السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Isyak semua.
Harap korang semua dah solat isyak insyallah.
Malam yang hening ni, saya nak pesan something.
Tentang:
“APA USAHA AKU UNTUK BERUBAH?”
Pertama, saya nak yakinkan korang semua bahawa, semua orang BOLEH berubah. Sejahat mana, seteruk mana, sekejam mana, sejahil mana, dia boleh berubah dengan satu syarat iaitu, dia NAK berubah, bukan NAK TAK NAK.
Saya nak cerita sikit.
1) Saya ada seorang kawan, yang obsess Shah Rukh Khan. Obsess tahap kritikal. Semua movie shah rukh khan dia beli, dia khatam marathon movie, dia dengar semua lagu shah rukh khan, beli poster tampal kat dinding, gambar shah rukh khan dia letak kat dompet, dan juga wallpaper henset. Sampai, dia kata, kalau boleh, dia nak kahwin dengan shah rukh khan. Obsess gila bapak.
TAPI, bila dia dah TAHU benda tu salah dan bila dia di tegur oleh kawan dia, apa dia buat? Adakah dia menolak teguran dan menyalahkan orang yang menegurnya?
TIDAK.
Tapi, bila dia kena tegur, dia terus rasa bersalah, sebab selama ni dia tak tahu benda tu dosa. So, dia balik rumah, menangis teresak-esak, dalam keadaan menangis teresak-esak, badan menggigil, dia PAKSA diri dia untuk pecahkan semua CD shah rukh khan yang dia dah beli, dia koyakkan poster dan gambar, dia campak CD, dia bakar majalah-majalah yang berkaitan dengannya, dalam keadaan menangis teresak-esak dan menggigil!!
Alhamdulillah, dia berjaya tinggalkan ketagihannya pada masalah tersebut. Dan kini, beliau merupakan tokoh wanita yang sangat hebat, bahkan saya sendiri mengkagumi beliau.
Persoalannya, kepada mereka-mereka yang ketagih drama korea jepun, ketagih dan obsess pada artis korea jepun, seperti EXO, big bang, tae yang, super junior, girls generation, juga artis-artis barat seperti Justin Bieber, 1D, Austin mahon dan sebagainya, apakah USAHA korang untuk berubah?
2) Saya ada seorang kawan. Dia ketagih video lucah. Apa yang dia buat untuk berubah? Dia wajibkan diri dia:
“Kalau aku tengok video lucah, aku akan denda diri aku dengan sedekah RM50 dan baca 50 muka surat buku agama…”
Akhirnya, sampai satu tahap, dia dah sedekah ribuan ringgit dan dah baca ribuan muka surat buku agama, sehingga duit dia habis. Dan, akhirnya, dia berjaya tinggalkan ketagihan video lucah tersebut.
***
Apa yang saya nak sampaikan?
Saya cuba nak kita semua tanya diri masing-masing:
“Apakah usaha aku untuk berubah?”
Ya.
Memang sometimes kita dah taubat, tapi kita ulang semula dosa yang sama. Berkali-kali.
Tapi, adakah itu menjadi alasan untuk kita tak teruskan usaha untuk berubah?
Ingat wahai kawan…
Allah takkan putus asa mengampunkan kita.
Syaitan takkan putus asa menyesatkan kita.
Kenapa kita perlu putus asa untuk berubah?
“Kadang-kadang, kita kena PAKSA diri kita untuk berubah. Kadang-kadang….”
Ya Allah, ampunkan dosa kami, berilah kami kekuatan untuk berubah, dan istiqomah dalam perubahan!!”
Moga Allah bagi korang semua syurga!
0 comments:
Post a Comment