السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
#TipsPenawarBagiHari#
Ketika mata kita melihat perkara maksiat, Allah tidak menarik nikmat penglihatan.
Ketika telinga kita mendengar perkara yang haram, Allah tidak menarik nikmat pendengaran.
Ketika lidah kita memfitnah dan mengumpat, Allah tidak menarik nikmat percakapan.
Ketika perut kita menerima makanan yang syubhah dan haram, Allah masih memberi rezeki.
Ketika dua tangan dan dua kaki bergerak dan melakukan ke arah maksiat, Allah masih memberi nikmat pergerakan.
Ini semua tandanya Allah menyayangi kita semua di bawah rahmatNya. Allah sentiasa memberi ruang untuk kita bertaubat dan kembali kepadanya.
Jangan putus asa, hilang harapan dan kecewa, kerana Allah sentiasa bersama dengan kita. Beristighfarlah kepadanya walaupun di mana kita dan apa jua keadaan sekalipun. Kerana Allah Maha Pengampun.
#UMaR Zunnun
0830:20102015
Tuesday, 20 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment