Tuesday, 1 March 2016

Jangan Mengeluh Apabila Ditimpa Musibah


Ini hakak nak pesan sikit kat kalian semua yang membaca entry hakak dari start hakak berblogging hingga hari ini hakak nak pesan sikit ja promise tak bebel panjang2 jela .. lagi pun malam nouuuuu dah nie so sikit ja laa pesan nya .. hakak dakkk laa kejam nouuu nak bebel panjangkan .. just untuk renungan bersama dan ambil lah manfaatnya .. jangan cakap hakak tak payung ... hahahahx .. telebih ober plak kite ehhh ... so hakak nak pesan 

Sekiranya kita ditimpa musibah, kita kena sedar bahawa yang memberi musibah itu ialah Allah Maha Bijaksana lagi Maha Pengasih.. Sesungguhnya Allah tidak menimpakan sesuatu musibah itu untuk memusnahkan diri kita dan bukan untuk menyeksa kita..
.
Sebaliknya, ia semata-mata bertujuan untuk menguji kesabaran dan keredhaan, menguji tahap keimanan, Allah mahu mendengar permohonan ampun dan taubat dari kita selain melihat bagaimana cara kita mengetuk pintu rahmatNya dengan hati yang khusyuk sambil tangan menadah  memohon dipermudahkan laluan seterusnya..
.
Sheikh Abdul Qadir Jailani pernah berpesan pada anaknya, “Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu.. Tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu.. Wahai anakku, taqdir ialah seperti haiwan buas dan haiwan buas tidaklah memakan bangkai”
.
Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaanNya.. Kepada mereka yang sedang berduka cita, semoga Allah hilangkan kedukaan kalian.. “La takhof wa la tahzan innallaha ma'ana”

ok lah selamat malam semua sebelum tidur bace doa tidur dulu selawat dan tidur la cara sunnah ..
rajin nanti hakak hapdet lagi blog yee .. 

Assalamualaikum ...

Allah Sentiasa Bersama Kita


Assalamualaikum wbt ..

uuuiiiii bzy weeiiiiii .. da banyak sangat entry hakak terperap ja dlm blog nun .. hakak lansung tak ada mase nak hadap and hadpet blog .. dah bersawang blog hakak nun .. bkan hakak tak bkak blog sena'nya .. kekekekeh .. bkak tapi to laa persari sari nak hapdet to tak lepas bkan apa kan bnyak nouuu idea tercetus pasai to teperap ja entry hakak nie .. sebab tak abiz taip .. hahahx ..

sehari dua nie hakak sibuk dengan stdy .. sbb hakak pn dah masuk tahun akhir for this years ..lpas to 3/3/16 nie da plak kolej adakan program back to school so name hakak terselect utk pi skolah2 n promote hakak punye kolej (haaa gitu da mcm x dak keja plak kite kan) lalalalala ... penat weeiii .. so to yang tak banyak mase nak hadap blog .. lagi pun bkan bzy dengan stdy ja .. bzy dengan kehidupan seharian .. da plak to asyk x sihat ja hakak nie haa to sbb x hapdet2 blog nie haaa .. da nk x sihat nak buad cemane kan .. lagi pn sakit to kan penghapus dosa2 kecil .. alhamdulillah allah masih syg hakak nie haa dan masih diberi nikmat sihat .. allah bgi kite sakit nk kite nie sentiasa bersyukur dgn nikmat sihat yg kite miliki .. jdi bersyukur la dgn ap ap skli yg kite perolehi yeaa ..

selalu nya bzy cemane pun hakak tetap hapdet blog kan .. tapi sekarang nie payah sikit hakak nak hapdet sebab running time ..(cehhh mcm bzy nouuu kau kan) ... hahahx btulll laa weeiii hakak bzy .. bzy dengan semua keje .. tolong itu tolong ini buad itu buad ini .. hahahx ..

nie hakak hapdet blog nie pun hakak kat kolej lagi baru ja abis kelas .. kelas yang paling rase nak nangiss .. tadi pun quiz 3 huuiii nasib laa miss yong membetulkan answer nya .. kehkehkeh (membodek laahh pea lagi) ..

------------------------------------------------------------------------

hok yg ataiihhh tuhh tdi mase pagi tdi menaip nya nie haa udah tgh mlm .. kea kolej menda nya agy kan .. haaa gitu blaja dgn hantu ka ? brani ka kau ? hahahahx over plak ehh .. bulan 3 nie bnyk nouuu program nya .. tpy to laa kite kne la pndai bhagi mase klau dok memang susa laa .. 

hok bebel bnyk pn dok guna jgak .. nie hakak smbung taip memlm nie pn sbb x ad menda nk buad jdi hadap la blog sat .. agy pn en.dear hakak bzy dgn hal ank2 die .. so bia laa dlu .. x akn hakak nk ganggu plak kan .. kne laa bertimbang rase .. kne saling memahami .. klau x dok sephaman payah laa gitu kang .. 

so hakak nak kongsi la sikit bagaimana sesowg yg hidup hnye allah saje dihatinya .. orang yang hatinya hidup, perasaannya hidup dengan Allah.. Apa maksud perasaan hidup dengan Allah..? 
.
Dia selalu fikirkan dosa dengan Allah, takut dan cinta pada Allah, selalu rasa bersalah walaupun sentiasa beribadah padaNya.. Lepas tu, bila beribadah pula, dia rasa macam tak sempurna.. Dia dapat rasakan yang diri dia sentiasa berada dalam kebesaran Allah.. 
.
Dapat je nikmat, dia rasa bersyukur sangat dan dia juga rasa malu dengan Allah.. Dia juga rasa lemah bila 'berhadapan' dengan Allah.. Dia dapat merasakan kebesaran Allah setiap kali dia melihat alam semesta dan bila dia tengok orang lain berbuat kebaikan, dia pun rasa macam dia pun kena buat baik..
.
Apabila dia melihat orang berbuat jahat, dia rasa bersyukur pada Allah sebab dia selamat daripada berbuat kejahatan dan dia juga rasa kasihan pada orang yang berbuat jahat tu..
.
Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaanNya.. Allahumma aamiin..

Friday, 12 February 2016

HebatNya Air




Hebatnya air

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..
Cuci .. cari air..
Air..air...air...

Pemberian tiada ternilai,
Anugerah dari Yang Maha Kuasa..
Hebatnya tidak terhingga,

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Sekian Nukilan Merapu Aku

~Si Ulat Gonggok~

Thursday, 11 February 2016

Sungguh Hidayah Itu Milik Allah ..


Allahhu,
Bila kawan yang penah duduk serumah seasrama tapi tak penah rapat whatsapp tanya "Ainaa,macam mana nak berubah jadi lebih baik?" ada yang kata "sejuk mata tengok kamu Ainaa dah lain sangat,aku teringin nak jadi macam kamu" dan ada yang tanya "Ainaa apa tips yang buat kamu terus berubah?"

Mashaa Allah , tabarakallahu fikum ..

Airmata ni jatuh tanpa sedar.
Sebelum tue adik junior pun tanya soalan yang sama.
"Akak,saya nak berubah ,macam mana nak berubah untuk jauh lebih baik?"

Ya Allah,rasa sebak rasa terharu rasa seronok semua ada dalam diri ni.
Even kita tak bebel tak ajak mereka berubah dengan perkataan,
Tapi dengan melihat perbuatan dan tingkah laku kita sudah cukup membantu untuk mereka berubah jadi lebih baik.

Semoga mereka diberi kekuatan dan sentiasa istiqomah dalam apa yang dilakukan.
Ingat,semua tue Allah dah tentukan.

Allah yang nak kita berubah tapi Allah hantar seseorang yang hanya menjadi penyebab untuk kita berubah.
Hidayah Allah sangat besar.

Aku bersyukur,ya Allah

Fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah ,
Mafi qalbi ghairullah ,

Setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
Tiada apa di dlam hati selain Allah ..

Thursday, 4 February 2016

Jangan Cari Salah Orang !!


*Tengah Tengok Tv *

Weiii hang tengok tu , nak sedekah 
Pon tunjuk tunjuk ke ? Siap siar dalam 
Tv lagi . Mesti nak menunjuklah tu .
Taulah sedekah beribu ribu , tak payahlah 
Nak tunjuk tunjuk . Aku yang sedekah kat 
Kat orang pon aku tak tunjuk tunjuk .

* Aku Potong Kata Kata Dia * 
Rilek rilek , hang ni gelojoh sangat menghukum orang .
Hang pegi bukak surah Al Baqarah Ayat 271

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

See ? Kamu menghukum orang lain secara
Membuta tuli , kamu tak bersangka baik . 
Kamu riak dengan sedekah kamu . Padahal sedekah 
Seringgit jugak tu pon tangan dah menggeletar , 
Ingat aku tak nampak , Hang belanja sakan 
Sampai beratus ratus boleh pulak ?
Sekarang siapa yang salah ? Siapa yang 
Menunjuk nunjuk ?

" Weii dah lah , mata aku dah masuk lada berapi ni ,
Huhuhu , ada tisu lebih dok , sentap kot huhu "

Dah Dah Jangan Nangis ,
Nah Seringgit Beli Tisu Sana .
Daie Merapu