Sunday, 27 March 2016

Media Sosial



 Dalam media sosial, kitalah yang paling petah berkata², kitalah yang paling banyak ilmu dan tahu fakta, kitalah yang hebat berdebat bermain bahasa.. Serba serbi kitalah juara..

Makin ramai pengikut, makin mendabik dada.. Rasa tersohor dan terkenal hingga rasa tidak berdosa menghukum, memfitnah, menghina orang kerana siapalah mereka yang kurang followers / pengaruh berbanding kita..

Cuba recheck alam realiti kita.. Bagaimana dengan amalan kita..? Bagaimana dengan akhlak kita..? Bagaimana dengan pencapaian akademik dan kerjaya kita..?

Sama² kita periksa supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang hanya “bercakap sehingga bergegar mimbar” walhal hakikatnya hati dan perbuatan tidak seperti hamba yang meyakini “Allahu Akbar”

#salam maghrib

0 comments:

Post a Comment