Harap semua tak tinggal solat subuh pagi nie .. alhamdulillah .. Yg belum solat boleh pergi qadho solat dulu . Jujur pada diri . Jangan tak solat 😊
Apa itu Al Ma'thurat?
Al-ma'thurat merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Ma'thurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.
Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam“. Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.
Kebaikan Membaca Al Ma'thurat
Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani
Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin
Tidak dihampiri syaitan
Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
Terhindar daripada syirik
Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun
Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat
Haa , banyak kan manfaat yang kita akan dapat 😊 Dapat pahala pula tu . jadi apa tunggu lagi . Jom kejar pahala . Yg belum baca mathurat hari ni boleh lah baca ye .
Korang kalau tak ada mathurat kat rumah senang je . Pergi kat kat play store and search ' Mathurat ' . Pilih mana yang korang nak dan install . Mudah bukan 😊
0 comments:
Post a Comment