Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu.
Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi masalah
ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK.
Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya,
Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar
biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan
jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai
alasan untuk berubah.
“Susahla nak berubah…..”
“Saya dah cuba, TAPI……”
“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family
aku tak kuat agama macam kau….”
“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku?
Sekolah aku teruk gila…..”
Macam-macam alasan yang kita boleh bagi
sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari kita
bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu
betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai
bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan?
Sampai bila kita nak merungut?
Tu persoalannya.
Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang
susah . Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu
untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang
yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk
syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak
bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil.
Saya rasa semua maklum.
Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita
kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak
berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’
yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap
teguh, istiqomah dan berterusan melakukan
perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu
untuk kekal lama dalam perubahan.
So, insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak
berubah, dan dapatkan kekuatan untuk berubah.
Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri
alasan.
Moga kita dapat amal!
****
1) MELAZIMI TAUBAT.
Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak
maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat
lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat
redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak
maaf. Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan
Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang
Allah bagi untuk maksiat.
Sebab tu kena TAUBAT!
Tapi, masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-
kali pada diri saya), kita dah taubat, tapi sampai satu
tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat.
So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita
bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.
Saya ulang:
“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI
taubat…”
Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik,
taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai
bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau
boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun
sungguh-sungguh kat Allah.
Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal
kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau
kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita
lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat
kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!
Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan
tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI
TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai
maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.
“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan
kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah
bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga
aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)
”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji
dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)
“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu
yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu
menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)
Amacam? Bolehkan?
2) JAGA SOLAT 5 WAKTU
Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina,
membunuh, minum arak dan sebagainya. Jangan ingat
isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan
member, keluar malam dengan bf/gf, pergi kelas, kerja
semua boleh.
Solat, sekejap je pun.
Serius, kalau orang tanya saya:
“Saya nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So
sekarang, saya nak mula dari mana?”
Saya akan jawab:
“Kamu mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”
Baca dan dengarlah kisah-kisah orang yang berubah.
Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa dan lain-lain, bila
mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan
untuk berubah, mereka jawab:
“Jaga solat!!”
Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita
‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah. Mustahil.
Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan??
Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang
lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita
yang lain.
Saya dah tulis isu solat ni panjang lebar di SINI.
Baca jangan tak baca!
3) TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN
DENGAN ORANG BAIK.
Orang yang nak berubah dan bertaubat, dia kena
jauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, yang boleh
menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat,
serta menarik kakinya kea rah maksiat sehingga dia
terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah dosa dan
maksiat.
Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda
serius!!
Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan
kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan
rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka
kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka
sentiasa memandu kita kea rah kebaikan.
Kata seorang penyair:
“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti
berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang
sihat..”
Sahabat ni terbahagi kepada dua.
a)Ada yang mengheret kita ke syurga.
b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!
Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan
dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita
sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat
baru kita sedar. Allah berfirman:
“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua
tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknta sekiranya
duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul.
Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku
dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN
AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari
Alquran!!”
(Alfurqan ayat 27-29)
Sebab tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita
untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:
“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah
penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan
perkara maksiat, beristighfar dengan lidah,
meninggalkan dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari
TEMAN YANG JAHAT…"
Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam
Alqushairi:
“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan
menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana
merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan
niar dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-
ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”
So, saya saran, ikutlah USRAH. Kat sekolah, kat
universiti. Nak ikut ISMA ke, IKRAM ke, HALUAN ke,
TABLIGH ke, PAS ke, Hizbut Tahrir ke, PEMBINA ke,
apa-apalah NGO/JEMAAH dakwah dan tarbiah. Baru
kau akan jadi kuat!
Bila kau nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama
orang yang sama-sama dengan kau nak jadi baik!
Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb.
Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke,
duduk dengan adik beradik ke, atau pergi program
tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk
sorang-sorang. Perangkap setan tuuu.
4) DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI.
Bila kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan
denda diri kita untuk buat kebaikan. Hatta, itulah yang
nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan
kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan
menghapuskan dosa kita.
Contoh, kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita
menyesal. Maka, kita kena balas dengan kebaikan,
iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada
ramai orang.
Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas
dengan memuji dan menghormatinya.
Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita
lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca
hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.
Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah,
maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita
dengan bersungguh-sungguh.Ini namanya “memanipulasikan syaitan”.
5) BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR.
Biasanya, kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati
kita KOSONG, tengah boring, rasa tak tenang dan
sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa
pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati
dia. Apa daaa…
Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dengan
lagu Justin bieber, one direction, kpop dan lain-lain?
Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh, jangan!
“Maksiat takkan membuatkan kau hilang dahaga.
Maksiat akan membuatkan kau bertambah HAUS!
Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah
dengan amal!”
Sebab tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-
KURANGNYA, kit abaca sehari 10 ayat quran. Kalau
tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI!
Isilah hati tu. Isilah dengan quran dan zikir.
Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated,
simple-simple je. Setiap hari:
Istighfar 100 kali.
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100
kali.
Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.
Tak sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa
puas beb. Serius. Takde maknanya nak tipu. So, bila
hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah
kita ada kekuatan untuk tepis godaan!
Sungguh!
And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali
kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak
kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk
berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau
kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam
beribadah, doa agar di beri kekuatan dan perasaan
benci dan geli serta tak selera dengan maksiat?
Berapa kali?
Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh
bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:
"Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku
dengan dia..Andai jodoh bla bla bla..."
Apa daaa....Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah
Allah. Bukan ingat crush kau.
***
So, inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah
dalam perubahan. Cubalah. Macam saya hurai kat atas
tadi, sampai bila nak bagi alasan beb? Hendak 1000
daya, tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak
belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…
“Sesungguhnya, Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai
dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI MEREKA sendiri!”
(Arra’du ayat 13)
Sampai bila nak beralasan dan merungut beb?
Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment