Wednesday, 9 March 2016

Coretan dan Nasihat "Aku"



Tempoh hari, ada seorang hamba Allah tanya soalan pada hakak yang berbunyi, “Bolehkah seorang niqabi memakai seluar jeans kerana niqabi tersebut merupakan seorang yang aktif bergerak..?”
.
Kalau tanya hakak, hakak memang akan jawab, “Rukun tutup aurat mestilah tak ketat, tak jarang dan tak menampakkan warna kulit.. Tiada masalah memakainya jika jeans tersebut longgar..”
.
Kalau nak dibandingkan jeans dan seluar slack, seluar slack lebih menampakkan bentuk kaki.. Jeans fabricnya tebal dan bila kita duduk memang akan nampak bentuk kaki tapi tak lah seobvious ketika memakai seluar slack..
.
So, selagi cover aurah, pakai la.. Tapi, kalau boleh bila pakai seluar, selalu²lah minta pandangan lelaki untuk menilainya.. Minta la pandangan adik lelaki ke, abang ke, ayah ke etc yang mahram lelaki.. Sebab apa..? Sebab lelaki ni mata dia umpama gamma ray.. Sekali imbas boleh nampak mana yang kurang meskipun dari jarak yang jauh.. Dan sebab kadamg² kita yang wanita ni rasa okay je pakai sekian², tapi yang melihatnya (lelaki) nampak mana yang kurang pada pemakaian kita..
.
Dulu seorang kawan lelaki, dia ni memang pious orangnya dan dia pernah beritahu, “Lelaki tak suka bila perempuan pakai seluar jeans” .. Bila tanya kawan lagi seorang tentang pendapatnya tentang wanita berseluar, dia cakap, “Daripada jeans, better slack”
.
See..? Perempuan cakap, seluar slack nipis berbanding jeans, tapi bagi lelaki, slack lebih menutup aurat berbanding jeans.. 
.
Kesimpulannya, pakai la apa pun pakaian selagi menutup aurat.. Hakak tak larang mana2 wanita untuk memakai seluar meskipun hakak tak pakai seluar apabila berada di luar.. Pendapat peribadi bagi wanita yang aktif, boleh pakai palazo kot.. Lebih loose dan selamat.. Nak memanjat, mendaki pun tiada masalah.. InsyaaAllah.. Biar sederhana.. Yang penting selepas dah sempurna tutup aurat, sama² menjaga aurat..
.
Semoga Allah redha segala apa yang kite lakukan ^_^..

#ulat_gonggok

0 comments:

Post a Comment