السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
#TipsPenawarBagiHati#
Anak menangis di tengah malam, kita terjaga dari tidur.
Bunyi barang jatuh di dapur, kita terkejut lalu bangun dari tidur di tengah malam.
Kucing bergaduh di laman rumah, kita bangun untuk halau dalam keadaan marah.
Mimpi yang pelik atau menakutkan hingga membuatkan kita tersentak dari tilam yang empuk.
Dengkuran suami yang bertambah kuat di tengah malam hingga membuatkan kita rasa sedikit terganggu.
=Didiklah hati bahawa semuanya di atas tu adalah gerakan Allah untuk mendekatkan diri kepadaNya. Kerana itulah tanda kasihnya DIA kepada kita. Mungkin kita rasa susah dan derita ni atas dunia, namun akan bahagia di akhirat sana.
-UMaR Zunnun-
0917:11102015
0 comments:
Post a Comment