Ini hakak nak pesan sikit kat kalian semua yang membaca entry hakak dari start hakak berblogging hingga hari ini hakak nak pesan sikit ja promise tak bebel panjang2 jela .. lagi pun malam nouuuuu dah nie so sikit ja laa pesan nya .. hakak dakkk laa kejam nouuu nak bebel panjangkan .. just untuk renungan bersama dan ambil lah manfaatnya .. jangan cakap hakak tak payung ... hahahahx .. telebih ober plak kite ehhh ... so hakak nak pesan
Sekiranya kita ditimpa musibah, kita kena sedar bahawa yang memberi musibah itu ialah Allah Maha Bijaksana lagi Maha Pengasih.. Sesungguhnya Allah tidak menimpakan sesuatu musibah itu untuk memusnahkan diri kita dan bukan untuk menyeksa kita..
.
Sebaliknya, ia semata-mata bertujuan untuk menguji kesabaran dan keredhaan, menguji tahap keimanan, Allah mahu mendengar permohonan ampun dan taubat dari kita selain melihat bagaimana cara kita mengetuk pintu rahmatNya dengan hati yang khusyuk sambil tangan menadah memohon dipermudahkan laluan seterusnya..
.
Sheikh Abdul Qadir Jailani pernah berpesan pada anaknya, “Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu.. Tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu.. Wahai anakku, taqdir ialah seperti haiwan buas dan haiwan buas tidaklah memakan bangkai”
.
Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaanNya.. Kepada mereka yang sedang berduka cita, semoga Allah hilangkan kedukaan kalian.. “La takhof wa la tahzan innallaha ma'ana”
ok lah selamat malam semua sebelum tidur bace doa tidur dulu selawat dan tidur la cara sunnah ..
rajin nanti hakak hapdet lagi blog yee ..
Assalamualaikum ...
0 comments:
Post a Comment