Konsep Solat Sunat Istikharah yang ramai orang salah faham termasuklah hakak sendiri. Ok, dah ready jiwa nak serap apa yang hakak nak kongsi ni ? Dah ? Alhamdulillah.
Pertama sekali, nak buat istikharah ni bukanlah untuk nak pilih jodoh sahaja. Dah tu? Nak buat istikharah ni untuk apa lagi? Sebenarnya camni tau awak² sekalian, istikharah ni maksud dia kita nak mintak petunjuk dengan Allah untuk buat sesuatu pilihan yang kita sendiri tak tahu nak decide macam mana. Dan paling penting opkos la untuk benda yang halal sahaja. ko cari pasal dengan Allah la kalau nak buat benda Haram pun mintak petunjuk dengan Allah jugak kan ..hehe..
Contoh, awak nak beli rumah, tapi confuse sebab dedua nya pun awak suke dan nampak bagus.. Haa.. itu pon boleh nak buat istikharah sebab kite nak yang terbaik buat diri kite.. Contoh yang lain lagi, awak dapat tawaran untuk buat sesuatu bisnes or tawaran untuk sambung stdy lagi ni, tapi tak tahu bisnes tu bagus ke tak untuk diri awak dan tak tahu laa keputusan awak muktamad ke tidak nak sambung stdy dekat u tu.. jadi boleh solat isthikarah..
Ok, sebenarnya kan ramai yang tak tahu tentang benda ni, Ulama' ada sebut, "Istikharah tak akan datang sebelum musyawarah (perbincangan)". Haa.. Nak katanya kat sini, benda yang paling penting kita kena buat sebelum istikharah adalah dengan berbincang dan jugak rujuk orang yang sepatutnya.
Kalau nak tau, Nabi S.A.W sendiri rujuk para Sahabat sebelum buat keputusan. Sedangkan Nabi S.A.W tak perlu pon pada orang lain sebab Allah kan dah turunkan wahyu direct terus kat Nabi. Tapi setiap benda yang Nabi buat mesti ada sebab dia. Dan benda tu mesti sebab yang baik.
Pastu, Ulama' ada cakap, ciri orang yang kita kena buat rujukan dan berbincang tu macam ni:
1. Mesti seorang yang jujur
2. Orang yang ada ilmu dan pengalaman
3. Seorang yang dekat kepada Allah (dalam urusan agama)
Contohnye la kan, awak nak cari calon suami atau isteri, sebelum awak buat istikharah tu. Pergi bincang dulu dengan ustaz-ustaz, mak ayah dan orang yang ada ciri-ciri yang ulama' sebut tadi tu. Mintak pendapat mereka, buat mesyuarat tingkap tentang calon-calon yang kita nak pilih tu.
Biasanya, ustaz atau mak ayah sangatlah jujur dalam hal camni dan mereka akan berikan pendapat yang paling jujur dan ikhlas. Mestilah, sebab mereka nak kebaikan untuk diri kita sendiri. Kita pulak, belajar untuk mendengar dan menerima pendapat orang lain. Kalau ada Ego memang tak jadi la awak oiii .. taww..
Next baru masuk pada istikharah, ekceli Rasulullah pernah ajar pada sahabat doa untuk istikharah ni dan Rasulullah sangat tekankan para Sahabat untuk amal doa ni sama macam doa yang ada dalam Al-Quran tu. Kita panggil sebagai doa-doa yang Ma'thur (google ye istilah ni..hehe.. kan panjang pulak). Haa, hakak ada tepek doa ni kat wall blog hakak nie haa .. boleh save kalau nak save .. boleh refer kalau nak refer terus ..
Dalam doa ni kan, kita banyak mintak dengan Allah untuk bantu kita. Indah sangat maksud dia. Tapi tapi tapi, haaaaa nnpk tak tu bnyk tapi nya kan ๐๐ .. hahahx .. ok .. apa tujuannya kita guna doa ni tapi kita sendiri malas nak buat apa yang Allah suruh dan rajin buat apa yang Dia tak suka. Siang malam buat maksiat pastu tak malu nak mintak lebih-lebih dengan Allah. Bagus kan ๐ ?
Kita doa,"Ya Allah, patut ke aku pilih Dr Khuzairi sebagai suami aku.." tapi dalam masa yang sama kita punye solat tunggang langgang. Akhlak dan adab out of service. jauh berjuta kilometer dari Allah. so what do u think ๐จ ? i have no ideal ๐ฅ..
Allah ni kan... Dia akan hold dlu, Dia akan tangguh dulu apa yang kita mintak tu sebab banyak lagi benda yang kita hutang dengan Allah. Dan... jika kita dapat petunjuk sekalipun, keputusan tu tak betul dan akan selalu bermasalah je manjang. Caye lah. Deep kan ? deep sangat ...
Jadi, sebelum kita buat istikharah tu dan kita nak keputusan yang baik pastikan kita mintak ampun sungguh-sungguh dengan Allah (bukan mintak ampun di mulut jer๐tapi selari dengan perbuatan tidak mngulangi nya lagi), banyakkan bersedeqah dan buat amalan kebaikan yang lain. Jangan bertangguh untuk mintak ampun kat Allah. Baru Allah bagi line clear untuk kita. Buatlah solat istikharah tu...
Last but not least,kita kena faham, sebenarnya bila kita mintak sesuatu dengan Allah. Memang Allah akan bagi tapi tak semestinya Allah akan bagi 100% ikut kehendak hati kita. Dia akan bagi apa yang terbaik untuk AGAMA,DUNIA & AKHIRAT kita. Pegang betul-betul yang ni.*
Contohnye la kan, nak pilih calon pasangan, kite dah suka giler kat dia tu. Buat istikharah dan musyawarah tadi. Tapi last-last kena reject. Itupun sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Sebabnya memang Allah nak kita lalui benda tu dan jugak mungkin dia tak baik untuk AGAMA dan DUNIA AKHIRAT kita.
Barangkali jugak berlaku, mungkin ada yang dah bertunang, tapi lepastu putus, kawen lepastu cerai.. Semua tu.. ada reason (sebab) dia sendiri yang Allah nak tunjuk kat kita. Jadi Allah buat semua tu bersebab .. sebab nak tingkat kan darjat kite dan tingkatkan iman kite ..
Ada orang jugak, dia buat bisnes untung juta-juta dalam masa yang singkat. Tak lama lepastu Allah bagi dia jatuh, duit langsung takde. Asbab dari perkara tu sekarang setiap waktu dia pergi masjid dan menangis kat Allah, dia dapat balik keluarga yang dia tinggal dulu dan lain-lain. (hakak ko nie pernah rasa yang ni..huhu)
Istikharah ni, bukanlah lesen yang boleh gerenti kejayaan kita. Tapi ia adalah untuk kita mintak yang terbaik dari Allah...
Wallahualam. Tahniah kerana awak² semua berjaya baca sampai habis.
#SyukurSelalu
0 comments:
Post a Comment