Thursday, 19 November 2015

Al Ma'thurat ..

Assalamualaikum . Pagi ni Akq Ayya nak cerita tentang mathurat 😊

Harap semua tak tinggal solat subuh pagi nie .. alhamdulillah .. Yg belum solat boleh pergi qadho solat dulu . Jujur pada diri . Jangan tak solat 😊


Apa itu Al Ma'thurat?




Al-ma'thurat  merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Ma'thurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.


Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam“. Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.
Kebaikan Membaca Al Ma'thurat

Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani

Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin

Tidak dihampiri syaitan

Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat

Terhindar daripada syirik

Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun

Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang

Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat
Haa , banyak kan manfaat yang kita akan dapat 😊 Dapat pahala pula tu . jadi apa tunggu lagi . Jom kejar pahala . Yg belum baca mathurat hari ni boleh lah baca ye .

Korang kalau tak ada mathurat kat rumah senang je . Pergi kat kat play store and search ' Mathurat ' . Pilih mana yang korang nak dan install . Mudah bukan 😊

Saturday, 14 November 2015

Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Thursday, 12 November 2015

Apa Itu Kuat ?



Bismillahiromanirohimm

Assalamualaikum wbt ..

kowg pham x ap itu kuat ? x pea meyh hakak kongsi satu point yg disebut "kuat" atau dlm bhasa arab nya disebut "qowiy" ..

Apa itu kuat ?

Kenapa kite kene kuat ? tak boley ka klau kite tak kuat ? persoalan nya kenape mesty tidak kuat ? 

Allah turun kan kite sesuatu ujian itu untuk uji kite .. uji kite supaya kite kuat untuk kite atasi .. tpy ad penah kite pkir selama mane ,sekuat mane kite kuat hadapi ujian yg allah beri ? allahu kawan2 semua ,allah uji hnye sedikit tpy itu pn sudah rase berat pda kite .. 

bayangkanlah ! bayangkan kawan2 klau kite semua lemah kite semua tak kuat macam mane kite nak teruzz kan hidup .. kawan2 hidup nie allah beri cume sekali ja tau skly ja kat dunia nie .. cube laa pkir klau kite lemah mcm mne kite nk hadap pelbagai cabang kehidupan nie ? 
jgan hanya kerane ujian ,secebis ujian teruzz jatuh teruzz give up teruz tak boley nk move on .. sdangkan syaitan x pernah berputus asa utk mnyesatkan umat Muhammad.. jdi pkir laa baik2 kite sbgai umat Muhammad perlu ka ad perasaan sbgitu rase sbegitu .. wake up muslimah muslimin kite tidak diajarkn utk berputus asa malah Nabi Muhammad saw mngajar kite agar sntiasa tidak berputus asa dan berusaha dlm kehidupan .. ketahui laa Allah sentiasa ad bersama kite tatkala kite susa senang kecewa lemah gembira dan sbgainya ...

walau penat mana sekalipun pikirlah kenapa Allah adakan usaha kenapa Allah adakan mujahadah .. mujahadah supaya kite cube dan cube utk tidak lemah utk tidak berputus asa .. bila jatuh bila lemah bangkit lah ... bangkit lah kerana Allah walaupun kite rasa mcm kite dah x boley kite dah hilang smngat kite dah hilang keyakinan hilang usaha tpy percayalah akan ada yg dtg hulur tgn kerana ap ? 

kerana Allah itu bersifat Ar Rahman bersifat Ar Rahim sentiasa bermurah dan sentiasa mengasihani hambanya yg yakin kpadanya .. cuma satu ja aq min x andai , andai kau rasa kau x mampu nk teruz kan kau x mampu nk berhadapan kau x punyai keyakinan , kau jatuh rebah disbbkn manusia, senyumlah pndang lah kedepan percayalah kita masih mempunyai Allah .. Allah yg memberi kite kekuatan yg memberi kite smngat utk teruz kuat dan tabah .. manusia tidak mampu memberikan ketenangan x mampu membuad kite mulia disisi Allah ..

Waallahualam ..

Wednesday, 11 November 2015

Apakah Tujuan Hidup Kita ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Kehidupan Ini Mempunyai Makna Dan Tujuan ..

Kita dibebani dengan tanggungjawab dan tugas untuk menjadi hamba yg taat kepada Allah..Diuji pula ketaatan itu dengan kesusahan,penderitaan,kesenangan serta godaan dan pelbagai perkara yg boleh melalaikan kita..Rupa-rupanya Allah menghendaki kita menyedari bahawa tujuan hidup di muka bumi ini ialah untuk mengabdika  diri kepadaNya..Justeru,hidup kita ini sebenarnya hanyalah sekadar untuk memenuhi suruhan dan perintah Allah:

"Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu.."
(Surah az-Dzariyat:56)

Al-Imam Ibn Taimiyyah ketika di tanya apakah yg dimaksudkan dengan ubudiyah,maka beliau pun menjawab;
Sesungguhnya ubudiyah itu ialah ketaatan kepada Allah dan melakukan apa yg diredhai serta dikehendaki olehNya,baik berupa perkataan seperti zikir dan doa atau mengucapkan perkataan yg baik,perbuatan hati seperti niat dan hasrat kepada kebaikan serta ikhlas dan juga amalan zahir anggota badan seperti mendirikan solat,berpuasa,menunaikan zakat,mengerjakan haji,memenuhi amanah dan tanggungjawab kepada yg berhak,berlaku adil,menunaikan amar makruf nahi mungkar,berjihad di jalan Allah menentang kuffar dan munafiqin serta musuh Allah,membaca al-Quran dan lain-lain kewajipan yg telah disampaikan dengan jelas oleh Nabi Muhammad SAW..

Apabila sudah memahami bahawa matlamat hidup ini adalah untuk memenuhi perintah Allah dan melaksanakan segala tuntuan agama seperti yg termaktub di dalam al-Quran serta sunnah,maka segeralah kita memahami beberapa perkara..

Pertama:
Al-Quran serta sunnah ialah 'panduan dan arahan' daripada Allah dan Rasul kepada kita untuk dilaksanakan..Memahami hal tersebut,kita mengamalkan kaedah 'belajar untuk beramal' dengan setiap ilmu agama yg dipelajari daripada al-Quran dan sunnah:

"Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan ia supaya engkau bacakan ia kepada manusia dengan lambat-tenang dan Kami turunkan ia dengan beransur-ansur.."
(Surah al-Isra':106)

Bukankah banyak perkara yg terkandung di dalam al-Quran?Ya,tersangat banyak..Maka,kerana itulah Allah telah memberikan kita sejumlah usia menunaikan segala arahan daripada al-Quran dan sunnah yg termampu dibuat sepanjang hidup di dunia ini:
Katakanlah: "Beramallah dan Allah pasti akan melihat amalan kamu dan RasulNya dan orang mukmin dan kamu akan dikembalikan kepadaNya yg mengetahui perkara ghaib dan yg nampak;dan Dia memberitahu kamu apa yg kamu telah buat.."
(Surah at-Taubah:105)

Di akhirat kelak,Allah akan menilai sebanyak,sejauh dan setahap manakah tugasan serta arahan yg diberikan melalui al-Quran juga sunnah itu juga yg kita telah tunaikan..Tiada masa untuk dibuang..

Kedua:
Kehidupan kita ini sebenarnya milik Allah..Bahkan,kita sendiri milik Allah..Kita tidak memiliki apa-apa pun..Segala apa yg berada di sekeliling kita sebenarnya adalah alat yg dipinjamkan Allah untuk digunakan bagi memenuhi tuntutan ubudiyah kepadaNya..

Sewaktu lahir,kita memiliki ibubapa..Allah menyuruh kita taat kepada mereka..Namun,mereka hanyalah ibubapa kita..Mereka akan pergi meninggalkan kita dan begitu juga kita..Hubungan kita dengan mereka hanyalah sebagai 'alat' untuk memudahkan kita melaksanakan tugas ketaatan kepadaNya..

Begitulah juga hubungan kita dengan manusia lainnya,kawan dan rakan..Bahkan,sehinggalah kepada hubungan dengan isteri dan anak-anak..Mereka hanyalah 'alat' yg diberikan oleh Allah kepada kita untuk menunaikan kewajipan padaNya..Andai kita memiliki 'alat' untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah,maka kita perlu bersyukur..Sekiranya tiada,kita tetap perlu bersyukur..Boleh jadi Allah mengetahui bahawa kita tidak memerlukan 'alat' tersebut..Sebabnya,'alat' tersebut mungkin akan membuat kerja kita menjadi lebih sukar,Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita..

Ketiga:
Rasa sedih,suka,gembira,derita,kecewa serta lain-lain perasaan yg dirasai sebenarnya hanyalah ujian Allah untuk melihat ketaatan kita,apakah ia mencakupi lisan,hati dan perbuatan..Ujian ini penting bagi melihat sejauh mana ketaatan dan seteguh mana ikatan kita dengan Allah..Apabila kita berasa sedih,kita perlu bertanya..Kenapa kita bersedih? Wajarkah kita bersedih? Dan apakah ia disuruh atau ditegah oleh Allah?....

"Tidak ada suatu musibah pun yg menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah;dan barang siapa yg beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya..Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.."
(Surah at-Taghabun:11)

Apabila berlaku sesuatu kejadian yg tidak disukai seperti kehilangan sesuatu dan dibenci seseorang,tentulah kita berasa sedih..Tetapi,kita perlu melihat kembali apakah kita diizinkan oleh Allah untuk bersedih atas apa yg terjadi?
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Tidaklah beriman seseorang daripada kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yg aku bawa (ajaran Islam)..
(HR Hakim)

Setelah memahami yg hidup ini hanya untuk Allah,perasaan kita juga haruslah mengikut kehendakNya..Hati kita hanya boleh bersedih pada hal yg Allah izinkan kita untuk bersedih..Kita juga perlu gembira pada perkara yg Allah perintahkan kita untuk bergembira dan menikmatinya..Perasaan kita seperti kecewa,derita dan bahagia berlaku haynya dengan menuruti apa yg diperintahkan oleh Allah seperti yg disebut oleh kitab suci al-Quran dan sunnah...

Keempat:
Kita wajib beramal untuk Allah semata-mata..Wajib juga untuk kita mengharapkan keredhaan Allah kerana hal yg demikian itu perintahkan oleh Dia..Kita dilarang beramal selain kerana Allah..Mengapa? Sebabnya ia adalah perbuatan syirik apabila amalan itu dilakukan untuk selain Allah,mengharapkan selain Allah dan kerana selain Allah..
Masyarakat kita terkadang melakukan sesuatu perkara demi kepuasan diri sendiri..Kita beramal kerana hendak melihat dan menikmati hasilnya..Kenapa? Jawapannya ialah kerana itukah yg kita mahu! Amalan kita itu hanyalah untuk kita kerana ia kehendak kita! Jadi,ia tidak dilakukan kerana mahu memenuhi kehendak Allah..

Kita belajar kerana kita hendak pandai..Apabila sudah pandai,kita boleh mendapat pekerjaan baik kerana itulah yg kita mahu..Jadi,dimanakah hasrat(niat) melakukan sesuatu kerana Allah? Tiada! Kerana kita tekad menjadi hamba kepada hasrat kita,bukannya Allah:
"Tidak ada yg lebih baik agamanya daripada orang yg ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah.."
(Surah an-Nisa':125)

Kita belajar kerana Allah dan untuk Allah..Kita juga belajar supaya kita mengetahui cara melaksanakan apa yg Allah perintahi dengan tepat demi memenuhi perintahNya..Semuanya mesti kerana Allah..
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yg dikehendaki Allah kebaikan baginya,maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama.."
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Disebabkan itulah akhirnya kita perlu memahami satu perkara iaitu tugas kita hanyalah beramal dengan apa yg diperintahkan..Jika kita memiliki 'alat' untuk memudahkan kerja,maka ia adalah pertolongan Allah supaya ia dipermudahkan..Jika tiada,maka kita perlu bersabar dan tetap meneruskan kerja yg diperintahkan Allah walauoun sukar kerana itulah tugas kita..
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila aku memerintahkan dengan sesuatu urusan,maka hendaklah melaksanakannya semampu kamu.."
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no.3199)

Kefahaman ini menyebabkan kita tenang dan lapang..Tiada lagi kesedihan yg berpunca daripada syaitan yg membisikkan godaan..Bisikan yg andai kita punyai harta,tugasn kita akan menjadi lebih mudah..Godaan yg andai kita punya wanita,maka kerja kita menjadi lebih selesa..Serta pelbagai lagi andai kita punya itu dan ini..
Wanita(isteri),harta,anak,pangkat dan kuasa....
Kesemuanya itu adalah pinjaman,pemiliknya ialah Allah..Manusia yg tidak sabar dan tiada iman kadang-kadang mencuri 'alat' yg merupakan milik Allah itu..Mencuri maksudnya mengambil tanpa izin dan tanpa keredhaan Allah..Akibatnya,mereka dimurkai dan tidak diredhai..Apalah gunanya mempunyai 'alat' yg jika digunakan sekalipun untuk beramal,amalan tersebut tidak diterima..Puncanya? Alat yg digunakan adalah alatan curi..
Kerana itulah segalanya kembali kepada Allah..

Kelima:
Kita wajib bergantung sepenuhnga kepada Allah sahaja..Maksudnya harapan,permintaan dan pertolongan yg diinginkan semuanya harus kita tujukan kepada Allah..Ini kerana,tanpa pergantungan kepada Allah,kita tidak akan mampu menunaikan kewajipan kita..
Jika kita tidak bergantung kepada Allah,kita melakukan amalan dan melaksanakan kerja yg diperintah dengan berharap pada kekuatan,kepandaian,perancangan serta kemampuan sendiri..Akhirnya kita akan berbuat syirik(mengadakan sekutu bagi Allah) kerana tidak menjadikan Dia sebagai tempat pengaduan,harapan dan memohon pertolongan..
Lebih teruk daripada itu,kerja kita tidak akan siap..Kita akan nenghadapi masalah,tekanan serta ujian yg dahsyat lagi tidak tertanggung oleh akal fikiran..Malah,ia juga tidak dapat ditampung oleh hati dan perasaan lalu menyebabkan kesedihan serta penderitaan..Lebih-lebih lagi akan berlaku pelbagai kesilapan yg mengakibatkan kekecewaan,kekalahan dan rasa putus asa sehingga akhirnya boleh mengakibatkan kita kekal di dalam kehinaan..

Padahal,perkara ini bertentangan dengan hadith baginda yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa:
"Rasulullah pernah menemui seorang pemuda yg berada dalam keadaan tenat lalu baginda bertanyakan keadaannya..Maka dijawab:"Ya Rasulullah,aku mengharap kepada Allah,namun aku juga takut akan dosa.." Baginda menjawab:"Tidaklah berkumpul dua perasaan antara takut dan harap kepada Allah dalam hati seorang hamba seperti keadaan ini melainkan Allah akan memberikan apa yg diingininya dan mengamankannya daripada apa yg ditakutinya.."
(Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Justeru,kita perlu bergantung kepada Allah..Akal kita perlu berusaha sekadar mampu..Selebihnya kita berserah kepada Allah..Perkara yg tidak dapat diselesaikan dengan kemampuan kita,maka ia diserahkan kepada Allah..Itulah maksud pergantungan kepada Allah..
Sabda baginda lagi:
"Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnudzon(bersangka baik) dengan Allah.."
(Hadith sahih riwayat Muslim,Ahmad dan Baihaqi)

Berserah kepada Allah bukan bermaksud membiarkan Dia yg melaksanakannya bagi pihak kita..Itu salah kerana Dia adalah Tuhan kita..Masakan kita akan membiarkan Tuhan kita melaksanakan kerja-kerja hambaNya? Sudah tentu tidak..Habis?
Begini,sebagai insan yg lemah,hina lagi jahil kita bergantung kepada Allah dengan memohon daripadaNya supaya diberi kekuatan serta bantuan untuk menunaikan tugas kita sebagai hamba..
Kita sendiri yg harus menunaikan dan menyempurnakan kewajipan sebagai hamba..Itu tugas kita..Tetapi,melalui pergantungan kepada Allah,tugas kita mungkin akan diberi bantuan dan diringankan..Itulah maksud pergantungan kepada Allah..

Kesimpulannya,setiap apa yg termaktub di dalam al-Quran dan sunnah itu sebenarnya adalah kewajipan yg perlu kita tunaikan..Tiada istilah 'tidak mampu' dan 'tidak bersedia' atau apa jua alasan untuk enggan melakukannya..Allah telah memberikan kita umur,masa,tenaga,rezeki dan segala di atas muka bumi ini hanya untuk tujuan itu..Mengapa? Supaya kita akan dapat melaksanakan perintahNya..Oleh kerana itulah pergantungan serta keyakinan kepada Allah akan menjadi kekuatan bagi kita melaksanakan segala perintahNya,sekalipun terasa berat dan sukar untuk dipenuhi..

Waallahualam .. semoga bermanfaat ...

Iman Seteguh Mana ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

IMAN YANG PUDAR KEMBALI BERSINAR

Aku pernah menyintai orang
Dan orang juga pernah menyukai aku
Berapa kali?
Banyak..
Bukan sekali,
Bukan dua kali.

Couple?
Tipu lah aku tak pernah.
Bila tahu ada orang suka, terus on.
Asal tahu ada orang nak berkenalan, terus layan.

Kenapa?
Hati dan perasaan ini sukar dijaga.
Tengok orang ada rupa sikit,
terus terpikat.
Tengok orang baik sikit,
Dah jatuh hati.
Iman sangat goyah.

Kadang2 pada awalnya,
Perempuan ni tak terpikat pon dengan paras rupa 
mahupun peribadi seorang lelaki itu.
Malah,
Hubungan dari kawan rapat pon
akhir sekali boleh jadi couple.

Ada orang yang selalu buat lawak,
Ada orang yang selalu tolong,
Ada orang yang selalu dengar cerita,
Ada orang yang selalu backup bila ada masalah.

Tapi,
Dalam masa yang sama,
Aku rasa berdosa.
Aku rasa nak stop.
Aku rasa muak.
Aku rasa geli.
Aku rasa jijik dengan perkataan 'i love you' or 'i miss you'

Aku rasa benci dengan kongkongan yang bodoh dan tak guna. Walaupun dia berjanji takkan mengongkongku, BOHONG!!! itu semua bohong!! Itu hanya kata2 manis supaya aku percayakan dia.

Aku rasa bosan dengan tugasan harian yang harus dibuat. Kena hantar mesej setiap hari dan jadi reporter bila mahu buat apa dan ke mana. Dah la tanpa gaji.

Aku rasa meluat dengan pergaduhan yang datang dari perasaan cemburu membabi buta.

Aku rasa marah dengan diri aku sendiri yang senang jatuh hati dengan manusia.

Setiap kali rasa begitu, aku rasa nak putus masa tu jugak. 

Pernah suatu ketika,
Aku ingin bertaubat. 
Aku bangun solat malam.
Sentiasa membaca kitabNya.
Minta petunjuk dari Tuhan.
Supaya tunjukkan jalan untukku bagaimana untuk keluar dari semua ini. 
Masa tu aku rasa seperti orang yang kuat imannya.
Dan manisnya iman itu.
Walaupun tak dapat lihat, tapi dapat rasa pun dah buat hatiku tenang.
Menangis seorang diri,
Berdoa sepanjang yang mungkin,
Merintih,
Menangis,
Dan menyerahkan segalanya pada Tuhan.

Pernah juga aku meminta
supaya Tuhan menutup pintu hati si dia dari menyukai aku.
Kerana aku tidak tahu cara untuk memberitahu dia yang aku sudah tidak mahu meneruskan hubungan sebegini.
Pernah aku meminta supaya Tuhan membolak balikkan hatinya dari aku dan membuatkan dia menyukai orang lain. 
Denga itu aku dapat berhenti dan keluar dari semua ini.
Aku tak kisah andai dia curang depan mata aku asalkan aku boleh blah dari benda ini.
Dan dalam masa yang sama aku juga berdoa supaya si dia dapat terima akan keputusan ini.

Dan Tuhan memakbulkan doaku dengan caraNya tersendiri.

Aku berdoa kerana aku percaya bahawa Tuhan akan membantuku dalam setiap kebaikan yang ingin aku lakukan.
Aku ingin mendekati Penciptaku.
Aku ingin menyayangi Tuhanku.
Aku ingin berkasih dengan Kekasihku.

Tetapi,
Kadang2 aku tak berjaya melawan nafsu.
Perasaan "asyik" bercinta tu datang kembali. 
Dan terlupa akan apa yang aku rasa tadi.
Dan segala maksiat aku ulangi lagi.

Saat pintu hati terketuk lagi,
Aku menangis lagi.
Mengenangkan dosa yang sudah tidak mahu diulangi. 
Apakan daya aku hanya seorang hamba yang pelupa. 
Tapi itu semua tak menjadi penghalang bagiku untuk terus bertaubat kepada Tuhan.

Banyak kali aku terjatuh dalam jurang yang sama. Banyak kali aku tersungkur. Banyak kali aku lalui jalan yang sama. 
Hati pedih
Hati perih
Tak usah ceritalah bagaimana.

Jiwa tak tenteram.
Hidup dalam tekanan.
Merasakan masalah jiwa akulah yang paling besar.

Aku pernah terfikir yang Tuhan tidak mahu terima taubatku, tidak ampunkan dosaku. 
Kerana aku selalu mengulangi dosa yang telah ku taubati.
Aku sebenarnya malu denganNya.
Dan saat aku berfikiran begitu,
Pintu hatiku disentap sekali lagi. 
Sentapan dari bisikan hatiku sendiri yang sangat kuat tapi membuka mindaku.

"Kalau Tuhan tidak ampunkan dosamu, kalau Tuhan tidak pandang taubatmu, nescaya Dia tak akan menyedarkanmu bahawa itu salah. Dia tidak akan membuatmu menangis kerana menyesal akan perkara lalu. Dan Dia tidak akan memberimu perasaan untuk meninggalkan semua ini. Adakah kamu fikir kamu yang mencipta perasaan itu?"

Perasaan malu menyerbu.
Kenapa aku tak fikir macam tu dari dulu?
Tuhan itu sangat sayang pada aku tapi aku yang buta dan tak sedar.

Ya benar, hidayah itu pelbagai cara.
Jawapan Tuhan pelbagai jalan.
Dan segala masalah ada banyak penyelesaiannya.

Dan kini,
Aku dah tak ada kaitan lagi dengan semua itu.
Syukur kepada Tuhan
yang banyak menolong aku keluar dari perkara2 sebegini.

Aku kini bebas.
Bebas dari cemburu yang entah apa2.
Bebas dari kongkongan seperti penjara.
Bebas dari tugasan harian yang direka tanpa direla.
Bebas dari ayat2 jiwang yang meloyakan tekak.
Bebas dari memikirkan orang yang tak sepatutnya.
Bebas dari memahami orang yang tidak juga memahami diriku ini.
Bebas dari lakonan yang direka tanpa direktor.
Bebas untuk melakukan apa sahaja yang disuka tanpa meminta kebenaran dari orang yang bukan tempatnya.

Dan yang paling penting,
Bebas dari menipu kedua orang tuaku.

Ayah, ibu, ampunkan aku.
Nasihat2 kalian dahulu aku endahkan.
Sekarang baru aku jelas akan semua bebelan itu.

**

Ini bukan soal aku tidak setia dengan si dia.
Ini soal kesetiaanku terhadap Sang Pencipta.

Kalau aku bercouple dengan manusia pun, adakah aku benar2 yakin bahawa dia jodohku?
Kalau betul2 serius, haruslah libatkan waliku. Bukan libatkan maksiat terlebih dahulu. Apakah ayahku seketul batu? Sungguh aku terkedu.

Dan sekarang,
Aku akan usaha supaya tidak ulangi cerita yang sama.
Aku akan melawan mainan hati yang ingin berkasih-kasihan.
Aku akan berperang dengan nafsu jahat yang mahu melawan imanku.

Jodoh?
Tak perlu risau bila hubungan kau dengan Sang Pencipta 'jodoh' teguh padu. Pasti Dia bantu.

Inginkan yang baik,
Jadilah baik.
Inginkan yang suci,
Jadilah suci.
Inginkan yang bagaimana,
Jadilah seperti itu.

Wahai Rabbku,
Terima kasih kerana kabulkan doaku. Dan semestinya bukan doaku sahaja, malah doa ibu ayah aku yang tak mahu anak2 mereka melakukan maksiat.

Oh Tuhan,
Terima kasih di atas RahmatMu ini.
Terima kasih akan peluang yang diberikan kepadaku.
Ku serahkan diriku padaMu.
Ku wakafkan hatiku untukMu.

Sungguh,
Aku rasa tenang.
Aku rasa menang!

Alhamdulillah .. Allah temukan aku jodoh yang bersesuai dengan diri aku ...

Thursday, 5 November 2015

Kitab 40 Hadis Penawar Hati

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Kg Butut Kuala Berang. Rabu | 4.11.2015

Kitab 40 Hadis Penawar Hati |

Memohon Keampunan

1. Kalau kita buat dosa kita minta ampun dgn Allah.Kalau buat khianat sesama makhluk wajib mtk maaf kpd makhluk.Jangan sesekali khianat ke orang.

2. Leni tengok bini kite doh la wape kali sari mtk maaf dengan kita?Xdok skali rasenye spatutnye bini kite kene mtk maaf dgn kita 2 kali sari.Sebelum g kije skali dan sebelum tdo skali pasa ape takut2 laki dia mati tgh wak kije jabat dokdang nk mtk maaf saloh cakap ngasor belum g kije sakni.

3. Mana yg ade ambik harta org jika dia tak pulangkan balik dia akan susah diakhirat nanti.Walaupun mase muda dulu doh curi moto org curi kereta org bile nk taubat mtk ampun dgn Allah masih xlepas jika kite dok pulang balik harta org tersebut.Jangan main bab harta orang ni.Amalan mung pun dok akan diterima jika masih ada kite ambik harta orang lain.Apatah lagi menteri2 yg baham harta org ramai susahlah dia di akhirat nanti.

4. Kalau tuan org yg kite khianat tu mati doh ade amik harta dia ke tipu dia ke haa berat la di padang mahsyar kekgi wajib kene cari dia dipadang mahsyar nanti.Kalu xjupe dok mtk maaf jgk akan didakwa di mahkamah kerajaan Allah di akhirat nanti.Dok kire la siapa pun dalam mahkamah nanti semua lah Raja ke Menteri ke wakil rakyat ke semua akan masuk dlm kandang salah utk dibicarakan.

5. Akhirat nanti pitih di dunia ni dok laku doh.Yang laku nya pahala lah.Samada zikir istigfar dan seumpamanya.Tengok sultan mati or.Balut dgn kain kafan gok patutnye mu sultan wak masuk dlm kubur skali dgn kete ah doh sultan kaya kan tp dokleh bowok bende jgk.Lanjang bogel kene mandi kene bukus dgn kain kafan.Harta banyok xdok manfaat ape ape.

6. Sapa sini pahala dia besor bukit diman?Ce bangun nok tengok muka.Kalu sebesar gunung pun akan habis kite khianat ke org fitnah org wak nyaknye ke org.Nasib baiklah jika pahala yg mcukupi utk menebus dosa tp kalu habis pahala baik doksoh buatlah khianat ngupak fitnoh ke orang pasa dok padang kene katok di akhirat nanti.

Soal Jawab bersama Jemaah

1. Suami kene mintak izin x kalau nk keluar rumah dengan isteri?

- Suami x wajib mtk izin.Isteri sahaja yg wajib mtk izin suami jika nk keluar rumah krn hidup isteri ni suami yang tanggung belaka.Kena taat la dgn suami.

2. Kalau duduk tahiyat akhir mcm duduk tahiyat awal boleh ke?

- Harus hukumnya dan duduk tahiyat akhir dgn cara tahiyat akhir adalah afdhol.

3. Saya xdok duit nk nikoh dgn perempuan ni,patut dok sy nikoh lari?

- Dokleh wak gtu kene simpan duit lah doh mu nok nikoh.Ce org wak gtu ke mu mu nok dok?Mainan ape wak lari anok org.Mtk la kurg mas kahwen.Kalu xleh gok cari hok lain bunga bukan sekuntum.

4. Boleh dok isap vape baca Bismillah?

- Dok boleh la gtu kalu kite nk buat bende tak baik dokleh baca bismillah.Isap rokok pun doksoh la bace bismillah.

5. Apa hukum letak gmbr anak dalam frame?

- Boleh buh dlm frame xdok mslh yg dokleh nye jadikan gmbr2 hidup itu didinding2 utk dijadikan perhiasan.Walaupun berlaku khilaf kite nk raikan pandangan ini sbb Nabi saw dulu tgk Aishah beli langsir ade gmbr burung rama rama meroh muka nabi sbb dok suka.Bile Aishah tahu di pun segera siyek kain langsir tu.

6. Apa hukum terlalu memuja barang tinggalan nabi saw?

- Yang paling kita kasih Nabi Muhammad saw jd mmg kene kasih la cume jgn melampau.Kasih kepada Nabi ni org dok panggil taasub,taasub ni menyebelahi bende2 salah.Kasih xdok mslh cume jgn lebih2 lah,mentang2 ade simpan rambut Nabi saw mung jd sombong dgn org jd gong dgn org dok kene lah gtu.Ambik berkat xdok mslh niat krn kasih Rasulullah saw tp jgn lebih pd yg sepatutnya.

7. Isteri cium mayat suami batal ke wuduk?

- Wuduk isteri batal lah tp wuduk mayat tak batal walaupun bini dia cium seminggu mayat laki dia.Doh org kata dokleh cium sbb batal.Hoktu org bodo dok ngaji.Leni rama duk ikut org bodo.Masjid surau pun teruk leni duk angkat bdk bdk baru yg xdok ilmu.Sibuk nk cari popular tp tuan tuan guru wak dok hera.Mula ah hukum jd punoh ranoh ikut dang je cakap leni.Bleh buat program dlm tv tp biarlah utk latihan bukan utk iktiraf jd tuan guru.Org hok sepatutnye lebih alim dipinggirkan.Org ngaji keliling dunia balik2 ngajor dlm rok je sbb kite dok kenal sbb duk cari hok sohor2 leni.

8. Saya lewat g solat jumaat imam telah duduk tahiyat akhir saya kene ganti 2 rakaat ke 4 rakaat?

- Kene ganti 4 rakaat lah kalau dpt 1 rakaat bsama imam barulah dia dpt jumaat itu perlu ganti 1 lagi rakaat sahaja.

9. Adakah mati dlm umrah haji ni mati syahid?

- Jawabnye mati dalam keadaan mulia dan bangkit pun dlm keadaan mulia di padang mahsyar nanti sbb mati dalam ihram ni tanda mulia tp kalu mati dlm ihram tu mati tindih batu ke lemas ke kene pijok ke itu dikire mati syahid akhirat.

10. Betul ke wak bunyi jari patah dlm masjid tu makhruh?

- Pandangan hukama kata makhruh.Betul la tu.

11. Bagaimana langkah utk menutup malu apabila dpt tahu kita ni anak luar nikah?

- Anak anak tak salah dan tak perlu pun rasa malu.Dan masyarakat pun silap jgk anak luor nikoh je hina lalu ni dok betul.Jangan hina anak luar nikah.Bile masyarakat dok hina maka anak luar nikah x malu doh la.Kite duduk dalam masyarakat jahil ni rohok la skit.Leni abih tunjuk dlm fb jahat jahat org,abih keber dlm fb lake,tulis aib org, bende dok betul bende maki hamun banyok ngarut leni.

12. Bdk leni takut nk kawen muda sbb duk pikir kerjaya.nk buat mcmana?

- Nabi saw kata hey org muda siapa yg mampu utk jd suami cukup syarat lebih baik kahwen lah.Kerjaya xdok mslh nikoh jela doh cukup syarat belaka doh.Dokkang umor 70 baru nk kawen nk selamat bini jatuh dlm air ade buaya payah lah kalu gtu.

Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat.

Wednesday, 4 November 2015

Penawar Bagi Hati 15

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#TipsPenawarBagiHati#

Orang yang tidak membaca alQuran, tidak membaca Hadis Nabi, tidak tahu tentang tauhid, tasawuf dan fiqh, tidak pernah menyampaikan kebaikan, tidak pernah belajar agama sama seperti orang yang tidak wujud dan tidak ada faedahnya walaupun zahirnya mempunyai jasad dan dapat dilihat.

Maka jangan sesekali kita jadi dan duduk dalam kalangan orang-orang di atas.

#UMaR Zunnun
0803:041115