Setiap kali sesuatu isu menjadi viral mesti ada pihak yang akan melawannya.. Dulu isu perkataan assalamualaikum tak boleh short form kepada a'kum atau askum katanya maksudnya tak elok yes itu ada juga betulnya bagi salam penuh kan elok dan indah .. Lepas tu, selepas kegilaan dilwale pula, ada pula viral mesej yang tersebar di medan sosial berkenaan lagu janam² yang dikatakan sebagai lagu memuja dewa² memuja muja cinta .. Tak cukup dengan itu, isu chia chia chia pula makin lama makin rosak bahasa .. Ada pula yang memviralkan mesej yang tak berasas dengan mengatakan maksud chia chia chia itu adalah 'aku cinta dajjal' ada saje keterangan yang tidak berasas ..
Tetapi yang peliknya, kenapa setiap kali ada mesej berantai dan tuduhan tak berasas ni, mesti datangnya dari bahasa sanskrit dan hebrew..? Dan kenapa viral seperti ini mesti muncul setiap kali isu tu dah mula diikuti ramai..? Wallahualam.. Tak berani nak ulas lanjut tentang hal bahasa² ni.. Bukan ahlinya..
Cuma nak pesan, kalau ya pun tak suka perkara tu menjadi viral, tak perlu nak sampaikan berita yang bukan².. Ditokok tambah pula dengan mengatakan bahasa pesanan tersebut disampaikan oleh ustaz sekian².. Allahu..! Boleh jadi fitnah .. Ditegaskan disini jangan sesuka hati guna pakai nama ustaz walhal ustaz itu tidak tahu pun akan viral tersebut .. Cube rase engkorang ,name engkorang diguna pakai oleh individu yang tidak bertanggungjawab ,whats do you think ?
Mereka memang musuh Islam terutama bagi yang menentang kita .. Tapi, kalau ya pun benci beno pada mereka, jangan pula sampai memfitnah anutan dan ajaran mereka .. Ianya bukan membaikkan keadaan, malah membuatkan penganut lain pandang rendah dengan agama kita .. Nabi Saw tidak pernah didik kita untuk memburuk²kan dan merendahkan agama orang lain ..
Islam sangat² menitikberatkan adab dan akhlak .. Itulah yang membezakan agama kita dengan anutan mereka .. Ingat, Islam tak pernah ajar kita untuk memusuhi mereka yang tidak seagama dengan kita .. Jagalah adab kita .. Tak usah tabur fitnah dengan cara memviralkan isu yang entah dari mana hujung pangkalnya pun tak diketahui ..
Buat baik bukan sesama Islam je .. Selagi ianya bergelar makhluk Allah, tak kira bangsa dan agama, haiwan atau insan, mereka tetap makhluk Allah .. Buat baiklah pada mereka.. Dengan cara beradab ni lah, orang mudah tertarik pada agama kita tertarik dengan akhlak seorang islam .. Bukankah berbuat baik sesama insan itu juga adalah sebahagian daripada dakwah ..? Jadi fikirkan dan renungkan bersame .. Tidak rugi pun berbuat baik sesame insan walaupun dia bukan islam .. Allah sentiasa melihat dan memandang setiap apa yang kite lakukan ..
0 comments:
Post a Comment