Riak dalam riak?
Ramai orang hari ni tahu riak ni adalah buat sesuatu amalan kerana nak pujian manusia. Lalu mereka usaha tank nak riak dengan cara melarikan diri daripada riak tu.
Tetapi sayangnya, dia terperangkap dalam riak yang lain. Nak tahu macam mana?
Dia MENGHINA diri dia di depan khalyak RAMAI dengan harapan dia nak orang puji dia dengan pujian,
"fuh, bagus la dia ni. Merendah diri.."
"Pergh.. Tawaduk gila tahap kritikal."
Lalu dia pun bangga, cuma nak nampak macam tawaduk sikit, dia pun balas,
"Eh, takdelah. Aku biasa-biasa je ni. Aku tak macam kau, aku ni ahli neraka berdaftar.."
Akhirnya, dia pun terperangkap dalam riak yang lain. Ini kita panggil, riak dalam riak.
——
So kalau kita kena puji, nak jawab apa? Jawablah,
"Alhamdulillah hadza min fadli rabbi .."
"segala pujian kembali pada Allah"
Simple. Moga Allah pelihara kita dari penyakit riak, dan riak dalam riak. :)
0 comments:
Post a Comment