*Tengah Tengok Tv *
Weiii hang tengok tu , nak sedekah
Pon tunjuk tunjuk ke ? Siap siar dalam
Tv lagi . Mesti nak menunjuklah tu .
Taulah sedekah beribu ribu , tak payahlah
Nak tunjuk tunjuk . Aku yang sedekah kat
Kat orang pon aku tak tunjuk tunjuk .
* Aku Potong Kata Kata Dia *
Rilek rilek , hang ni gelojoh sangat menghukum orang .
Hang pegi bukak surah Al Baqarah Ayat 271
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
See ? Kamu menghukum orang lain secara
Membuta tuli , kamu tak bersangka baik .
Kamu riak dengan sedekah kamu . Padahal sedekah
Seringgit jugak tu pon tangan dah menggeletar ,
Ingat aku tak nampak , Hang belanja sakan
Sampai beratus ratus boleh pulak ?
Sekarang siapa yang salah ? Siapa yang
Menunjuk nunjuk ?
" Weii dah lah , mata aku dah masuk lada berapi ni ,
Huhuhu , ada tisu lebih dok , sentap kot huhu "
Dah Dah Jangan Nangis ,
Nah Seringgit Beli Tisu Sana .
Daie Merapu
0 comments:
Post a Comment