Showing posts with label Coretan 'Aku'. Show all posts
Showing posts with label Coretan 'Aku'. Show all posts

Thursday, 24 March 2016

Coretan 'Aku'



Kerana diri ini sedar diri, tahu diri, tahu kelemahan diri dan keburukan diri, maka diri ini pun memperbanyakkan menulis.. Bukan untuk peringatan buat orang lain, tetapi lebih kepada diri sendiri..

Di saat aku menulis tentang 'Jangan putus asa dan tolong bangkit semula', aku menulis sedemikian bila mana di saat itu, aku benar²  sedang jatuh dan dalam usaha untuk bangun semula..

Di saat aku menulis tentang kematian, di saat itu aku sedar bahawa diri aku terlalu lalai, alpa dan leka dan terlalu terkejarkan dunia sehingga mungkin mengabaikan hal akhirat..

Di saat aku menulis, 'Jangan tegur orang kasar²', di saat itu aku sedang usaha keras mengingati diri aku agar tak sesekali kurang ajar pada orang yang berada di sekeliling aku.. Aku mengingatkan diri aku agar act politely supaya bila saat aku buat salah, aku juga tak mahu dinasihati secara kasar.. Supaya aku tak sakit hati dengan kelakuan mereka dan supaya mereka juga tidak ada memendam rasa dengan kelakuan aku.. Dan kadang², penulisan itu adalah peringatan selepas setiap kali aku lakukan dosa itu supaya diri aku beringat supaya tak ulang kelakuan yang sama pada masa akan datang..

Di saat aku menulis 'La tahzan innallaha maana atau jangan bersedih sesungguhnya Allah bersamamu', ketahuilah di saat itu aku juga sedang mengumpulkan semangat supaya move on dari kefuturan yang telah menyasarkan diri aku jauh dariNya.. Sebab apa..? Sebab sedar diri di takuk mana maka perlulah mengingati diri sendiri agar jadi baik dari diri ini yang semalam..

Apabila orang bertanya, 'Kenapa nak ingatkan diri, perlu menulis dan post publicly..?' Sebab diri ni manusia yang penuh dengan kelemahan dan sifat lupa.. Bukan manusia yang maksum yang mampu ingat akan azabNya sentiasa di saat diri sedang melakukan dosa.. Sebab itu la diri ni, meskipun dah tahu perkara tu salah dan dosa, tapi masih buat juga.. Ulang kelakuan yang berkali²..

Dan melalui penulisan inilah yang banyak membantu diri ini meluahkan 10% segala rasa yang tak mampu diungkap oleh lidah dan tak mampu untuk meluahkan pada mereka² yang bertanya untuk membantu diri ini.. Dan melalui tulisan inilah, jika ada yang sesituasi dengan aku, aku berharap dengan secebis tinta yang usang ini, ianya mampu untuk mengubati dan menghilangkan kesedihan mereka di saat mungkin ketika tu ianya sangat diperlukan.. Tak banyak, sedikit pun tak apa..
.
PS : Those reminders are for my dear self, not others.. ^_^…

Sunday, 17 January 2016

Coretan 'AKU'




Aku follow satu akaun instagram yg selalu post pasal gambar-gambar cantik, lukisan-lukisan cantik, pasal seni. Yang followernya sudah mencecah 2 juta lebih.

Suatu hari untuk pertama kali dia post gambar kaligrafi surah al-fatihah hasil karya seorang muslim.

Aku tertarik baca komen sebab aku tahu followernya dari macam-macam negara yg boleh jadi lebih ramai bukan Islam dari yg Islam.

Kau tahu, dari ratusan komen 'subhanallah', 'masyaallah', 'tabarakallah', yg aku baca terselit dua, tiga komen yg tidak manis dibaca.

"This is not art."

"This is sh*t."


"Should I remind you what happen in Paris?"

Dan banyak lagi komen yg kau tidak akan sangka manusia yg menaipnya. 

Aku tidak terkejut. Aku cuba balas komen dengan terjemahan surah al-fatihah. Kenapa? Saja nak bagitahu lukisan, tulisan, warna dan segala yg menjadikannya cantik tak boleh lawan seni yg ada di setiap bait makna surah al-fatihah tu. 

Manalah tahu ada orang terbaca dan tertarik dalami Quran kan.

Waktu taip ayat demi ayat terjemahan bahasa inggeris surah al-fatihah tu, aku tiba-tiba terhenti pada ayat ke 6 dan ke 7.

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus." (1:6)

"Iaitu jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat." (1:7)

Aku baca berulang-ulang. 

Berfikir-fikir. 

Kalaulah definisi orang yg dimurkai Allah itu adalah orang yg berpaling dan menyembah selain Dia, pengomen-pengomen tadilah yg Allah maksudkan. 

Dan kalaulah definisi orang yg sesat itu adalah orang yg disesatkan Allah kerana berpaling dari hidayah, kitalah yg Allah maksudkan. 

Ya, kita.

Kita yg Allah telah gerakkan hati untuk labuhkan tudung, labuhkan baju, pakai stokin tapi tetap enggan sebab takut diejek kawan-kawan.

Kita yg Allah telah gerakkan hati untuk diam apabila dengar orang lain mengumpat tapi kita tetap pilih untuk tambah cerita malah lebih lagi.

Kita yg Allah telah gerakkan hati untuk 'pause' dulu movie, tutup dulu fb, stop dulu main game, untuk solat tapi tetap pilih solat hujung waktu itupun kelam kabut sebab nak sambung main lagi.

Kita yg Allah telah gerakkan hati tinggalkan pakwe/makwe, yg Allah telah tiup sedikit kesedaran tentang perkara-perkara dilarang Allah tapi tetap pilih untuk buat-buat tak tahu.


Allah itu maha membolak-balikkan hati. Nak sesatkan kita tak perlu tunggu jarum saat bergerak ke titik seterusnya. Tak takutkah?

Jangan sampai suatu hari Dia berhenti mengirim hidayah dan jadilah kita orang yg sesat. Orang yg seperti pengomen-pengomen tadi yg boleh jadi matanya telah 'dibutakan' Allah dr melihat hidayah. Telinganya telah 'dipekakkan' Allah dari mendengar kebenaran. Dan hatinya telah 'ditutup' Allah dari berfikir dan membezakan yg benar dan yg batil.


Kenapa?


Kerana berpaling dari hidayah.

Barangsiapa disesatkan Allah kerana pilihannya, bagilah petunjuk apapun dia tetap akan sesat. (An-nisa)