Thursday, 14 January 2016

Salahkah Menjadi Kaya ?

Assalamualaikum wbt ...

Tarik nafas.....

Lepas.....

Tarik nafas.....

Lepas.....

Alhamdulillah Allah masih sudi bagi nikmat bernafas.

Kadang-kadang kita lupa dengan nikmat yang Allah beri sehinggalah Allah tarik balik nikmat tu, baru kelam kabut cari Allah!

jom dhuha dulu , siapa yang belum dhuha to ! ada masa lagi ...

hakak tak dak buad apa2 lagi nie so dan laa nak menghapdate blog nie haaa .. kang da bzy tak dak masa nak tgk blog nie lagi da .. tggu sat2 mlm kang laa plak kan .. so kali nie bkan nk membebel pnjang jela pun just nak share sikit laa kan ada yang duq tnye salah ka jdi kaya ? salah ka kumpul harta ? jadi sebabkn to hakak cite la sikit bab2 nie .. moga bermanfaat ^_^ ...

Cari harta tak salah.. Jadi kaya pun tak salah.. Asalkan tak membongkak diri dan tak memandang rendah terhadap orang lain.. Tak lupa beratkan hal akhirat, tak lupa cari ilmu dan bekalan untuk menuju akhirat.. Ramai tokoh di zaman Rasulullah SAW yang super duper kaya.. Ada yang kaya dengan harta yang melimpah ruah lalu diserahkan dan dibelanjakan di jalan Allah, dan ada juga yang kaya raya tapi hidup dalam kekufuran macam Qorun.. Nauzubillahi min dzalik..
.
Nabi SAW pernah bersabda, “Apabila seseorang dari kalian melihat orang yang dilebihkan dalam harta dan bentuk badan, maka hendaklah ia memandang orang yang berada di bawahnya (HR Bukhari : 6 490)”
.
Hadis lain, Nabi SAW bersabda, “Pandanglah orang yang berada di bawahmu (harta dan dunia) dan janganlah engkau melihat orang yang berada di atasmu (HR Bukhari : 6 490 & HR Muslim : 2 963)”
.
See..! Tak ada larangan pun nak jadi kaya, janji tak lupa pada orang yang berada di bawah.. Tak lupa untuk menginfaq.. Infaq ni ada 2.. Satu wajib iaitu zakat, dan lagi satu sunat iaitu sedekah yang macam kebanyakan orang selalu buat.. Berapa ramai sahabat Rasulullah SAW yang menyerahkan segala hartanya di jalan Allah..? Sayyidatina Khadijah salah seorangnya, Abdul Rahman bin Auf, Sayyidina Uthman Affan, Thalhah Ibn 'Ubaidillah, Az Zubair Ibn Al Awwam, Sa'd Ibn Abi Waqqah DLL..
.
Kan Nabi SAW ada juga bersabda, “Tidak boleh hasad melainkan kepada dua orang iaitu seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia membelanjakannya dalam kebajikan dan seseorang yang Allah beri ilmu, maka ia memutuskan perkara dengan ilmu itu dan mengajarkannnya (HR Bukhari : 73 & HR Muslim : 816)”
.
Pandanglah ke bawah dalam segala urusan dunia, agar kita selalu bersyukur.. Lihatlah ke atas dalam hal akhirat, supaya kita tetap bersemangat.. 
.
Jika jumpa si bakhil, kedekut tahi hidung masin sekali pun, bersangka baiklah pada mereka.. Mungkin dia banyak bersedekah ketika berada di belakang khalayak.. Di saat mata kita tidak melihat gerak gerinya.. Who knows, right..?
.
Hassan Al Basri pernah cakap, “Apabila engkau melihat seseorang mengunggulimu dalam urusan dunia, maka kalahkan dia dalam hal akhirat”

so pham dak ?
kalau pham alhamdulillah ...
mana duq dak pham to hakak pun tak tau laa nak jelas guane lagi kan ... 

~_~ ......

0 comments:

Post a Comment