Wednesday, 4 May 2016

Bernikahlah Kerana Allah ^_^


Awak, 

Jangan sebab tengok orang lain sweet bernikah, awak pun pakat 'sauk' terima je mana-mana lelaki.

Jangan sebab tengok orang lain sweet bernikah, awak pun pakat nak terus kahwin tanpa selidik dengan teliti akhlak dan peribadi dirinya.

Jangan sebab tengok orang lain sweet bernikah, awak pun rendahkan maruah, berikan segalanya yang ada pada awak.

Jangan sebab tengok orang lain sweet bernikah, awak lupakan mak ayah.

Jangan sebab tengok orang lain sweet bernikah, awak dah tak kisah dia solat ke tidak, cari harta halal ke tidak.

Jangan sebab tengok orang lain sweet bernikah, awak jadi lupa Tuhan, awak kejar-kejar terus cinta insan.

Janganlah begitu. Nanti awak takkan rasa bahagia yang lama. Sekejap sahaja. Lepas kahwin nanti lebih banyak yang duka.

Bersabarlah menanti janji Allah.

Menikahlah kerana Allah, demi Allah, untuk Allah. Bukan nafsu semata.

Yang dengannya terasa dekat dengan Allah, semakin terasa berlumba untuk masuk syurga bersama.
Itu ada dalam doa dan sujud kita kepada-Nya. <3


#DemiAllahTidakKuat
#KeranaAllahHarusKuat

3 comments: