MALU DAN IMAN
Malu adalah perhiasan orang beriman. Lagi tinggi sifat malu pada Allah dan manusia, lagi tinggi iman.
Takde malu, maka takdelah iman. Takde iman, maka takdelah malu. Kerana malu dan iman tak mungkin terpisah.
Kalau kau tak malu dengan.manusia, buat dosa terang-terang, bermakna kau juga tak malu pada Allah.
Tak malu ke perempuan tak tutup aurat sempurna depan orang ramai? Sembang pasal artis bagai dengan kawan-kawan? Tak malu ke laki cerita pasal perempuan dekat kawan, cerita tentang pelakon perempuan ni, penyanyi perempuan tu, dan sebagainya? Tak malu ke?
Berubahlah!
Kalau tak mampu tinggalkan maksiat, at least, rasalah malu dengan maksiat. Bukan cerita dan bangga pada orang lain dengan maksiat yang kite lakukan ... Ibarat ,
Buat dosa kemudian taubat.
Kemudian buat dosa semula.
Kemudian taubat semula.
Taubat, buat dosa, taubat, buat dosa.
Ibarat seorang yang sakit, minum ubat dan dalam masa yang sama minum racun. Lepas tu minum ubat balik dan minum racun balik.
Boleh jadi sebelum sempat meminum ubat, kita sudah mati terlebih dahulu.
Boleh jadi ajal menjemput setelah kita melakukan dosa padahal kita belum sempat bertaubat.
Akhirnya mati dalam keadaan maksiat dan dosa.
Allah.. Moga Allah ampun dosa kita semua 😭😭😭
Tanya pada diri...
Kalau takut kat Allah, kenapa tak takut buat maksiat?
Pernah nampak bangkai tak?
Apa kita rasa bila tengok bangkai?
Kalau kena paksa makan bangkai sanggup tak?
Mesti rasa jijik kan?
Macam tu sepatutnya kita pandang dosa ..
Jijik macam bangkai !!
#muhasabah diri bersama ...
0 comments:
Post a Comment