali sehingga ke Hari Kiamat. Barang siapa yang melanggar sumpah ini akan mendapat celaka tubuh badannya".
.
Pak Kaduk kemudian menebus kembali segala yang telah tergadai dan langsung bertaubat dari pekerjaan menyabung ayam. Tidak lama sesudah itu anaknya memperolehi seekor Ikan Tapah lantas memakannya setelah ianya siap dimasak. Selepas memakan ikan itu, tubuh anak lelakinya mula melepuh seperti melecur. Sebaik sahaja lecur itu pecah, airnya akan mengalir ke anggota tubuh badan. Mana-mana anggota yang terkena air ini akan melepuh juga sehinggalah seterusnya. Pak Kaduk merasa amat susah hati dan bimbang. Sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan namun tidak mendatangkan hasil .. Suatu malam, Pak Kaduk bermimpi. Datang seorang tua memberitahunya bahawa anaknya itu telah melanggar sumpah. Sumpah Ikan Tapah. Orang itu berkata ubatnya adalah emas merah Ikan Tapah direndam di dalam secangkir air. Airnya diminum dan disapukan ke serata badan. Sewaktu Pak Kaduk merendam emas Ikan Tapah itu, air di dalam cangkir membuak-buak laksana air mendidih menandakan bahawa benar penyakit itu disebabkan Ikan Tapah.
.
Mulai saat itu, barang siapa ahli keluarga Pak Kaduk yang termakan Ikan Tapah akan dirawat dengan menggunakan emas merah Ikan Tapah waallahuaalam tpi ada jgak yg dirawat dgn cara yg berbeza itu hakak tak pasti bgaimana .. Pak Kaduk pulang ke Siak dan meninggal di sana. Legasi sumpahan itu masih berkesinambungan sehingga ke hari ini. Sepupu hakak yg duduk dekat tapah tu pun terkene jgak hnye  terkena wap rebusan Ikan Tapah ja, melepuh seluruh badan. then sedare hakak dkt kg tua parit yg tak mempercayai mitos Ikan Tapah dengan sengaja menggulai ikan itu, akhirnya sehingga kini mengalami gila yang tidak berkesudahan .. haaa masih nak crite tak percaya lagi ? hakak sndri pun tak brani nak memandai mncuba atau mencabar diri nak dkt dgn ikan tapah hnye sbb nak kan kesohihan dan kepastian mengenai sumpahan ikan tapah nie .. memang laa dri segi kajian saintifik kalau ikut saintifik... mungkin darah keturunan Pak Kaduk allergi dengan ikan tapah. Mungkin itu penyebab yang sebenar dan tiada kaitan pun dengan sumpahan Pak Kaduk tu ..
.
Ok klau nak ikut berpikiran waras nya tak akan laa smpai 7 keturunan smpai cucu cicit piut semua allergic mkn ikan tapah .. dan how about org yg bkn keturunan Pak Kaduk tpi tgl dlm kg Pak Kaduk yg terkene tempias sumpahan tersebut ? tak akan mereka pun allergic jgak ?  sedangkan darah tak sama .. malah bukan keturunan Pak Kaduk hnye tgl skg dgn Pak Kaduk, klau betul lah dikatakan allergic tadi .. mereka pun tak boleh menjamah ikan tapah same sperti keturunan Pak Kaduk .. terdapat seorang lelaki Cina dari Telok Intan yang datang ke kampung kami lewat tahun-tahun 70-an mencari ubat untuk penyakit kulitnya yang melepuh. Berhimpunlah orang-orang tua kampung kami melihat kulit lelaki Cina itu. Akhirnya mereka sepakat bahawa penyakit itu sama seperti simptom penyakit Ikan Tapah yang menyerang keluarga kami. Lelaki Cina itu kemudiannya dirawat dengan emas merah. Ketika emas merah itu dimasukkan ke dalam air, air itu membuak-buak menandakan ianya benar berpunca dari Ikan Tapah. Sekiranya tidak, air itu tidak akan membuak-buak. Setelah diselidiki, umum di kampung itu mengetahui bahawa lelaki Cina itu dilahirkan di kampung kami. Membesar sehingga berusia 20 tahun di kampung kami. Dia kemudian melarikan diri dan keluarganya ke Telok Intan sewaktu berlakunya Perang Sabil antara masyarakat Melayu dan Cina di Daerah Perak Tengah dan Hilir Perak dalam tahun 1948. Inilah yang dikatakan di dalam sumpah Pak Kaduk, ".... dan hempas-hempas ke daun". Ertinya percikan atau tempias sumpahannya.
.
So boleh faham tak kenape ?
.
Sejarah itu pahit tetapi mengandungi ubat yang sangat mujarab. Keluarga hakak amat berhati-hati mengakui kami ini keturunan Pak Kaduk. Kerana Pak Kaduk itu memenifestasikan kepada kebodohan. Tetapi sejarah itu tidak boleh ditipu. Kebodohan akan terhapus oleh keazaman dan juga semangat untuk maju. Dalam perkara Ikan Tapah ini, hakak sendiri tak tau utk meletakkan diri hakak di sebelah mana. Mempercayainya atau tidak. Untuk tidak percaya, hakak dah melihat kesannya di hadapan mata hakak mcm yg hakak crite tdi apa yg jdi pda kak ana pda sepupu jauh hakak dan saudara hakak yg menjamah ikan tapah tersebut dan hakak tidak akn sekali-kali mengambil risiko utk mencuba menjamah Ikan Tapah. Untuk percaya pulak hakak ini bukanlah seorang yang tahyul atau merepek. tpi dri segi logik nya crite tu rasional nya crite tu boleh jdikn sempadan dan ikhtibar buat diri hakak .. hakak pulangkan segalanya di bawah urusan Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Wallahua'lam .. jdi hat tu ja laa stkt tu ja laa yg hakak tau mengenai sumpahan ikan tapah tersebut .. apa² pun rezeki itu dtg nya dri Allah sakit sihat sembuh semua itu adalah dri Allah .. baik dan buruk itu jgak ianya dtg dri Allah jgk sbb apa² kite hmba Allah jdi berbalik laa kpda Allah aza wajjala .. jdi apa yg hakak kngsikn nie nak djdikan tauladan atau tidak terpulang pda diri kalian yg membce ..
.
ok laa hat nie ja laa hakak stop .. sbb battery phone hakak pun dah nak habis , so bg pembace tegar blog hakak terima kasih sudi singgah dan membace entry yg tak seberape nie .. and also dont forgot to follow me ok .. i'll follow u soon .. jika ada salah dan silap dan baris ayt kate harap dimaafkan .. yg baik itu semua kurniaan Allah dan yg melakukan kesilapan itu adalah diri hakak sndri .. 😘😘 Assalamualaikum ..
.
Semoga hakak rajin menghapdet blog lagi πŸ˜‚πŸ˜‚

0 comments:

Post a Comment