Wednesday, 25 May 2016

Tanya Diri Kenapa Susah Nak Solat ? ..


Kenapa diri selalu susah untuk solat.
Kerana hati lebih memilih hal dunia dari akhirat.

Kenapa diri selalu susah untuk menutup aurat.
Kerana hati lebih memilih manusia dari Allah.
Kenapa diri selalu anggap yang terbaik.
Kerana hati selalu sangka orang lain tiada ilmu.

Kenapa diri selalu gembira.
Kerana hati lupa pada azab.
Kenapa diri selalu ketawa.
Kerana hati lupa pada dosa.

Tiada masa untuk ketawa lagi.
Tiada masa untuk senyum lagi.

Ini waktu untuk tangisi dosa.
Ini waktu untuk memikirkan azab.
Bayar hutangmu dengan Allah
Kadang-kadang diri cuma pandai cakap tapi tak buat ..

Menangis lah sekarang. Manusia kadang kadang akan menangis setelah nasi menjadi bubur. Manusia akan mula menghargai erti kehidupan setelah mati. Manusia
akan mula menyayangi ibadah setelah dikafankan.

Manusia akan mula merindui yang tersayang setelah kehilangan.
Itulah manusia yang punya akal.
Bukan haiwan yang tidak berakal ..

muhasabah diri bersama ..
untuk renungan diri sendiri ..

#ulat_gonggok#

0 comments:

Post a Comment