Wednesday, 21 October 2015

Jaga Ikhtilat !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ





Cuba bayangkan wajah ibu anda bila baca status ni. Bayangkan sungguh-sungguh!




"Kakak, jom solat sekali dengan ummi jom!"




"Baik ummi!"




*****




"Alhamdulillah kita dapat solat berjemaah sama-sama. Seronok rasanya."




"Hmm ummi. Kakak ada benda nak cakap sebenarnya ni. Tapi kakak rasa beratlah ummi."




"Kenapa kakak? Kakak ada masalah ke? Cerita kat ummi."




*menangis




"Ummi, sebenarnya kakak dah mengandung....."




*****




Ok, sekarang bayangkan pula apa perasaan ibu anda bila anda beritahu khabaran itu?




Wahai kaum muslimah. Saya nak pesan dengan sungguh-sungguh.




Jagalah ikhtilat. 

Jagalah ikhtilat. 
Jagalah ikhtilat!



Jangan kamu ingat sebab kamu ikut tarbiah bertahun-tahun. 




Kamu pakai tudung labuh sampai sapu lantai.

Kamu hafaz al-Quran.
Kamu akan selamat dengan fitnah ini.



Kadang-kadang kita terlupa. 

Kita terleka. 
Kita alpa.



Dengan manisnya cinta seorang kekasih. Hingga menjerat diri kita ke lembah kemaksiatan. Kala berlaku peristiwa hitam yang terpaksa kita telan, saat itu nasi sudahpun menjadi bubur!




Saat itu, apa pilihan yang ada?




Nak bagitahu ibu bapa? 

Tak tergamak nak remukkan hati mereka.



Nak gugurkan kandungan? 

Tak cukup ke dosa zina yang berlaku?



Nak minta si binatang bertanggungjawab? 

Masih belajar dan pasti dia tak kan bertanggungjawab!



Nak bunuh diri? 

Nerakalah tempatnya!



Lebih baik mencegah daripada merawat. Kerana akhirnya, kau tak nak lukakan hati ibu bapamu.


0 comments:

Post a Comment