Perkahwinan adalah tanggungjawab.. Tanggungjawab sebagai seorg suami terhadap isteri dan tanggungjawab sebagai seorg isteri terhadap suami.. Nanti, bila dah ada anak, tanggungjawab dah bertambah menjadi ibu dan bapa..
Sebelum kahwin ni, kalau ilmu takda, punah ranah la bahtera rumahtangga.. Kdg², remaja nowadays fikir, perkahwinan tu sekadar nak halalkan yg haram.. Bila mindset cenggini, maka tu yg lps bosan berlaku curang.. Sbb matlamatnya semata² kerana nafsu..
Nikah muda ni baik tapi bagi yg berilmu, bersedia dan bagi yg mampu pikul tanggungjawab.. Ni, kalau dgn mak ayah pun dok meninggi suara, menengking sesuka hatinya, cenggini ke gaya nak kahwin..? Kalau dgn mak ayah yg jaga, didik kita sejak lahir tu pun, relationshipnya hancur, dgn org luar yang mahram sementara (suami isteri) apatah lagi.. Boleh jadi separuh jalan je..
Kdg², mak ayah tu bkn on purpose tak bg kahwin awal.. Tapi, mak ayah tu nampak apa yg kita masih tak cukup lagi.. I mean attitude yang masih menunjukkan ketidakmampuan kita utk menjadi seorg suami atau isteri..
Isteri, pagi² kena siap sarapan sebelum suami pergi kerja atau kuliah.. Ni kalau pesen matahari tegak atas kepala baru nak bangun, nak asar baru nak mandi pagi, cemana..? Mmg tu tugas suami utk sediakan makan minum, tapi seorg isteri wajib ikut arahan suami jika suami minta untuk sediakan sarapan pagi.. Dan seorg isteri yg ada sifat ihsan, dia akan sedaya upaya nak bantu suami dia.. Nak berbakti sepenuhnya pada suami dan nak taat sepenuhnya pada suami..
Kita ni bina rumahtangga bukan sekadar untuk suami.. Tapi, untuk diteladani oleh anak² kita kelak.. Habit kita yang sekarang ni akan diikuti oleh anak² kita..
Bila dah kahwin, wajib jaga aib dan maruah suami.. Tak boleh buka walau sedikit pun aib suami pada orang meskipun pada mak ayah kita sendiri unless perkara yang melibatkan tanggungjawabnya yang tak ditunaikan.. Kalau kita ni pesen mulut tak reti nak duduk diam, baran, cakap lepas, kepala batu, suka join group mengumpat, agak² ada ke gaya dan kemampuan untuk sentiasa bersabar dengan kerenah suami nanti..? Takut bila ada perangai macam tu, senang jadi pertengkaran.. Bila pesen cakap lepas main sesedap mulut pula nak suruh cerai..
Kekuatan emosi dan mental tu sangat penting dalam rumahtangga.. Mana yang kurang baiki bersama.. Bukan ikut kepala sendiri sampai merasakan dirinya je yang betul dan orang lain salah..
Ni kadang kita ni pesen suka menyongket tak bagi tau mak ayah.. Nanti bila dah kahwin jangan sampai habit ni dibiasakan lagi.. Sebab, bila sebelum kahwin kita jenis tak bagi tau mak ayah, maka nanti dah kahwin tak mustahil kita ni jenis keluar rumah sesuka hati dan yang paling teruk sampai tak minta izin suami..
Kalau perangai macam atas tu ada dalam diri, ermm lupakan je la hasrat tu dulu.. Baiki diri, cari ilmu.. Bila ada ilmu agama dan ilmu lainnya, insyaaAllah tau cemana nak kawal emosi, tau time bila perlu give and take dan yang paling penting, bila ada ilmu kita akan sentiasa bertindak dan membuat keputusan secara rasional tanpa melibatkan emosi..
Jadi, sekarang ni, bersabarlah dulu dengan perkara yang haram, Allah akan bagi dengan cara yang halal.. Kuncinya sabar la awak² sekalian.. Kejarlah Dia.. Kalau kita kejar Dia, segala yang kita nak akan turut mengikuti.. Yakin pada dia.. Bagi yang belum kahwin, berbakti la pada mak ayah.. Mungkin terlalu banyak dosa kita dengan parents yang menyebabkan kita lewat nikah.. Mungkin Allah nak kurangkan dosa kita dengan ibu bapa kita sepanjang kita berbakti pada mereka.. Dan mungkin Allah lewatkan bertemu jodoh sebab Allah nak selamatkan kita dari hidup rumahtangga.. Mana tau kot sekarang rasa macam ready, tapi bila dah nikah dah menempah neraka.. Kita ni dah banyak melompat daripada merangkak..
Relax, follow the flow.. Bersangka baik padaNya..
PS : Buat awak² yang sedang kesedihan nampaknya minggu ni.. Gundah gulana je moments.. Kita pula terkena tempiasnya..
0 comments:
Post a Comment