Wednesday, 28 October 2015

Bagaimana Hati Boleh Tenang ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ





semua sihat ka ? harap kalian semua sudah menunaikan solat isyak ,inshaa allah ...

Kenapa hati boleh tenang?

Saya ada persoalan untuk kita fikirkan tentang hal ni. Kenapakan, bila manusia stress duduk di kawasan bandar, kita akan cari pemandangan alam kat luar bandar seperti pergi laut, hutan, pulau, panjat gunung dan sebagainya?

Ada yang kata sebab ketenangannya. Tapi, kenapa kita tenang bila pergi ke sana melihat pemandangan alam sekitar? Apa puncanya? Hehe.

Antara faktor utamanya adalah, sebab alam sekitar itu BERZIKIR mengingatii Allah dengan cara mereka sendiri. Mereka berkumpul sekelompok dan berzikir. Dengan zikir kepada Allah, akan jadi tenang.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."

(Surah al Isra 17 : 44)

Hati kita tenang sebab kita hanya menumpang ketenangan mereka saja. Sebab tu hati kita rasa tenang, damai, tenteram dan segala bagai.

Tetapi persoalannya kan.... Sampai bila kita nak tumpang ketenangan mereka? Takkan la selamanya nak duduk laut, nak tinggal atas gunung, nak lepak dalam hutan dan sebagainya. Akhirnya kita kena balik rumah, balik ke bandar dan sebaganinya. 

So macam mana nak tenang semula?

Formulanya senang je, dengan berzikir pada Allah juga. Tanya pada diri kita, sehari berapa banyak kali kita istighfar pada Allah? Rasulullah yang maksum takde dosa tu pun, sehari istighfar sampai 70 kali. Ada riwayat lain kata, Rasulullah istighfar sampai 100 kali.

Kenapa kita susah nak istighfar sedangkan Rasulullah pun istighfar? Dah jom istighfar sekarang, jangan baca je. Hehe

Lepas tu, sehari berapa mukasurat kita baca al Quran? Atau seminggu sekali je baca? Bacalah al Quran at least sehari satu muka surat. Bukan lama sangat pun.

Saya tahu, ramai yang tak sempat membaca sebab sibuk kerja. Tapi takkan korang takde waktu rehat langsung? Kerja 8 jam takde rehat? Waktu rehat tu, baca la al Quran walau 1 muka surat.

Kejap lagi nak pukul 1, dah nak rehat. So, nanti rehat bacalah al Quran. Dan jadikan habit korang. Ok? :)

Ketenangan ni selamanya akan dapat dengan ingat Allah. Ingat Allah bukan waktu kita stress, waktu ada problem, waktu ada masalah dan macam2, tapi LEBIH dari tu. Iaitu ingat Allah waktu kita senang, gembira, dapat gaji dan sebagainya. Ingat Allah waktu senang, insyaAllah Allah akan ingat kita waktu kita susah.

ok? :)

Jom istighfar dan baca al Quran sekarang. 

Penawar Bagi Hati 14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


#TipsPenawarBagiHati#

Dia orang besar, dimuliakan.

Dia orang berpangkat, disanjung.

Dia orang penting, dialu-alukan.

Dia orang biasa, dibiarkan.

Dia seorang kuli, diarahkan.

Dia orang hina, dikeji.

Tidakkan kita membaca firman Allah yang mafhumnya "dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah).

#UMaR Zunnun
0903:28102015

Monday, 26 October 2015

Apa Usaha Kita Untuk Berubah ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam Isyak semua.

Harap korang semua dah solat isyak insyallah.


Malam yang hening ni, saya nak pesan something.



Tentang:



“APA USAHA AKU UNTUK BERUBAH?”



Pertama, saya nak yakinkan korang semua bahawa, semua orang BOLEH berubah. Sejahat mana, seteruk mana, sekejam mana, sejahil mana, dia boleh berubah dengan satu syarat iaitu, dia NAK berubah, bukan NAK TAK NAK.



Saya nak cerita sikit.



1) Saya ada seorang kawan, yang obsess Shah Rukh Khan. Obsess tahap kritikal. Semua movie shah rukh khan dia beli, dia khatam marathon movie, dia dengar semua lagu shah rukh khan, beli poster tampal kat dinding, gambar shah rukh khan dia letak kat dompet, dan juga wallpaper henset. Sampai, dia kata, kalau boleh, dia nak kahwin dengan shah rukh khan. Obsess gila bapak.



TAPI, bila dia dah TAHU benda tu salah dan bila dia di tegur oleh kawan dia, apa dia buat? Adakah dia menolak teguran dan menyalahkan orang yang menegurnya?



TIDAK.



Tapi, bila dia kena tegur, dia terus rasa bersalah, sebab selama ni dia tak tahu benda tu dosa. So, dia balik rumah, menangis teresak-esak, dalam keadaan menangis teresak-esak, badan menggigil, dia PAKSA diri dia untuk pecahkan semua CD shah rukh khan yang dia dah beli, dia koyakkan poster dan gambar, dia campak CD, dia bakar majalah-majalah yang berkaitan dengannya, dalam keadaan menangis teresak-esak dan menggigil!!



Alhamdulillah, dia berjaya tinggalkan ketagihannya pada masalah tersebut. Dan kini, beliau merupakan tokoh wanita yang sangat hebat, bahkan saya sendiri mengkagumi beliau.



Persoalannya, kepada mereka-mereka yang ketagih drama korea jepun, ketagih dan obsess pada artis korea jepun, seperti EXO, big bang, tae yang, super junior, girls generation, juga artis-artis barat seperti Justin Bieber, 1D, Austin mahon dan sebagainya, apakah USAHA korang untuk berubah?



2) Saya ada seorang kawan. Dia ketagih video lucah. Apa yang dia buat untuk berubah? Dia wajibkan diri dia:



“Kalau aku tengok video lucah, aku akan denda diri aku dengan sedekah RM50 dan baca 50 muka surat buku agama…”



Akhirnya, sampai satu tahap, dia dah sedekah ribuan ringgit dan dah baca ribuan muka surat buku agama, sehingga duit dia habis. Dan, akhirnya, dia berjaya tinggalkan ketagihan video lucah tersebut.



***



Apa yang saya nak sampaikan?



Saya cuba nak kita semua tanya diri masing-masing:



“Apakah usaha aku untuk berubah?”



Ya.



Memang sometimes kita dah taubat, tapi kita ulang semula dosa yang sama. Berkali-kali.



Tapi, adakah itu menjadi alasan untuk kita tak teruskan usaha untuk berubah?



Ingat wahai kawan…



Allah takkan putus asa mengampunkan kita.

Syaitan takkan putus asa menyesatkan kita.
Kenapa kita perlu putus asa untuk berubah?


“Kadang-kadang, kita kena PAKSA diri kita untuk berubah. Kadang-kadang….”



Ya Allah, ampunkan dosa kami, berilah kami kekuatan untuk berubah, dan istiqomah dalam perubahan!!”



Moga Allah bagi korang semua syurga!

Takut Pada Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bismillah.

Apa kabar semua?

Sorry kacau malam-malam.

Tadi saya baru habis dengar satu ceramah, yang sangat menyentuh dan menyentap diri saya.

Saya nak kongsi sikit, iaitu tentang TAKUT ALLAH.

****

Ramai orang, dia tak tahu kenapa perlu dia takut Allah. Bila tanya:

"Kenapa kau takut Allah?"

Biasanya orang akan jawab:

"Aku takut Allah sebab aku takut neraka... Aku takut azab Allah.."

TAPI, hakikatnya, yang kita perlu takut bukanlah neraka Allah semata, tetapi, yang kita perlu takut ialah ALLAH!

Ya, ALLAH!

Kita perlu takut dengan kuasa dan kudrat Allah. Bukan semata-mata takut neraka. Kita perlu takut dengan dzat Allah tu sendiri.

Sebab Allah boleh buat apa yang Dia nak buat.

Siapa tahu lepas ni kita mati dalam keadaan kita tak sakit apa2? ALLAH mampu matikan kita!

Siapa tahu lepas ni tiba2 kita murtad walaupun kita ni sangat berilmu dan beriman? ALLAH mampu membolak-balikkan kita dan menyesatkan kita!

Siapa tahu lepas ni tiba2 kiamat dan azab Allah datang menghancurkan kita? ALLAH mampu buat semua tu!!

Persoalannya, sejauh mana kita takut Allah?

Bila kita duduk sorang2, kita buat maksiat. Kita tak jaga mata, telinga, kemaluan dan sebagainya. Kita anggap Allah tak nampak. Kita anggap Allah tak berkuasa untuk mematikan kita tika kita buat maksiat.

Kita tak rasa Allah perhati kita.

Persoalannya yang saya nak malam ni kita sama2 fikir:

"Ya Allah, adakah selama ini aku takutkan diriMu ya Allah?"

Moga Allah ampunkan dosa kita semua!

****

Pesan Buat Kawan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar kawan2 semua hari nie ? Moga sentiasa didalam lindungan Allah ...

Kawanku...

Hmm..

Tak tahu nak ulas macamana.

Pernah tak kita rasa tertekan, buat dosa, dah taubat, tapi kita buat balik. Kemudian kita taubat, tapi lepas tu jatuh semula ke maksiat yg sama..

Berulang-ulang, ulang dan ulang..

Orang yang hatinya HIDUP, pasti dia akan merasa sangat sedih, pedih dan amat terseksa kerana terpenjara dengan dosa noda.

Satu je nak pesan.

Jangan putus asa wahai kawan.

Saidina ali pernah bagitahu:

"Orang yang paling untuk ialah orang yang sering di uji dgn dosa, dan dia bertaubat..."

Kawan..

Taubat ni bukan magik.

Bukan taubat sekali, esok terus dapat tinggal maksiat.

Tidak.

Taubat ni realistik. Kena taubat, taubat, taubat dan taubat. Bahkan, kalau rasa tak pernah buat dosa pun kena taubat. 

Kerana apa?

Kerana Allah sangat CINTA hambanya yang bertaubat..

Ya wahai kawan..

Allah CINTA KAU kalau KAU bertaubat!

Setiap kali kita sujud, menangis pilu mengenang dosa, insaf dan doa merayu merintih memohon ampun, setiap kali itulah ALLAH SANGAT MENCINTAI KAU wahai kawanku...

Ingat...

"Pintu taubat takkan terbuka dgn sekali ketuk, tetapi, pintu taubat akan terbuka setelah kia ketuk berkali-kali.."

Moga Allah bagi kita hidayah dan kekuuatan untuk kita sering melazimi taubat ...

Moga bermanfaat 

Penawar Bagi Hati 13

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#TipsPenawarBagiHati#

Jangan sesekali kita mula menipu.

Jangan kita mengamalkan menipu.

Jangan kita kekal dalam menipu. 

Kerana ia akan merosakan kita dan orang lain. 

Ikutlah Nabi kerana sabdanya, "Aku adalah Nabi yang tidak menipu, Aku adalah anak Abdul Mutalib". (Bukhari & Muslim)

#UMaR Zunnun
1119:26102015

Penawat Bagi Hati 12

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#TipsPenawarBagiHati#

Hati x tenang kita cari kawan, pakwe or makwe.

Susah hati kita cari makanan, cari tempat tido, tgk movie.

Bergaduh atau sakit hati kita cari suami, mak, ayah atau yang rapat dengan kita.

Stress pergi shoping, berenang, berjoging dan lain2.

Semuanya tu terletak kat hati, maka hati ni punca segala kebaikan atau keburukan. Kalau salah kegunaannya maka rosak kita. 

Kembalilah kepada Allah. carilah Dia, berjoging kepada Dia, shoping dengan Dia, berkasihlah dengan Dia, kerana Dialah penenang dan pemujuk hati kita.

#UMaR Zunnun
1116:25102015

Thursday, 22 October 2015

Tarbiah Diri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bismillah.

Apa kabar semua warga blogger? 

Saya doakan agar kita semua di ampuni Allah dan di sihatkan tubuh badan dan IMAN.

Di pagi hari ni, saya nak pesan something.

***

Korang pernah tak rasa stress, tension, bengang, asyik rasa tak puas hati dengan orang lain, rasa tak selesa, rasa gundah gulana, resah, gelisah, rasa macam tiada arah, rasa terhimpit, tersepit, sakit, pedih hati, rasa kosong dan sebagainya.

Pernah tak korang rasa??

Korang nak tak kalau hati korang tenang, aman damai, bahgia, harmoni, positif dan ceria?

Kuncinya satu wahai kawan.

Tinggalkan maksiat, bertaubatlah pada Allah.

Orang yang bertaubat, wajahnya akan berbeza dengan orang yang di saluti dosa noda.

Ya, kehidupannya juga berbeza.

Persoalannya, sudah berapa lama kita menangguhkan taubat kita, lupakan Allah, abaikan Allah, bahkan lebih mengutamakan cinta manusia, crush sini sana, minat artis sini sana, tu hensem ni cantik, obsess, sering memikirkan si dia, menangispun ingat crush, menangis sebab tengok drama cintan cintun.

Sungguh..

Air mata itu ada NILAI. Dan, nilai air mata yang paling agung ialah air mata taubat. Dengannya, api neraka akan terpadam.

Sudah berapa lama kita tak menangis mengenang dosa?

Ya Allah, kurniakanlah kami mata yang mudah mengalir air mata kecintaan kepadaMu..

Amin!!

Penawar Bagi Hati 11

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#TipsPenawarBagiHati#

Saat manusia tinggalkan kita,

Saat manusia bencikan kita,

Saat manusia memandang hina kepada kita,

Saat manusia tidak puas hati dengan kita,

Saat manusia mengumpat dan memfitnah kita,

Saat manusia melemparkan perkataan, perbuatan dan perasaan tidak sepatutnya kepada kita,

Ingatlah, Allah setiap saat bersama kita. 

Kembalilah kepadaNya, koreksilah dan muhasabah diri kita, perbetulkan apa yang salah, kekalkan apa yang benar.

Usahlah kita rasa kecewa dan putus asa dengan manusia, tetapi takutlah jika kita kecewa dan putus asa dengan Allah.

#UMaR Zunnun
0657:22102015

Wednesday, 21 October 2015

Jaga Ikhtilat !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ





Cuba bayangkan wajah ibu anda bila baca status ni. Bayangkan sungguh-sungguh!




"Kakak, jom solat sekali dengan ummi jom!"




"Baik ummi!"




*****




"Alhamdulillah kita dapat solat berjemaah sama-sama. Seronok rasanya."




"Hmm ummi. Kakak ada benda nak cakap sebenarnya ni. Tapi kakak rasa beratlah ummi."




"Kenapa kakak? Kakak ada masalah ke? Cerita kat ummi."




*menangis




"Ummi, sebenarnya kakak dah mengandung....."




*****




Ok, sekarang bayangkan pula apa perasaan ibu anda bila anda beritahu khabaran itu?




Wahai kaum muslimah. Saya nak pesan dengan sungguh-sungguh.




Jagalah ikhtilat. 

Jagalah ikhtilat. 
Jagalah ikhtilat!



Jangan kamu ingat sebab kamu ikut tarbiah bertahun-tahun. 




Kamu pakai tudung labuh sampai sapu lantai.

Kamu hafaz al-Quran.
Kamu akan selamat dengan fitnah ini.



Kadang-kadang kita terlupa. 

Kita terleka. 
Kita alpa.



Dengan manisnya cinta seorang kekasih. Hingga menjerat diri kita ke lembah kemaksiatan. Kala berlaku peristiwa hitam yang terpaksa kita telan, saat itu nasi sudahpun menjadi bubur!




Saat itu, apa pilihan yang ada?




Nak bagitahu ibu bapa? 

Tak tergamak nak remukkan hati mereka.



Nak gugurkan kandungan? 

Tak cukup ke dosa zina yang berlaku?



Nak minta si binatang bertanggungjawab? 

Masih belajar dan pasti dia tak kan bertanggungjawab!



Nak bunuh diri? 

Nerakalah tempatnya!



Lebih baik mencegah daripada merawat. Kerana akhirnya, kau tak nak lukakan hati ibu bapamu.


Penawar Bagi Hati 10

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



#TipsPenawarBagiHati#



Perjalanan !



Ada yang berjalan mengambil masa yang lama, tetapi gagal sampai tempat yang dituju.



Ada yang berjalan memgambil masa yang singkat, dan berjaya sampai tempat yang dituju.



Ada yang berjalan mengambil masa yang lama, dan akhirnya berjaya tempat yang dituju.



Ada yang berjalan mengambil masa yang singkat, namun gagal sampai tempat yang dituju.



Ada juga yang tidak mengambil masa di dalam perjalanan ini, tetapi sampai tempat yang dituju.



Semuanya diatas kehendak Allah. Kita sebagai hamba yang pastinya kena perbetulkan NIAT. Sempurnakan niat kerana yang Satu. Dialah penentu perjalanan ini. NIATlah semata-mata kerana Allah di dalam perjalanan kehidupan kita. Ya Allah! Perbetulkan niatku, hanya keranaMu.



#UMaR Zunnun
0840:21102015

Penawar Bagi Hati 9

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#TipsPenawarBagiHari#



Hati terasa dengan sindiran manusia,



Hati sedih dengan hinaan manusia, 



Hati hiba dengan perbuatan manusia,



Hati geram dengan umpatan manusia,



Hati sakit dengan fitnah manusia.



Mengapa perlu bersedih, sedangkan Allah ingin mengangkat darjat kita disisinya. 



Apa manusia-manusia itu mampu bagi kepada kita, hanya sekadar lisan dan perbuatan yang tiada apa-apa.



Cukuplah Allah di hati kita. Itu sudah cukup menghilangkan segala perasaan negatif yang wujud di hati kita ..



#UMaR Zunnun
0930:21102015

Tuesday, 20 October 2015

Penawar Bagi Hati 8

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


#TipsPenawarBagiHari#

Ketika mata kita melihat perkara maksiat, Allah tidak menarik nikmat penglihatan.

Ketika telinga kita mendengar perkara yang haram, Allah tidak menarik nikmat pendengaran.

Ketika lidah kita memfitnah dan mengumpat, Allah tidak menarik nikmat percakapan.

Ketika perut kita menerima makanan yang syubhah dan haram, Allah masih memberi rezeki.

Ketika dua tangan dan dua kaki bergerak dan melakukan ke arah maksiat, Allah masih memberi nikmat pergerakan.

Ini semua tandanya Allah menyayangi kita semua di bawah rahmatNya. Allah sentiasa memberi ruang untuk kita bertaubat dan kembali kepadanya.

Jangan putus asa, hilang harapan dan kecewa, kerana Allah sentiasa bersama dengan kita. Beristighfarlah kepadanya walaupun di mana kita dan apa jua keadaan sekalipun. Kerana Allah Maha Pengampun.

#UMaR Zunnun
0830:20102015

Sunday, 18 October 2015

Muslimah Sejati itu Muslimah Solehah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ






perkara utama yang perlu difokuskan di sini adalah menjadi muslimah solehah .. muslimah solehah? mcm mne nak jdi muslimah solehah to yee ? tak bermakna jdi muslimah solehah to aq nak suruh korang bertutup litup hanye nmpak dua bijik mata ja kan .. tapi, untk mnjdi sebagai seorang muslimah solehah yang disarankan al-Quran dan as-Sunnah.

Aq akui betapa iri hati kemain bila tengok perempuan berpakaian lengkap cover their aurat. tambah pulak yang spesis lemah lembut, sopan santun, bertudung
labuh, senyum pun tutup mulut je. oucchh! omey omey-nya! (*..*)


kalau pesen muslimah gini jenis gedik gedik sedikit lagi comel macam Irma Hasmie, Dena Bahrin :) Gedik tu resam-lah bagi pompuan yang comel kemain macam aq nie haa .. (hahax ko jahh overr ehh x_x ..) Pernah la dulu, aq teringin sgat nk berniqab makin hari, aq makin taksub nak jadi cengitu setelah beberapa lama juga aq cuba sedikit demi sedikit pelbagai cara untuk istiqamah menjadi muslimah solehah .. yea memang x dapat dinafikan.. kadang

kadang tak konsisten juga .. tudung tak tutup dada lah, baju muat muat badan lah, tudung singkat lah, takde stokin lah, x pkai handsock lah macam2 jenis lah ... tapi skrng alhamdulillah tudung aq dah labuh dan aq jgak pelan2 istiqomah dlm memakai niqab ..


pkai niqab bkan pkai gitu ja ... (hohox jahhh senang ko ehh pkai gitu ja !!) bile niat dihati utk pkai niqab so kene niqab kan jgak hati to at least ko tau bile owg tanye ko knpe ko berniqab apa hukum berniqab nak pkai harus dpt keizinan ka tidak ? so bile ko tau semua to ko boley jawab dgn relex pda dieowg yg jeniz suke bnyk tnye tpy satu hasil pn x simpan kan .. (haaa gitu jahh x pea jgan kecik aty ,hal kecik ja to jaahhh oiii) ... ahksss ... berniqab bkn berniqab ja harus tau ap itu niqab .. kene tau adab berniqab .. kne jge batas dlm berniqab .. sbb ap sbb zaman skrng nie owg dah x pndng niqabis dgn pndngan hormat atau pndngan yg sejuk mata .. berniqab nie bnyk resiko nya ... (haaa jahhh ko boley hadapii ka ? inshaa allah berbekalkan iman yg teguh didada dgn hati yg tabah ko boley hadapp jahh) .. sbb bile sowg niqabis x jge adab dlm berniqab ,berniqab tpy tabarujj then x jge ikhtilat n sbgainya bkn takat die ja kne perlekeh malah niqabis yg lain niqabis yg sebenar2nya niqabis pn kne tmpias .. (haa jahh nampak ko ingt boley sesuka pkai ka ?) kite berniqab kite bwak imej niqabis yg lain jgak tau .. pndngan umum rmai yg memandng pesong pda niqabis .. ehhh npe mcm to plakkk bkn kea niqabis nie muslimah yg sejati pndai bab agama pndai ngaji and bla bla bla .. (jgann jaahh jgan ko pkir gitu jahh ).. hahahx ! knpe boley smpai jdi mcm to ? first2 point masalah tabarujj second niqab ikut trending third berniqab hnye utk tutup kisah silam dan lnsng tidak ad ilmu didada (haaa yg nie pkai sebat pkai ja x pkir) ... fourth berniqab tpy baju fit body ,apakah ? fifth berniqab tpy gedikkk lelebih depan laki x jge ikhtilat ... (haaa ko jaahh bnyk maslh kt situ) .. in case hal mcm to x akn jdi bile kite fokus pda satu iaitu mnjadi muslimah solehah kerana allah dan bkan kerana pujian manusia .. ikhlaskn hati ..



meyhh snie nak kngsi sikit tips jdi muslimah solehah ... Aq harap kaedah yang aq kongsikan ini membantu

untuk menjadi muslimah solehah ..


Baiki Penampilan :



mulakan dengan sarung tangan/sarung kaki atau pn lebeh gelemer handsock/stokin .. (alaaa jahhh skrng nie bnyk nouuu handsock yg cntik2 usah risau laa °_°)  .. hal nie mampu

menghindari diri dari sifat malu tak keruan hala gara gara dibahan member .. (haalaaahh jaahh mcm ko x biasa plak kene bahan kan .. hahahx relex ja bio lee deme nk ngata pn kita nak belajar tutup aurat bkn nyusahkn deme pn kan haaaa -_-) .. cara ni boleh membiasakan diri kite untuk tutup aurat dgn smpurna scre
slow2 .. Kendian, biasakan memakai baju yang
longgar dan melepasi punggung, tak jarang, lengan pnjang sampai pergelangan tangan dan seluar yang
longgar. Aq lebih syorkan skirt, long sleeve maxi dress atau pallazo pant (alaahh seluo yg beso to) senang dipakai, adorable, lebih anggun menepati
konsep cara pemakaian muslimah .. comey gitu .. tpy aq lbh suke atau mkne kate lbh gemor pkai jubah .. sbb labuh longgar selesa .. to gaya aq kan .. hok yg lain to ikut pda keselesaan masing2 ..


Pemilihan Tudung :



tudung yang sesuai dan senang digayakan pilihan aq

selendang Aroush , Mumtaz Hijab , Koshibu ,Tudung mesir . "ehh, nak lah tudung
corak corak kupu kupu ni"" lawoo kemain tudung rambu
rambu ni".. but pastikan tudung/selendang bidang "55 or 60" aq x suke beno nak dililit lilit ala ala
Hana Tajima x selesa lnsng duq belit belit tdung to.., ko glak kan aq jahh jge ko .. aq memang x pndai nk lilit lilit tdung nie so cre aq simple ja bile bertudung yg pnting depan labuh tutup dada dan tutup di belakang. Kalau tak taw nak gayakan cemana, klau ko suke jgak kenan jgak nk lilit belit tdung to 
pi usha 374297247 video tutorial semata mata nak ajar pakai tudung .. lain owg lain gaya nya so x ad halngan pn ko nk gaya tdung mcm mne jnji labuh tutup dada dan bhgian blkng mnepati hukum syariat ok cntikkk dah to ...
* jangan pakai sanggup tinggi ala ala yuna seumpama
sanggul unta udah leee * ... haramm hukum nyaa jahh oii ko kne tau to ...


Memperbaiki Ibadat :



pelajari dan sertai usrah program perbaiki akhlak dan perbnykan hadiri kelas2 ngaji kelas ilmu yang diyakini

untuk memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa, dan sebagainya .. semua nie kne teliti kne titik berat ko salah guru takut tpesong plak .. min x dijauhkan .. boleh rujuk ustaz atau ustazah,
kengkawan, kitab-kitab fardhu ain, ataupun mendengar
ceramah-ceramah online. Ustaz Azhar Idrus


contoh aq bg: 



Membaca al-Quran :



selepas solat fardhu, aq akan relex 5 hingga 10

minit untuk membaca al-Quran sekurang kurangnya 7
ayat kalau dah malas bebenouuu. Alang2 dah bce tu bce dengan tartil dan fahami isi ayat al-Quran .. ko bce novel berjam pn ko ok kan x akn nk bca quran ko malazz ..-_-!
rajin2 laa sikit hafal beberapa surah mustajab. Alhamdulillah
sekarang aq dah mampu hafal surah al-Mulk, al-Qiamah, al-Waqiah, Yassin, lepas ni surah Yusuf pulak .. inshaa allah ..
.Bolehlah aq praktis masa pregnant nanti supaya zuriat
aq macam Nabi Yusuf.hehehew. *ayat macam dah kawen
anak spuloh plak aq niee cehhh prasan yahamat* inshaa allah dizin allah aq kawin jgak hal jdoh itu keje allah dia dah tetapkn jdi x payah ko nk pning2 pkir ... gataaiii beno ko jaahh ...hahaax 
* aq syorkan beli tafsir mini yang RM21 (paling
murah), topupkan bopren RM50 ko relex je, nk beli tafsir ko bekire sgat cehhhh!!


Habluminallah, habluminannas :



tiada apa lagi yang penting dan paling utama kita wajib mejaga hubungan kita sesama Allah dan manusia .. Kalau hubungan kita dengan Allah dah punah ranah maka baiki lah kembali. Lakukan solat sunat taubat supaya Allah bersihkan diri kita umpama bayi comel

yang baru lahir. Lain kata, kita takut nak buat dosa .. selain to, jaga hubungan sesama taulan. aq pegang ayat nie tag mark ayt
ni, ''bersalah dengan Allah, kite minta ampun mohon ampun
dengan Allah swt, tpi bile ko salah bedosa dengan manusia, ko kene gi ngadap
sensorang nak pohon maaf. naiya lagi kalau yang pesen
sumpah 7 generasi" ibarat ko cmpak guli dlm laut kemudian ko selam cri guli dlm laut to ase2 agak2 ko jumpe x guli to ? mcm to jgk bile ko x min x maaf pda owg yg ko salah maka cri la owg to kt sane dan min x maaf ..


Jaga ikhtilat:



ikhtilat nie sgat pnting memang kne jge .. kne pham ap to ikhtilat .. ikhtilat to ap ehh ? haa gini mkne kata yg lain ikhtilat to adlh pergaulan antara laki dan prmpuan bkn mahram ,batasan pergaulan .. haa gitu laa mkne kate .. so bile kite nk jdi muslimah solehah scre automatic hal ikhtilat nie harus dititik beratkan .. ko dahh knpe jahhh perwatakan muslimah ko dah cntik dah elok tpy ko tegedikk2 over2 depan laki .. x gune jahhh klau gitu gayanya .. rosak imej .. rosak akhlak .. skly gus membusuk name baik muslimah yg lain .. so kt snie ikhtilat bkn lah nk ckp lnsng x boley berkwn dgn laki kan .. sbb zaman skrng nie ap ap pn laki to pnting dlm bab agama pn laki pntng dlm bab keje2 pn laki pntng kan .. jdi nk ckp lsng x boley kwn laki pn x boley kan jdi kne pham konsep ikhtilat .. jge ikhtilat x bermkne x boley kwn laki .. bkwn dgn laki bia tau btas skdar contact ats urusan yg pnting urusan yg btul2 ad kaitan .. selain dri to stakat nk smbng kosong smbng lagha min x dijauhkan laa .. sbb dri smbng lagha smbng kosong boley bwak kpda maksiat hati ... haaa jahhh bnyk hal yg jdi klau ko x jge ikhtilat .. so as a muslimah solehah pntng jge ikhtilat jgan smpai kamu membawa ikhtilat dlm diri ..



maka, itulah serba sedikit dari aq yg masih perbaiki diri nie .. yang lain, banyak

dah kita belajar dari Ustaz dan Ustazah kan .. sape tak ingat tu, sah sah tidur dalam kelas kan .. baik ngaku cepat, kalau tak aq ketuk sensorang.huhu -.-'
walaupun perkongsian aq tu tak sesempurna untuk menjadi seperti Siti Khadijah, Mariam, Siti Fatimah, tapi, kita perlu cuba apa pun cara agar dpt membantu kita dan yg wanita dilua sane yg masih perbaiki diri untuk menjadi muslimah solehah kecintaan Allah .. praktikkan dengan istiqamah .. 


InsyaALLAH, Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan .. 



Semoga kite semua menjadi muslimah solehah yg diredhai Allah swt ...