السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kehidupan Ini Mempunyai Makna Dan Tujuan ..
Kita dibebani dengan tanggungjawab dan tugas untuk menjadi hamba yg taat kepada Allah..Diuji pula ketaatan itu dengan kesusahan,penderitaan,kesenangan serta godaan dan pelbagai perkara yg boleh melalaikan kita..Rupa-rupanya Allah menghendaki kita menyedari bahawa tujuan hidup di muka bumi ini ialah untuk mengabdika diri kepadaNya..Justeru,hidup kita ini sebenarnya hanyalah sekadar untuk memenuhi suruhan dan perintah Allah:
"Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu.."
(Surah az-Dzariyat:56)
Al-Imam Ibn Taimiyyah ketika di tanya apakah yg dimaksudkan dengan ubudiyah,maka beliau pun menjawab;
Sesungguhnya ubudiyah itu ialah ketaatan kepada Allah dan melakukan apa yg diredhai serta dikehendaki olehNya,baik berupa perkataan seperti zikir dan doa atau mengucapkan perkataan yg baik,perbuatan hati seperti niat dan hasrat kepada kebaikan serta ikhlas dan juga amalan zahir anggota badan seperti mendirikan solat,berpuasa,menunaikan zakat,mengerjakan haji,memenuhi amanah dan tanggungjawab kepada yg berhak,berlaku adil,menunaikan amar makruf nahi mungkar,berjihad di jalan Allah menentang kuffar dan munafiqin serta musuh Allah,membaca al-Quran dan lain-lain kewajipan yg telah disampaikan dengan jelas oleh Nabi Muhammad SAW..
Apabila sudah memahami bahawa matlamat hidup ini adalah untuk memenuhi perintah Allah dan melaksanakan segala tuntuan agama seperti yg termaktub di dalam al-Quran serta sunnah,maka segeralah kita memahami beberapa perkara..
Pertama:
Al-Quran serta sunnah ialah 'panduan dan arahan' daripada Allah dan Rasul kepada kita untuk dilaksanakan..Memahami hal tersebut,kita mengamalkan kaedah 'belajar untuk beramal' dengan setiap ilmu agama yg dipelajari daripada al-Quran dan sunnah:
"Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan ia supaya engkau bacakan ia kepada manusia dengan lambat-tenang dan Kami turunkan ia dengan beransur-ansur.."
(Surah al-Isra':106)
Bukankah banyak perkara yg terkandung di dalam al-Quran?Ya,tersangat banyak..Maka,kerana itulah Allah telah memberikan kita sejumlah usia menunaikan segala arahan daripada al-Quran dan sunnah yg termampu dibuat sepanjang hidup di dunia ini:
Katakanlah: "Beramallah dan Allah pasti akan melihat amalan kamu dan RasulNya dan orang mukmin dan kamu akan dikembalikan kepadaNya yg mengetahui perkara ghaib dan yg nampak;dan Dia memberitahu kamu apa yg kamu telah buat.."
(Surah at-Taubah:105)
Di akhirat kelak,Allah akan menilai sebanyak,sejauh dan setahap manakah tugasan serta arahan yg diberikan melalui al-Quran juga sunnah itu juga yg kita telah tunaikan..Tiada masa untuk dibuang..
Kedua:
Kehidupan kita ini sebenarnya milik Allah..Bahkan,kita sendiri milik Allah..Kita tidak memiliki apa-apa pun..Segala apa yg berada di sekeliling kita sebenarnya adalah alat yg dipinjamkan Allah untuk digunakan bagi memenuhi tuntutan ubudiyah kepadaNya..
Sewaktu lahir,kita memiliki ibubapa..Allah menyuruh kita taat kepada mereka..Namun,mereka hanyalah ibubapa kita..Mereka akan pergi meninggalkan kita dan begitu juga kita..Hubungan kita dengan mereka hanyalah sebagai 'alat' untuk memudahkan kita melaksanakan tugas ketaatan kepadaNya..
Begitulah juga hubungan kita dengan manusia lainnya,kawan dan rakan..Bahkan,sehinggalah kepada hubungan dengan isteri dan anak-anak..Mereka hanyalah 'alat' yg diberikan oleh Allah kepada kita untuk menunaikan kewajipan padaNya..Andai kita memiliki 'alat' untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah,maka kita perlu bersyukur..Sekiranya tiada,kita tetap perlu bersyukur..Boleh jadi Allah mengetahui bahawa kita tidak memerlukan 'alat' tersebut..Sebabnya,'alat' tersebut mungkin akan membuat kerja kita menjadi lebih sukar,Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita..
Ketiga:
Rasa sedih,suka,gembira,derita,kecewa serta lain-lain perasaan yg dirasai sebenarnya hanyalah ujian Allah untuk melihat ketaatan kita,apakah ia mencakupi lisan,hati dan perbuatan..Ujian ini penting bagi melihat sejauh mana ketaatan dan seteguh mana ikatan kita dengan Allah..Apabila kita berasa sedih,kita perlu bertanya..Kenapa kita bersedih? Wajarkah kita bersedih? Dan apakah ia disuruh atau ditegah oleh Allah?....
"Tidak ada suatu musibah pun yg menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah;dan barang siapa yg beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya..Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.."
(Surah at-Taghabun:11)
Apabila berlaku sesuatu kejadian yg tidak disukai seperti kehilangan sesuatu dan dibenci seseorang,tentulah kita berasa sedih..Tetapi,kita perlu melihat kembali apakah kita diizinkan oleh Allah untuk bersedih atas apa yg terjadi?
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Tidaklah beriman seseorang daripada kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yg aku bawa (ajaran Islam)..
(HR Hakim)
Setelah memahami yg hidup ini hanya untuk Allah,perasaan kita juga haruslah mengikut kehendakNya..Hati kita hanya boleh bersedih pada hal yg Allah izinkan kita untuk bersedih..Kita juga perlu gembira pada perkara yg Allah perintahkan kita untuk bergembira dan menikmatinya..Perasaan kita seperti kecewa,derita dan bahagia berlaku haynya dengan menuruti apa yg diperintahkan oleh Allah seperti yg disebut oleh kitab suci al-Quran dan sunnah...
Keempat:
Kita wajib beramal untuk Allah semata-mata..Wajib juga untuk kita mengharapkan keredhaan Allah kerana hal yg demikian itu perintahkan oleh Dia..Kita dilarang beramal selain kerana Allah..Mengapa? Sebabnya ia adalah perbuatan syirik apabila amalan itu dilakukan untuk selain Allah,mengharapkan selain Allah dan kerana selain Allah..
Masyarakat kita terkadang melakukan sesuatu perkara demi kepuasan diri sendiri..Kita beramal kerana hendak melihat dan menikmati hasilnya..Kenapa? Jawapannya ialah kerana itukah yg kita mahu! Amalan kita itu hanyalah untuk kita kerana ia kehendak kita! Jadi,ia tidak dilakukan kerana mahu memenuhi kehendak Allah..
Kita belajar kerana kita hendak pandai..Apabila sudah pandai,kita boleh mendapat pekerjaan baik kerana itulah yg kita mahu..Jadi,dimanakah hasrat(niat) melakukan sesuatu kerana Allah? Tiada! Kerana kita tekad menjadi hamba kepada hasrat kita,bukannya Allah:
"Tidak ada yg lebih baik agamanya daripada orang yg ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah.."
(Surah an-Nisa':125)
Kita belajar kerana Allah dan untuk Allah..Kita juga belajar supaya kita mengetahui cara melaksanakan apa yg Allah perintahi dengan tepat demi memenuhi perintahNya..Semuanya mesti kerana Allah..
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yg dikehendaki Allah kebaikan baginya,maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama.."
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Disebabkan itulah akhirnya kita perlu memahami satu perkara iaitu tugas kita hanyalah beramal dengan apa yg diperintahkan..Jika kita memiliki 'alat' untuk memudahkan kerja,maka ia adalah pertolongan Allah supaya ia dipermudahkan..Jika tiada,maka kita perlu bersabar dan tetap meneruskan kerja yg diperintahkan Allah walauoun sukar kerana itulah tugas kita..
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila aku memerintahkan dengan sesuatu urusan,maka hendaklah melaksanakannya semampu kamu.."
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no.3199)
Kefahaman ini menyebabkan kita tenang dan lapang..Tiada lagi kesedihan yg berpunca daripada syaitan yg membisikkan godaan..Bisikan yg andai kita punyai harta,tugasn kita akan menjadi lebih mudah..Godaan yg andai kita punya wanita,maka kerja kita menjadi lebih selesa..Serta pelbagai lagi andai kita punya itu dan ini..
Wanita(isteri),harta,anak,pangkat dan kuasa....
Kesemuanya itu adalah pinjaman,pemiliknya ialah Allah..Manusia yg tidak sabar dan tiada iman kadang-kadang mencuri 'alat' yg merupakan milik Allah itu..Mencuri maksudnya mengambil tanpa izin dan tanpa keredhaan Allah..Akibatnya,mereka dimurkai dan tidak diredhai..Apalah gunanya mempunyai 'alat' yg jika digunakan sekalipun untuk beramal,amalan tersebut tidak diterima..Puncanya? Alat yg digunakan adalah alatan curi..
Kerana itulah segalanya kembali kepada Allah..
Kelima:
Kita wajib bergantung sepenuhnga kepada Allah sahaja..Maksudnya harapan,permintaan dan pertolongan yg diinginkan semuanya harus kita tujukan kepada Allah..Ini kerana,tanpa pergantungan kepada Allah,kita tidak akan mampu menunaikan kewajipan kita..
Jika kita tidak bergantung kepada Allah,kita melakukan amalan dan melaksanakan kerja yg diperintah dengan berharap pada kekuatan,kepandaian,perancangan serta kemampuan sendiri..Akhirnya kita akan berbuat syirik(mengadakan sekutu bagi Allah) kerana tidak menjadikan Dia sebagai tempat pengaduan,harapan dan memohon pertolongan..
Lebih teruk daripada itu,kerja kita tidak akan siap..Kita akan nenghadapi masalah,tekanan serta ujian yg dahsyat lagi tidak tertanggung oleh akal fikiran..Malah,ia juga tidak dapat ditampung oleh hati dan perasaan lalu menyebabkan kesedihan serta penderitaan..Lebih-lebih lagi akan berlaku pelbagai kesilapan yg mengakibatkan kekecewaan,kekalahan dan rasa putus asa sehingga akhirnya boleh mengakibatkan kita kekal di dalam kehinaan..
Padahal,perkara ini bertentangan dengan hadith baginda yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa:
"Rasulullah pernah menemui seorang pemuda yg berada dalam keadaan tenat lalu baginda bertanyakan keadaannya..Maka dijawab:"Ya Rasulullah,aku mengharap kepada Allah,namun aku juga takut akan dosa.." Baginda menjawab:"Tidaklah berkumpul dua perasaan antara takut dan harap kepada Allah dalam hati seorang hamba seperti keadaan ini melainkan Allah akan memberikan apa yg diingininya dan mengamankannya daripada apa yg ditakutinya.."
(Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
Justeru,kita perlu bergantung kepada Allah..Akal kita perlu berusaha sekadar mampu..Selebihnya kita berserah kepada Allah..Perkara yg tidak dapat diselesaikan dengan kemampuan kita,maka ia diserahkan kepada Allah..Itulah maksud pergantungan kepada Allah..
Sabda baginda lagi:
"Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnudzon(bersangka baik) dengan Allah.."
(Hadith sahih riwayat Muslim,Ahmad dan Baihaqi)
Berserah kepada Allah bukan bermaksud membiarkan Dia yg melaksanakannya bagi pihak kita..Itu salah kerana Dia adalah Tuhan kita..Masakan kita akan membiarkan Tuhan kita melaksanakan kerja-kerja hambaNya? Sudah tentu tidak..Habis?
Begini,sebagai insan yg lemah,hina lagi jahil kita bergantung kepada Allah dengan memohon daripadaNya supaya diberi kekuatan serta bantuan untuk menunaikan tugas kita sebagai hamba..
Kita sendiri yg harus menunaikan dan menyempurnakan kewajipan sebagai hamba..Itu tugas kita..Tetapi,melalui pergantungan kepada Allah,tugas kita mungkin akan diberi bantuan dan diringankan..Itulah maksud pergantungan kepada Allah..
Kesimpulannya,setiap apa yg termaktub di dalam al-Quran dan sunnah itu sebenarnya adalah kewajipan yg perlu kita tunaikan..Tiada istilah 'tidak mampu' dan 'tidak bersedia' atau apa jua alasan untuk enggan melakukannya..Allah telah memberikan kita umur,masa,tenaga,rezeki dan segala di atas muka bumi ini hanya untuk tujuan itu..Mengapa? Supaya kita akan dapat melaksanakan perintahNya..Oleh kerana itulah pergantungan serta keyakinan kepada Allah akan menjadi kekuatan bagi kita melaksanakan segala perintahNya,sekalipun terasa berat dan sukar untuk dipenuhi..
Waallahualam .. semoga bermanfaat ...
0 comments:
Post a Comment