Sunday, 27 March 2016

Hati dan Lisan


Hati dan lisan ni berkaitan.. Ibarat bunga dan harumannya.. Kita takkan dapat hidu haruman bunga jika tiada bunganya.. Tapi, bukan semua bunga harum baunya.. Maka bunga yang paling wangi pun hidup lalu dapat menyenangkan mereka yang menghidu dan berdekatan dengannya.. Bak sebuah kata², “Jika hatimu adalah mawar jelita maka yang keluar dari mulutmu pasti semerbak wanginya”

Apa yang keluar dari lisan sumbernya adalah isi hati yang dah dibiasakan.. Jika hati kita telah dibiasakan untuk bercakap dan anggap yang baik², maka yang keluar dari lisan juga akan turut baik dan begitu juga sebaliknya.. Apa yang berada di dalam hati adalah cerminan dari apa yang keluar dari lisan.. 

Lisan yang diungkap pula mempengaruhi persekitaran kita.. Melalui lisan inilah ianya boleh mempengaruhi persepsi orang lain terhadap kita.. Boleh jadi kerana lisan kita, orang sekeliling kita akan mengikuti rentak gaya kita.. Lisan kita ni umpama haruman bunga sebab harum sumbernya dari bunga maka sebarkanlah haruman itu pada semua dan bukan hanya kita seorang sahaja yang menikmatinya.. Jadi, kita kenalah jaga lisan kita agar kita tak sebarkan bau yang hanya akan membuatkan sekeliling kita terasa ingin menjauhi diri kita..

Jika lisan adalah cerminan hati maka hati mencerminkan diri.. Hati ni penghulu kepada segala perbuatan kita.. Kebaikan atau keburukan, kita sendiri yang tentukan.. Boleh jadi kebaikan dan keburukan yang kita buat ni menjadi pengantar kepada kelakuan kita yang lain.. Boleh jadi juga kebaikan dan keburukan kita ni menjadi pendorong kepada orang lain untuk turut berbuat baik dan buruk..

Maka berhati²lah dengan hati sebab ianya akan menuntun kita untuk menuju ke alam hakiki.. Pertahankan kebaikan yang ada di dalam hati kita sebab hidup ni cuma sekali.. Jadi perlulah dipastikan yang hidup kita ni betul² bererti.. Dan sentiasalah buat baik pada orang lain walaupun orang yang berada di sekeliling kita tu sering membaling kaca pada kita sebab Sayyidina Ali RA pernah berkata, “Hatimu ibarat bunga.. Sebarkanlah harumannya walaupun terhadap tangan yang telah menghancurkannya”

0 comments:

Post a Comment