Saturday, 30 April 2016

well , ada lah satu story hari ini !



well , ada lah satu hari ni . 

ada seorang custemer ni , maybe dia aliran agama , masyaallah , berniqab . 

and the majikan is non muslim . 

and the workmates also jenis hentam bedal even they realize that they are islam ..

so 

alkisahnya , 
dia datang dgn kawan dia , perempuan and lelaki . 

she was belek² barang . 

suddenly ,member dia was shared and showed her about ikhlas ..

and guess what did she said ?

she just said , 

" I'm doing this because of my parents , did you really believe that God will reward you after you do something good?"

I was like . 
really? for real? 
berniqab kot . 

and unfortunately , my boss heard that . 

he just said , 
"are you an atheist? because the way you talk like you don't have god."

peh sentap gila . 
memang awkward gila lah kan waktu tu .

after my boss said that , he just passed by me selamba gitu je .

yeah , he really kinda honest and so direct. 

waktu tu taknak lah nampak cam stress sangat situasi then try catch up with her .

introduce myself . 
sesemua tu then I asked her . 

"kenapa tadi tu?"

she said . 

"betullah , apa yang kita buat.  tuhan tak reward pun . malah tak menyenangkan hidup kita seharian , right ?" 

allahu . 

ana tanya dia balik "then what you expect from god?"

then dia diam . 

maybe dia taktahu apa yang dia nak , atau maybe terlalu banyak dia mintak sampai tak terpacul dari mulut dia? who knows . 

then I asked her. 

"belajar agama right ? im sure you lebih tahu."

she said , yeah . she is . 

"then , pernah mintak tolong orang tak sepanjang hidup awak ?"

"angry right?" i said.

"then , who the hell are you asking your God for rewarding you for every goodness you did?

 ingat balik kenapa tuhan ni ciptakan kau , bukan dia ciptakan kau saje je tau . "

she said , ofcourse lah pernah . 

then I saje test dia, 

"then how it's feel if someone that you asked for helping you , asking you back about reward?"

then I saw her eyes there's a little bit a tear . 


taktahu lah kalau doa menahan marah , or dia memang betul betul feel touched . 

then I said , smoothly . 

"may I remind you . god created us for worshipping for him . segala perbuatan , kita serahkan segalanya padanya. takperlu fikir , kita buat sebab nak masuk syurga . masuk syurga itu atas rahmatnya tau tak ? then kalau awak pernah buat banyak benda baik and great goodness you did , tapi tak ikhlas , whats that supposed it mean?
it means nothing, nothing sis. it's only mean ZERO . " 

she terpana gtu ah . kawan dia dah basah kain purdah dia . I saw that ..

then she said 

 "ruginya saya..." 

I asked her . 

"percaya allah kan ?"

dia angguk . 

" then percaya tak allah yang aturkan pertemuan saya dgn awak sebab dia sayang kan awak ?"

she begin to cry . 

she didn't cry loudly but I can see how regret she was.

so the end of it dia thanks to me . 

actually , I did nothing hehe im just tell the truth ..

just follow my heart actually.

rasanya masing masing dah dapat kan moral dia. 

jangan lah mempersoalkan tentang rewarding ni . 

entah amalan kita diterima ke tak lepas tu meminta pula reward kan ?

berbuat sesuatu hal itu perlunya keikhlasan .. apabila ikhlas hati pun senang dan gembira atas apa yg kite lakukan .. malah allah pun redha ..

what kind be if u just doing good thing but not ikhlas only sia sia saje .. its going be same kalau kite belajar bnyak mana pun kalau tak ikhlas terima ilmu so tak akan serap dan tak akan bawak kemane pun serta tak akan faham dgn betul ilmu yg kite belajar ..

and one more thing dont expecting all the niqabis from aliran agama to use the ilmu honestly .. if u ada ilmu bnyk mane pun dan bnyk belajar tentang agama if u not amalkan apa yg diajar so nothing's going u better .. but only sia sia kan diri .. 

Wednesday, 13 April 2016

13/4 Sanah Helwah Ummi Sayang ..


Untuk kesempatan nie hakak nak ucapkan Sanah Helwah pada ibu yang tersayang .. semoga panjang umur dimurahkan rezeki meperolehi kesihatan yang baik ketabahan hati kesabaran yang penuh serta menjadi seorang isteri dan anak yang solehah .. pada hari lahir ibu nie hakak tak mampu untuk menjadi sperti ibu yang sentiasa tabah ,hati yang sangat kuat dan kental ..

ibu hakak tau ibu penat dengan semua apa yang ibu lalui tpy ibu tetap bertabah hati dan tersenyum walau sukar didalam hati untuk teruskan .. ibu hakak tak mampu jadi sekuat ibu .. tanpe ibu hakak tak bermakne untuk hidup .. ibu segalenya bagi hakak .. walau ibu selalu mara hakak bebel pada hakak bising pada hakak tpy ibu tak penah penat layan kerenah hakak yang kdang terlampau budak² dan lansung tidak pandai berdikari nie .. sbb hakak tau ibu bising bebel mara pada hakak utk kebaikan hakak dan untuk diri hakak jgak serta ibu nak hakak menjdi seorg perempuan yg berdikari tnpe berpaut pda ibu .. kerana itu ibu ajar hakak selalu tnpe jemu mncurah ilmu ..

ibu, tanpe ibu hakak tidak mampu hidup gah dan baik² sperti sekrng nie .. setiap apa yang ibu kata dan nasihat itu semua untk kebaikan hakak dan jgak doa ibu itu sgat didgri allah .. walaupn pada setiap hari lahir ibu hakak hadiahkan ibu dgn apa yang hakak niatkn utk beri pda ibu namun itu tak ckup utk membalas jasa ibu yang selama nie da bnyk berkorban mase utk ank² ibu bnyak berkorban tenaga utk ank² ibu .. setiap kali hakak tak sihat ibu lah yang pling risau ibu laa yang jga hakak ambik cuti walapun cuti ibu dah abis semata utk bwak hakak kea klinik dan jge hakak .. bile hakak lmbt mkn ibu laa yang paling risau .. bile hakak sakit kpla ibu laa yang paling risau .. 

setiap apa yang hakak buad diluar tidak sedikit pun hakak lupe pda pesanan dan ingtan ibu pda hakak .. 'kakak jge diri jge maruah diri ,jge maruah keluarga , jgn ikut org yang tak kenal , jgn sesuke aty mryau ikut kwn tak tentu arah , jge mulut jgn suke umpat org , jgn cri gado dgn org , jge btasan gaul dgn kwn , jge aurat , jgn lupe solat' bnyk yang ibu pesan tak penah jemu ibu pesan hal yang same .. terima kasih ibu ats segale pengorbanan ibu pda kami .. hadiah yang hakak bgi tidak mampu tandingi walaupn semahal mne hadiah itu namun tidak dpt tndingi dgn segale pengorbanan ibu yg telah mengandungkan melahirkan menyusukan menjage dan memelihara hakak dri kecik hingga besar (tpy x nmpk besar pn nmpk mcm budak kecik ja ,teruk ko ainaa)..

ya allah aku bersyukur ats kurniaan mu yang sgat baik dan indah .. terima kasih ya allah kerana engkau telah kurniakan aku seorang ibu yang sangat baik dan perihatin serta solehah .. ya allah ampunkn dosa ibuku pnjngkan umurnya kurniakan kesihatan yg baik pdanya lindunginya dan jauhkannya dri segale malapetaka serta seksaan api neraka mu ..
Aamiin allahumma aamiin ..

tidak ada kasih yang sejati selain kasih sayang mu seorang ibu yang sangat baik .. tidak dapat terbalas jasa mu ibu hnye mampu membuad dirimu trsnyum dan gembira serta tidak ptus doa sbgai seorg ank solehah hasil dri didikan mu wahai ibu yg dikasihi ..

~ love u my ummi sayang ~

Tuesday, 12 April 2016

Idaman ~_~ !



hahahx perhhhh mengidam hakak ko tgk rumah mcm nie .. memang hakak ko suke pun rumah ginie .. seronok dpt hias rumah ginie .. kene usaha keras nie nak dpt rumah idaman ginie .. tpy to laa hakak ko lpas grade cdang tak nak keje nak duq rumah ja jge suami jge ank (acececeh nyerlah ko kan) .. memang hobi hakak ko nie duq rumah ja lepas to hias rumah bagi puas hati .. hahahx .. tpy nmpak gaya nya hakak ko nie mampu tgk ja laa .. kihkihkihkihkih (menangis leleh hinggus dalam ketawa) lalalalala .. tragis  ~~ 

ok bye !! 

Jaga Adab Sesama Insan


Setiap kali sesuatu isu menjadi viral mesti ada pihak yang akan melawannya.. Dulu isu perkataan assalamualaikum tak boleh short form kepada a'kum atau askum katanya maksudnya tak elok yes itu ada juga betulnya bagi salam penuh kan elok dan indah .. Lepas tu, selepas kegilaan dilwale pula, ada pula viral mesej yang tersebar di medan sosial berkenaan lagu janam² yang dikatakan sebagai lagu memuja dewa² memuja muja cinta .. Tak cukup dengan itu, isu chia chia chia pula makin lama makin rosak bahasa .. Ada pula yang memviralkan mesej yang tak berasas dengan mengatakan maksud chia chia chia itu adalah 'aku cinta dajjal' ada saje keterangan yang tidak berasas ..

Tetapi yang peliknya, kenapa setiap kali ada mesej berantai dan tuduhan tak berasas ni, mesti datangnya dari bahasa sanskrit dan hebrew..? Dan kenapa viral seperti ini mesti muncul setiap kali isu tu dah mula diikuti ramai..? Wallahualam.. Tak berani nak ulas lanjut tentang hal bahasa² ni.. Bukan ahlinya..

Cuma nak pesan, kalau ya pun tak suka perkara tu menjadi viral, tak perlu nak sampaikan berita yang bukan².. Ditokok tambah pula dengan mengatakan bahasa pesanan tersebut disampaikan oleh ustaz sekian².. Allahu..! Boleh jadi fitnah .. Ditegaskan disini jangan sesuka hati guna pakai nama ustaz walhal ustaz itu tidak tahu pun akan viral tersebut .. Cube rase engkorang ,name engkorang diguna pakai oleh individu yang tidak bertanggungjawab ,whats do you think ?

Mereka memang musuh Islam terutama bagi yang menentang kita .. Tapi, kalau ya pun benci beno pada mereka, jangan pula sampai memfitnah anutan dan ajaran mereka .. Ianya bukan membaikkan keadaan, malah membuatkan penganut lain pandang rendah dengan agama kita .. Nabi Saw tidak pernah didik kita untuk memburuk²kan dan merendahkan agama orang lain ..

Islam sangat² menitikberatkan adab dan akhlak .. Itulah yang membezakan agama kita dengan anutan mereka .. Ingat, Islam tak pernah ajar kita untuk memusuhi mereka yang tidak seagama dengan kita .. Jagalah adab kita .. Tak usah tabur fitnah dengan cara memviralkan isu yang entah dari mana hujung pangkalnya pun tak diketahui ..

Buat baik bukan sesama Islam je .. Selagi ianya bergelar makhluk Allah, tak kira bangsa dan agama, haiwan atau insan, mereka tetap makhluk Allah .. Buat baiklah pada mereka.. Dengan cara beradab ni lah, orang mudah tertarik pada agama kita tertarik dengan akhlak seorang islam .. Bukankah berbuat baik sesama insan itu juga adalah sebahagian daripada dakwah ..? Jadi fikirkan dan renungkan bersame .. Tidak rugi pun berbuat baik sesame insan walaupun dia bukan islam .. Allah sentiasa melihat dan memandang setiap apa yang kite lakukan ..

SAMYANG NOODLES


Lama dah nak tulis tentang ni.. Tapi, serba salah sebab terlalu ramai yang buat “Samyang Noodles Challenge” ni (Serba salah tak bertempat hakak nie) .. Jadi, kali ni rasa bertanggungjawab untuk menulis tentang isu mee segera dari Korea ni.. Tak paksa untuk percaya.. Nak terima, alhamdulillah.. Tak terima, bukan izinNya lagi la tu..

It happened last year.. Waktu tu adik perempuan hakak beli samyang noodles ni berbeg² (sebab dia suke nouuu menda nie) Jadi, sebagai adik beradik yang bertekak ketawa bersama, maka dia bagi la sikit pada kakaknya nie .. Nak dijadikan cerita memang adik perempuan teruja la nak try.. Pedas sangat ke etc..

Tapi, diri ni honestly was² yang teramat².. Dah celur dah mee ni, tinggal nak mix kan perencah dan perasanya aja.. Maka, tak puas hati, jadi terus buat research..

I googled everything about halal in korea.. Majority memang kata, korea tidak ada makanan yang halal.. Bak kata kawan baik yang study sana, “Seoul susah cari makanan halal.. Dekat area lain ada la.. Tu pun sikit sangat” .. Hakak pun google la “Another terms of pork in Korean” .. Ceng ceng, google buka ke satu website.. Dimintanya untuk mendownload PDF file tentang term lain bagi khinzir dalam bahasa Korea..

PDF file tu berpuluh² pages juga la.. Dan terms khinzir dalam bahasa korea pun sangatlah banyak.. Maka, hakak pun menilik satu persatu term dalam PDF file tu dengan yang tertulis pada packing noodles tu.. Cari punya cari, taraaa, jumpa term khinzir tu.. Bersengkang mata ni, check one by one perkataan tu pada packing mee tu.. Dah la tulisannya halus.. Maka, mee tu pun dicampak.. 

Moralnya, kita ni umat Islam, makanan kena jaga.. Halal je tak cukup.. Pastikan halal lagi baik, halalan toyyiban.. JAKIM dah pernah beritahu di page FB mereka bahawa segala barang dari Korea yang dieksport masuk ke dalam Malaysia ni, tak pernah ada pengiktirafan halal.. 

Jadi, perkara yang terang² syubhah, kita jauhkanlah.. Kalau makan, gelap hati.. Bila hati dah gelap, solat sangkut, doa pun terapung je.. Belajar pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Sebab nur tkkan masuk ke dalam hati yang gelap..

Hati² dengan segala sumber makanan yang kita masukkan ke dalam tubuh kita sebab ianya akan menjadi darah daging kita.. Once again, tak minta untuk percaya, cuma berhati²lah.. Ikut kata taqwa..

Thursday, 7 April 2016

Belajar Untuk Redha ..



Redha ♡ 

Bila mana orang datang menceritakan setiap satu butir masalah padaku ? Menangis ? Merintih akan setiap rasa ? Setiap kesakitan ? Setiap kekecewaan . Meluah segala linangan air mata yang terbuku . 

Satu pesanan yang sentiasa aku tekankan , iaitu ' redha ' . 

Belajarlah redha walau hati berkata tidak .
Belajarlah mencintai redha walau diri ingin membenci .
Belajarlah mengenal erti redha walau dunia bersikap perli .
Belajarlah untuk terus redha dan gengamlah redha agar ketenangan itu dapat dirasa .

Senyumlah wahai kasih ,
Senyumlah wahai sahabat , 
Senyumlah wahai kawan , 
Senyumlah dengan redhamu .

Sesungguhnya hati yang tenang itu , hati yang memiliki segumpal redha . Redha akan setiap sesuatu yang terjadi . 

-ulat_gonggok-

Tempoh Harus Solat Musafir ..


Soalan;

saya ada mendengar bahawa bagi musafir,mereka dibenarkan utk Jamak & Qasar selama 3 hari berturut-turut.Adakah ini benar?Contoh yang saya buat berdasarkan kefahaman ini spt berikut:Saya ke Kedah hari ini.Zohor & Asar saya Jamak Taqdim.Begitu juga Maghrib & Isyak.Saya kira hari ini ialah "travelling day / hari musafir".Utk 3 hari seterusnya (Selasa,Rabu,Khamis),saya solat Jamak & Qasar bagi kesemua solat yg dibnarkan.Pada hari Jumaat,saya balik KL & lakukan Jamak Qasar bagi Jumaat & Asar. Minta komen & penjelasan ..

Jawapan;

Solat musafir (yakni jama’ dan qasar) diharuskan selagi seseorang itu berada dalam musafir (perjalanan). Jika ia berhenti di satu tempat, sekiranya ia berniat untuk tinggal di situ 4 hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi ia solat musafir (jamak dan qasar) hinggalah hari ia keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.

Sekiranya ia berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan ia tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya ia akan keluar dari situ, harus baginya solat musafir di situ selama 18 hari mengikut mazhab Syafi’ie (yakni selepas 18 hari tidak harus lagi ia solar musafir walaupun urusannya belum selesai). Menurut mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad; harus ia solat musafir selagi urusannya belum selesai sekalipun memakan masa bertahun.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 271.

Pengertian Musyrik, Syirik, Munafik, Kafir, Murtad, Namimah ..


MUSYRIK 

Pengertian Musyrik 

Musyrik adalah orang yang mempersekutukan Allah, mengaku akan adanya Tuhan selain Allah atau menyamakan sesuatu dengan Allah. Perbuatan itu disebut musyrik. 
Firman Allah ; “Ingatlah Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu ia memberi pelajaran kepadanya:’Hai anakku!janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar’ “ [Qs Luqman:13] 

Dengan demikian org musyrik disamping menyembah Allah mengabdikan kepada Allah, juga mengabdikan dirinya kepada yang selain Allah.JAdi org musyrik itu ialah mereka yg mempersekutukan Allah baik dalam bentuk I’tikad (kepercayaan), ucapan mahupun dalam bentuk amal perbuatan. Mereka (org musyrik) menjadikan mahkluk yang diciptakan Allah ini baik yang berupa benda mahupun manusia sebagai Tuhan dan menjadikan sebagai An dad, Alihah, Thoughut dan Arbab….. 

i. Alihah ialah suatu kepercayaan terhadap benda dan binatang yang menurut keyakinannya dapat memberikan manfaat serta dapat menolak bahaya. Misalnya kita memakai cincin merah delima, dan kita yakin bahawa dengan memakainya dapat menghindarkan bahaya. Adapun kepercayaan memelihara burung Terkukur dapat memberikan kemajuan dalam bidang perniagaannya. Dan itulah dinamakan Alihah, yakni menyekutukan Allah dengan binatang dan benda (Kepada Makhluk). 

ii. Andad, sesuatu perkara yang dicintai dan dihormati melebihi daripada cintanya kepada Allah, sehingga dapat memalingkan seseorang dari melaksanakan ketaatan terhadap Allah dan RasulNya. Misalnya saja seorang yang senang mencintai kepada benda, keluarga, rumah dan sebagainya, dimana cintanya melebihi cintai terhadap Allah dan RasulNya, sehingga mereka melalaikan dalam melaksanakan kewajiban agama, kerana terlalu cintanya terhadap benda tersebut (makhluk tersebut). 

iii. Thoghut ialah orang yang ditakuti dan ditaati seperti takut kepada Allah, bahkan melebihi rasa takut dan taatnya kepada Allah, walaupun keinginan dan perintahnya itu harus berbuat derhaka kepadaNya. 

iv. Arbab, ialah para pemuka agama (ulama,ustad) yang suka memberikan fatwa, nasihat yang menyalahi ketentuan (perintah dan Larangan) Allah dan RasulNya, kemudian ditaati oleh para pengikutnya tanpa diteliti dulu seperti mentaati terhadap Allah dan RasulNya. Para pemuka agama itu telah menjadikan dirinya dan dijadikan para pengikutnya Arbab (Tuhan selain Allah). 

Bentuk musyrik ini menyesatkan terhadap perilaku manusia. Dan dengan memiliki aqidah seperti itu dapat menghilangkan Keimanan. 

Syirik

Pengertian Syirik

Syirik adalah perbuatan menyembah atau menyekutukan sesuatu selai Allah dan ini adalah dosa besar. Dan berikut ini contoh - contoh Syirik: 
a.Menyembah sesuatu selain Allah 
Menyembah sesuatu selain Allah adalah termasuk syrik yang paling berat dan tinggi. Mereka ini menyembah benda-benda, patung, batu, kayu, kubur bahkan manusia dan lain-lainnya. Mereka percaya bahawa benda-benda (makhluk) tersebut adalah tuhan-tuhan yang dapat mendatangkan kebaikan dan keburukan. Termasuk dalam tahap syrik seperti ini adalah mengadakan pemujaan seseorang tokoh pepimpin. 

b.Mempersekutukan Allah. 
Artinya mempercayai bahawa makhluk selain Allah itu mempunyai sifat-sifat seperti yang ada pada Allah. 
Dalam kategori mempersekutukan Allah ini adalah faham Trinti menurut kepercayaan Kristian, begitu faham Trimurti menurut kepercayaan agama Hindu, yang mempercayai bahawa Tuhan itu ada tiga, iaitu Brahman (tuhan menciptakan alam seisinya),Wisnu(Tuhan yang memelihara Alam) dan Syiwa (Tuhan yang menghancurkan alam). 

c.Mempertuhankan Manusia. 
Mempertuhankan manusia atau menjadikan manusia sebagai tuhannya adalah termasuk syrik atau mempersekutukan Allah. Termasuk didalam mengtuhankan manusia itu adalah pemuka-pemuka agama,ulama, pendita, para auliya’,para solehin dan sebagainya. 
Dalam ajaran ilmu Tauhid terlalu mengagungkan, mendewakan seseorang itu dinamakan Ghuluwwun. Ertinya keterlaluan dalam mengagungkan dan meninggikan darjat makhluk sehingga ditempatkan pada kedudukan yang bukan sepatutnya menempati kedudukan itu kecuali Allah. 

Bahaya Syrik 

Firman Allah: 
“Maka apakah orang kafir (musyrik) menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir(musyrik)” [Qs Al Kahfi:102] 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syrik, dan Dia mengampuni dosa-dosa selain dari syrik itu bagi siapa yang dikehendakiNya. BArangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya” [Qs At Taubah:113] 

Sabda Rasulullah: 
“Sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kamu sekalian ialah syrik yang paling kecil. Ketika Nabi SAW ditanya:’Apa syrik kecil itu?’,Nabi SAW bersabda:”Ri’yak” 
Imam Muslim meriwayatkan, yang datangnya dari Nabi SAW baginda bersabda:”Barangsiapa yang menjumpai Allah (meninggal dunia) dalam keadaan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun, dimasuk syurga dan barangsiapa menjumpai Allah keadaan mempersekutukanNya dengan sesuatu, dia masuk neraka” 

MUNAFIK 

Pengertian Munafik 

Munafik adalah orang yang termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Allah. 
Orang munafik adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya ingkar. Perbuatan orang munafik disebut Nifaq. Mereka ini hanya pada mulutnya saja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari tampak baik, tapi hanya tipu belaka saja. 
Artinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya. 

Tanda-tanda munafik ..

a. Ingin menipu daya Allah. 
Firman Allah: “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar” [Qs Al Baqarah: 8-9] 

b. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya. 
Firman Allah maksudnya: 
“…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah” [Qs An Nisa’ :139] 

c. Tidak ingin diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya. 
Firman Allah: 
“Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik):”Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,” niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu” [Qs An Nisa:61] 

d. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak) 
Firman Allah: “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali [Qs An Nisa:142] 

e. Berdusta apanbila berkata, menyalahi janji dan khinat (pecah amanah) 
“Tanda-tanda orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khinat” 
[Hr muslim dan bukhari] 

Pengaruh munafik bagi kehidupan bermasyarakat. 
Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafik dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi. Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafik yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana. 

“Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.” [Qs Asy-Shaf;8] 

KAFIR 

Pengertian Kafir 

Kafir bermakna orang yang ingkar,yang tidak beriman (tidak percaya) atau tidak beragama Islam. Dengan kata lain orang kafir adalah orang yang tidak mahu memperhatikan serta menolak terhadap segala hukum Allah atau hukum Islam disampaikan melalui para Rasul (Muhammad SAW) atau para penyampai dakwah/risalah. Perbuatan yang semacam ini disebut dengan kufur. 

Kufur pula bermaksud menutupi dan menyamarkan sesuatu perkara. Sedangkan menurut istilah ialah menolak terhadap sesuatu perkara yang telah diperjelaskan adanya perkara yang tersebut dalam Al Quran. Penolakan tersebut baik langsung terhadap kitabnya ataupun menolak terhadap rasul sebagai pembawanya. 

‘Sesungguhnya orang kafir kepada Allah dan RasulNya, dan bermaksud memperbezakan antara Allah dan RasulNya seraya (sambil) mengatakan:’Kami beriman kepada yang sebahagian (dari Rasul itu / ayat Al Quran) dan kami kafir (ingkar) terhadap sebahagian yang lain. Serta bermaksud (dengan perkataanya itu) mengambil jalan lain diantara yang demikian itu (iman dan kafir). Merekalah orang kafir yang sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk mereka itu seksaan yang menghinakan” [Qs An Nisa, 150-151] 

Pembahagian Kafir ..

i. Kafir yang sama sekali tidak percaya akan adanya Allah, baik dari segi zahir dan batin seperti Raja Namrud dan Firaun. 

ii. Kafir jumud (ertinya membantah). Orang kafir jumud ini pada hatinya (pemikirannya) mengakui akan adanya Allah TAPI tidak mengakui dengan lisannya, seperti Iblis dan sebagainya. 

iii. Kafir ‘Inad .Orang kafir ‘Inad ini, adalah mereka pada hati (pemikiran) dan lisannya (sebutannya) mengakui terhadap kebenaran Allah, TAPI tidak mahu mengamalkannya , mengikuti atau mengerjakannya seperti Abu Talib. 

iv. Kafir Nifaq yaitu orang yang munafik. Yang mengakui diluarnya,pada lisannya saja terhadap adanya Allah dan Hukum Allah, bahkan suka mengerjakannya Perintah Allah, TAPI hatinya (pemikirannya) atau batinnya TIDAK mempercayainya. 

Tanda Orang Kafir ..

a.Suka pecah belahkan antara perintah dan larangan Allah dengan RasulNya. 
b.Kafir (ingkar) perintah dan larangan Allah dan RasulNya. 
c.Iman kepada sebahagian perintah dan larangan Allah (dari Ayat Al Quran),tapi menolak sebahagian daripadanya. 
d.Suka berperang dijalan Syaitan (Thoghut). 
e.Mengatakan Nabi Isa AL Masihi adalah anak Tuhan.
f.Agama menjadi bahan senda gurau atau permainan .
g.Lebih suka kehidupan duniawi sehingga aktiviti yang dikerjakan hanya mengikut hawa nafsu mereka, tanpa menghiraukan hukum Allah yang telah diturunkan. 
h.Mengingkari adanya hari Akhirat, hari pembalasan dan syurga dan neraka. 
i.Menghalangi manusia ke jalan Allah. 

Hubungan Orang Kafir. 
Berhubungan Muslim dengan Orang kafir adalah tidak dilarang, dicegah bahkan dibolehkan oleh Islam, KECUALI adanya perhubungan (bertujuan) yang memusuhi Allah dan RasulNya (Hukum Allah), termasuk merosakkan aqidah Islam. 

MURTAD 

Perertian Murtad, 

Ialah orang Islam yang keluar dari Islam yakni mengingkari semua ajaran Islam, baik dari segi Keyakinan, ucapan dan/atau perbuatannya Semua amalan orang murtad akan dimusnahkan dan tidak nilai pada hari akhirat nanti. Apabila ia tidak segera kembali kepada Islam serta bertaubat bersungguh-sungguh.

NAMIMAH

Pengertian An-Namimah (menebar fitnah)

Namimah adalah menukilkan perkataan dua orang yang bertujuan untuk berbuat kerusakan, menimbulkan permusuhan dan kebencian kepada sesama mereka, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Dan janganlah kamu mentaati setiap penyumpah yang hina, yang banyak mencela dan kian kemari menebar fitnah". (QS. al-Qalam: 10-11) 

Contoh dari Namimah ini: ketika si A berkata kepada si B tentang si C; bahwa si C itu orangnya tamak, rakus, lalu si B tanpa tabayyun (klarifikasi) menyampaikan kepada si C perkataan si A dengan tujuan agar si C marah dan benci kepada si A, sehingga dengan demikian si B dapat dikatakan sebagai orang yang berbuat Fitnah (Namimah) yaitu sebagai penyebar fitnah.