السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IMAN YANG PUDAR KEMBALI BERSINAR
Aku pernah menyintai orang
Dan orang juga pernah menyukai aku
Berapa kali?
Banyak..
Bukan sekali,
Bukan dua kali.
Couple?
Tipu lah aku tak pernah.
Bila tahu ada orang suka, terus on.
Asal tahu ada orang nak berkenalan, terus layan.
Kenapa?
Hati dan perasaan ini sukar dijaga.
Tengok orang ada rupa sikit,
terus terpikat.
Tengok orang baik sikit,
Dah jatuh hati.
Iman sangat goyah.
Kadang2 pada awalnya,
Perempuan ni tak terpikat pon dengan paras rupa
mahupun peribadi seorang lelaki itu.
Malah,
Hubungan dari kawan rapat pon
akhir sekali boleh jadi couple.
Ada orang yang selalu buat lawak,
Ada orang yang selalu tolong,
Ada orang yang selalu dengar cerita,
Ada orang yang selalu backup bila ada masalah.
Tapi,
Dalam masa yang sama,
Aku rasa berdosa.
Aku rasa nak stop.
Aku rasa muak.
Aku rasa geli.
Aku rasa jijik dengan perkataan 'i love you' or 'i miss you'
Aku rasa benci dengan kongkongan yang bodoh dan tak guna. Walaupun dia berjanji takkan mengongkongku, BOHONG!!! itu semua bohong!! Itu hanya kata2 manis supaya aku percayakan dia.
Aku rasa bosan dengan tugasan harian yang harus dibuat. Kena hantar mesej setiap hari dan jadi reporter bila mahu buat apa dan ke mana. Dah la tanpa gaji.
Aku rasa meluat dengan pergaduhan yang datang dari perasaan cemburu membabi buta.
Aku rasa marah dengan diri aku sendiri yang senang jatuh hati dengan manusia.
Setiap kali rasa begitu, aku rasa nak putus masa tu jugak.
Pernah suatu ketika,
Aku ingin bertaubat.
Aku bangun solat malam.
Sentiasa membaca kitabNya.
Minta petunjuk dari Tuhan.
Supaya tunjukkan jalan untukku bagaimana untuk keluar dari semua ini.
Masa tu aku rasa seperti orang yang kuat imannya.
Dan manisnya iman itu.
Walaupun tak dapat lihat, tapi dapat rasa pun dah buat hatiku tenang.
Menangis seorang diri,
Berdoa sepanjang yang mungkin,
Merintih,
Menangis,
Dan menyerahkan segalanya pada Tuhan.
Pernah juga aku meminta
supaya Tuhan menutup pintu hati si dia dari menyukai aku.
Kerana aku tidak tahu cara untuk memberitahu dia yang aku sudah tidak mahu meneruskan hubungan sebegini.
Pernah aku meminta supaya Tuhan membolak balikkan hatinya dari aku dan membuatkan dia menyukai orang lain.
Denga itu aku dapat berhenti dan keluar dari semua ini.
Aku tak kisah andai dia curang depan mata aku asalkan aku boleh blah dari benda ini.
Dan dalam masa yang sama aku juga berdoa supaya si dia dapat terima akan keputusan ini.
Dan Tuhan memakbulkan doaku dengan caraNya tersendiri.
Aku berdoa kerana aku percaya bahawa Tuhan akan membantuku dalam setiap kebaikan yang ingin aku lakukan.
Aku ingin mendekati Penciptaku.
Aku ingin menyayangi Tuhanku.
Aku ingin berkasih dengan Kekasihku.
Tetapi,
Kadang2 aku tak berjaya melawan nafsu.
Perasaan "asyik" bercinta tu datang kembali.
Dan terlupa akan apa yang aku rasa tadi.
Dan segala maksiat aku ulangi lagi.
Saat pintu hati terketuk lagi,
Aku menangis lagi.
Mengenangkan dosa yang sudah tidak mahu diulangi.
Apakan daya aku hanya seorang hamba yang pelupa.
Tapi itu semua tak menjadi penghalang bagiku untuk terus bertaubat kepada Tuhan.
Banyak kali aku terjatuh dalam jurang yang sama. Banyak kali aku tersungkur. Banyak kali aku lalui jalan yang sama.
Hati pedih
Hati perih
Tak usah ceritalah bagaimana.
Jiwa tak tenteram.
Hidup dalam tekanan.
Merasakan masalah jiwa akulah yang paling besar.
Aku pernah terfikir yang Tuhan tidak mahu terima taubatku, tidak ampunkan dosaku.
Kerana aku selalu mengulangi dosa yang telah ku taubati.
Aku sebenarnya malu denganNya.
Dan saat aku berfikiran begitu,
Pintu hatiku disentap sekali lagi.
Sentapan dari bisikan hatiku sendiri yang sangat kuat tapi membuka mindaku.
"Kalau Tuhan tidak ampunkan dosamu, kalau Tuhan tidak pandang taubatmu, nescaya Dia tak akan menyedarkanmu bahawa itu salah. Dia tidak akan membuatmu menangis kerana menyesal akan perkara lalu. Dan Dia tidak akan memberimu perasaan untuk meninggalkan semua ini. Adakah kamu fikir kamu yang mencipta perasaan itu?"
Perasaan malu menyerbu.
Kenapa aku tak fikir macam tu dari dulu?
Tuhan itu sangat sayang pada aku tapi aku yang buta dan tak sedar.
Ya benar, hidayah itu pelbagai cara.
Jawapan Tuhan pelbagai jalan.
Dan segala masalah ada banyak penyelesaiannya.
Dan kini,
Aku dah tak ada kaitan lagi dengan semua itu.
Syukur kepada Tuhan
yang banyak menolong aku keluar dari perkara2 sebegini.
Aku kini bebas.
Bebas dari cemburu yang entah apa2.
Bebas dari kongkongan seperti penjara.
Bebas dari tugasan harian yang direka tanpa direla.
Bebas dari ayat2 jiwang yang meloyakan tekak.
Bebas dari memikirkan orang yang tak sepatutnya.
Bebas dari memahami orang yang tidak juga memahami diriku ini.
Bebas dari lakonan yang direka tanpa direktor.
Bebas untuk melakukan apa sahaja yang disuka tanpa meminta kebenaran dari orang yang bukan tempatnya.
Dan yang paling penting,
Bebas dari menipu kedua orang tuaku.
Ayah, ibu, ampunkan aku.
Nasihat2 kalian dahulu aku endahkan.
Sekarang baru aku jelas akan semua bebelan itu.
**
Ini bukan soal aku tidak setia dengan si dia.
Ini soal kesetiaanku terhadap Sang Pencipta.
Kalau aku bercouple dengan manusia pun, adakah aku benar2 yakin bahawa dia jodohku?
Kalau betul2 serius, haruslah libatkan waliku. Bukan libatkan maksiat terlebih dahulu. Apakah ayahku seketul batu? Sungguh aku terkedu.
Dan sekarang,
Aku akan usaha supaya tidak ulangi cerita yang sama.
Aku akan melawan mainan hati yang ingin berkasih-kasihan.
Aku akan berperang dengan nafsu jahat yang mahu melawan imanku.
Jodoh?
Tak perlu risau bila hubungan kau dengan Sang Pencipta 'jodoh' teguh padu. Pasti Dia bantu.
Inginkan yang baik,
Jadilah baik.
Inginkan yang suci,
Jadilah suci.
Inginkan yang bagaimana,
Jadilah seperti itu.
Wahai Rabbku,
Terima kasih kerana kabulkan doaku. Dan semestinya bukan doaku sahaja, malah doa ibu ayah aku yang tak mahu anak2 mereka melakukan maksiat.
Oh Tuhan,
Terima kasih di atas RahmatMu ini.
Terima kasih akan peluang yang diberikan kepadaku.
Ku serahkan diriku padaMu.
Ku wakafkan hatiku untukMu.
Sungguh,
Aku rasa tenang.
Aku rasa menang!
Alhamdulillah .. Allah temukan aku jodoh yang bersesuai dengan diri aku ...
0 comments:
Post a Comment