Sunday, 29 January 2017

Bila Difikirkan ..

Tiada hamba Allah yang mahu masuk neraka Tiada hamba Allah yang tidak mahu masuk syurga.. Cuma ada yang tak tahu caranya.. Ujian kita tak serupa kefahaman dan ilmu kita ada yang lebih, ada yang kurang .. Melihat seseorang melakukan kemungkaran mungkin kecil bagi kita untuk tidak lakukan .. Tapi amat sukar bagi sesetengah hamba Allah .. Kadang-kadang kita tidak sedar  .. Bila lihat kemungkaran.. Yang kita lemparkan padanya cuma kritikan dan tomahan, tanpa berfikir soal ‘solusi’.. Kita tidak sedar kita sudah ambil tugas Tuhan melabel dan menghukum .. Kita kata kita ‘sedang dakwah tapi sebenarnya kita sedang menghina hamba Allah ..


Allah izinkan kita lihat kemungkaran bukan mahu tunjukkan kita ini baik dan beriman .. Tapi menguji kita apa yang mampu kita lakukan apakah membantu atau mencela .. Berfikirlah secara dai’e_ (pendakwah), bukan Qadi (menghakimi) ..Yang bukan melihat pada masalah tapi melihat adanya penyelesaian .. Melihat dgn kasih sayang bukan dengan benci ..Tanda benci kerana Allah ialah masih berusaha dan terus mendoakan agar pelaku kemungkaran mendapat hidayah .. Sayang kerana Allah ingin memberi dan mahu yang terbaik sama-sama ..

Semuanya Bukan dengan kekuatan diri kita .. Tetapi dengan bantuan Allah semata-mata ..Ya Allah, jangan serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata ..

Allahumma Aamin..

Thursday, 26 January 2017

Mashaa Allah Hebatnya Hari Mahsyar ..

ALLAHUAKBAR.. 
HEBATNYA HARI MAHSYAR.. MARI SAMA² RENUNGKAN ..


Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. 
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana? 
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.  Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2 ..
.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. 
.
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.  Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.


Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw untuk meminta syafaat daripada baginda, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.
.
Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash. Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tiada satu pun yg tertinggal. Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
.
Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan. Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka. Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
.      
Kita yang perempuan, jagalah diri kita..jauhkan daripda memakai tudung yang singkat tak melepasi paras dada, tidak memakai seluar dan baju yg ketat hgga menampakkan bntuk tubuh bdan kite .. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tpi effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. 
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. pertama² skli kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal semata², takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
         
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jadi dari tu sama-sama lah bantu diri dan kawan-kawan kite melakukan kebaikan .. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Allahumma aamiin .. 

Sunday, 22 January 2017

Konsep Solat Sunat Isthikarah ..

Konsep Solat Sunat Istikharah yang ramai orang salah faham termasuklah hakak sendiri. Ok, dah ready jiwa nak serap apa yang hakak nak kongsi ni ? Dah ? Alhamdulillah.

Pertama sekali, nak buat istikharah ni bukanlah untuk nak pilih jodoh sahaja. Dah tu? Nak buat istikharah ni untuk apa lagi? Sebenarnya camni tau awak² sekalian, istikharah ni maksud dia kita nak mintak petunjuk dengan Allah untuk buat sesuatu pilihan yang kita sendiri tak tahu nak decide macam mana. Dan paling penting opkos la untuk benda yang halal sahaja. ko cari pasal dengan Allah la kalau nak buat benda Haram pun mintak petunjuk dengan Allah jugak kan ..hehe.. 


Contoh, awak nak beli rumah, tapi confuse sebab dedua nya pun awak suke dan nampak bagus.. Haa.. itu pon boleh nak buat istikharah sebab kite nak yang terbaik buat diri kite.. Contoh yang lain lagi, awak dapat tawaran untuk buat sesuatu bisnes or tawaran untuk sambung stdy lagi ni, tapi tak tahu bisnes tu bagus ke tak untuk diri awak dan tak tahu laa keputusan awak muktamad ke tidak nak sambung stdy dekat u tu.. jadi boleh solat isthikarah..

Ok, sebenarnya kan ramai yang tak tahu tentang benda ni, Ulama' ada sebut, "Istikharah tak akan datang sebelum musyawarah (perbincangan)". Haa.. Nak katanya kat sini, benda yang paling penting kita kena buat sebelum istikharah adalah dengan berbincang dan jugak rujuk orang yang sepatutnya.

Kalau nak tau, Nabi S.A.W sendiri rujuk para Sahabat sebelum buat keputusan. Sedangkan Nabi S.A.W tak perlu pon pada orang lain sebab Allah kan dah turunkan wahyu direct terus kat Nabi. Tapi setiap benda yang Nabi buat mesti ada sebab dia. Dan benda tu mesti sebab yang baik.

Pastu, Ulama' ada cakap, ciri orang yang kita kena buat rujukan dan berbincang tu macam ni:
1. Mesti seorang yang jujur
2. Orang yang ada ilmu dan pengalaman
3. Seorang yang dekat kepada Allah (dalam urusan agama)

Contohnye la kan, awak nak cari calon suami atau isteri, sebelum awak buat istikharah tu. Pergi bincang dulu dengan ustaz-ustaz, mak ayah dan orang yang ada ciri-ciri yang ulama' sebut tadi tu. Mintak pendapat mereka, buat mesyuarat tingkap tentang calon-calon yang kita nak pilih tu.

Biasanya, ustaz atau mak ayah sangatlah jujur dalam hal camni dan mereka akan berikan pendapat yang paling jujur dan ikhlas. Mestilah, sebab mereka nak kebaikan untuk diri kita sendiri. Kita pulak, belajar untuk mendengar dan menerima pendapat orang lain. Kalau ada Ego memang tak jadi la awak oiii .. taww.. 

Next baru masuk pada istikharah, ekceli Rasulullah pernah ajar pada sahabat doa untuk istikharah ni dan Rasulullah sangat tekankan para Sahabat untuk amal doa ni sama macam doa yang ada dalam Al-Quran tu. Kita panggil sebagai doa-doa yang Ma'thur (google ye istilah ni..hehe.. kan panjang pulak). Haa, hakak ada tepek doa ni kat wall blog hakak nie haa .. boleh save kalau nak save .. boleh refer kalau nak refer terus ..


Dalam doa ni kan, kita banyak mintak dengan Allah untuk bantu kita. Indah sangat maksud dia. Tapi tapi tapi, haaaaa nnpk tak tu bnyk tapi nya kan πŸ˜‚πŸ˜‚ .. hahahx .. ok .. apa tujuannya kita guna doa ni tapi kita sendiri malas nak buat apa yang Allah suruh dan rajin buat apa yang Dia tak suka. Siang malam buat maksiat pastu tak malu nak mintak lebih-lebih dengan Allah. Bagus kan πŸ˜’ ?

Kita doa,"Ya Allah, patut ke aku pilih Dr Khuzairi sebagai suami aku.." tapi dalam masa yang sama kita punye solat tunggang langgang. Akhlak dan adab out of service. jauh berjuta kilometer dari Allah. so what do u think 😨 ? i have no ideal πŸ˜₯.. 

Allah ni kan... Dia akan hold dlu, Dia akan tangguh dulu apa yang kita mintak tu sebab banyak lagi benda yang kita hutang dengan Allah. Dan... jika kita dapat petunjuk sekalipun, keputusan tu tak betul dan akan selalu bermasalah je manjang. Caye lah. Deep kan ? deep sangat ...

Jadi, sebelum kita buat istikharah tu dan kita nak keputusan yang baik pastikan kita mintak ampun sungguh-sungguh dengan Allah (bukan mintak ampun di mulut jerπŸ˜’tapi selari dengan perbuatan tidak mngulangi nya lagi), banyakkan bersedeqah dan buat amalan kebaikan yang lain. Jangan bertangguh untuk mintak ampun kat Allah. Baru Allah bagi line clear untuk kita. Buatlah solat istikharah tu...

Last but not least,kita kena faham, sebenarnya bila kita mintak sesuatu dengan Allah. Memang Allah akan bagi tapi tak semestinya Allah akan bagi 100% ikut kehendak hati kita. Dia akan bagi apa yang terbaik untuk AGAMA,DUNIA & AKHIRAT kita. Pegang betul-betul yang ni.* 

Contohnye la kan, nak pilih calon pasangan, kite dah suka giler kat dia tu. Buat istikharah dan musyawarah tadi. Tapi last-last kena reject. Itupun sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Sebabnya memang Allah nak kita lalui benda tu dan jugak mungkin dia tak baik untuk AGAMA dan DUNIA AKHIRAT kita.

Barangkali jugak berlaku, mungkin ada yang dah bertunang, tapi lepastu putus, kawen lepastu cerai.. Semua tu.. ada reason (sebab) dia sendiri yang Allah nak tunjuk kat kita. Jadi Allah buat semua tu bersebab .. sebab nak tingkat kan darjat kite dan tingkatkan iman kite ..

Ada orang jugak, dia buat bisnes untung juta-juta dalam masa yang singkat. Tak lama lepastu Allah bagi dia jatuh, duit langsung takde. Asbab dari perkara tu sekarang setiap waktu dia pergi masjid dan menangis kat Allah, dia dapat balik keluarga yang dia tinggal dulu dan lain-lain. (hakak ko nie pernah rasa yang ni..huhu)

Istikharah ni, bukanlah lesen yang boleh gerenti kejayaan kita. Tapi ia adalah untuk kita mintak yang terbaik dari Allah...

Wallahualam. Tahniah kerana awak² semua berjaya baca sampai habis.

#SyukurSelalu

Kami Dilarang Memakan Ikan Tapah .. Kenapa ?

Assalamualaikum selamat petangan .. huhux setelah kian lame menyepi hari nie hakak keudara semula .. hohox .. nan hado asap berkepul bile bukak 'V'log nie .. hahahx .. jadi hakak ko nie skrng 'fresh graduate' tak ada kojer nok buet so inshaa allah 'V'log nie tidak akan berasap laa .. itu pun klau hakak rjin sngat la kan .. hihix ingt ko rajin sngat ka ainaa ? ko to mlas ya hamat tau .. kihkih .. sabor ja laa .. so hakak tak nak laa bebel pnjng sngat cume hakak nak kngsi sikit laa cerite berkenaan 'Sumpahan Ikan Tapah' nie .. so nak tnye la kalian semua penah dgr atau tidak cerite sumpahan nie ? actually hakak sndri pun tak tahu sbnrnya knpe keturunan belah² ayh hakak nie tak boleh mkn ikan tapah nie .. And some more , hakak ko nie memang bkn pengemar ikan jdi rase peratus selamat tu terjamin la kan .. and rase mcm bile opah² sdare habaq bapak² sdare habaq mak² sdare manakan semua laa habaq dok buleh makan ikan tapah nie sbb sumpahan smpai 7 kturunan so hakak nie idok lah kisah sngat sbb hakak ko nie tak mkn ikan sngat apatah lagi nmpk ikan yg pelik lagi laa hakak ko nie tak pndng lnsng .. haa nmpk dak disitu ketidak pedulian nya psal sumpahan ikan tapah tu ? hahax ainaa ,ainaa ko mmngπŸ˜’ .. dah terkene bru ko ngelupor haa kan πŸ˜‚πŸ˜‚..
.
So nak dijadikan cerite nie sbb knpe hakak ko nie tertiba curious sngat nak tau pasal sumpahan ikan tapah nie haa sbb nya kakak sepupu hakak nie 'kak ana' dah terkene bhagian nya sbb lnggar sumpahan .. actually kak ana nie pun idok laa tau pasal sumpahan ikan tapah nie idok laa tau pasal keturunan kami nie ada pntng larang bgai .. so dgn selamba nya laa kak ana nie siang ikan tapah masak ikan tu sbb nya kak ana nie tak tau ikan menda nya .. and satu lagi asben die kaki pncing sungai haa so dpt la habuan nya .. dah kene percikan air x boleh inikn memkn nya kan .. so kak ana nie tdi satu bdan nya gatal² bengkak² mcm melecur kulit²nya akibat siang ikan tapah tu then mkn kuah dri ikan tapah tu .. pi klinik pi ospital tetap tak pulih .. last² ikhtiar pi berubat dgn opah sedare hakak dkt Parit .. berubat² alhamdulillah smbuh .. so tmbul laa crite nya knpe smpai jdi mcm tu .. then opah sedare hakak pun crite laa psal sumpahan ikan tapah nie .. jdi mne2 pihak yg berketurunan sumpahan ikan tapah nie berhati² sikit laa dlm kategori memilih ikan nie .. sbb bkn takat mkn ja dpt azab terkene air percikan ikan tapah pun dah dpt azab sakit nya so hati².. 
.
and mase nie hakak ko dah tau laa yg darah daging hakak ko nie berketurunan dan ada pntng larang nya .. so hakak ko nie tak kisah sngat laa sbb tak mkn ikan .. tpi kisah jgak laaπŸ˜‚kan sbb nak pi pasar milih ikan tu kne hati² tak masal² trpgg ikan tapah haa haru jdinya ..πŸ˜…πŸ˜….. bngkak seluruh bdan .. so dgr crite sekerat ja dri mulut ibu hakak .. sbb opah sedare hakak crite nya gntung² .. jdi hakak ko nie pun rase tak puas hati laa sbb nak tau jgak knpe jdi ginie knpe smpai kne sumpah smpai 7 kturunan sbb apa disumpah dan kenapa ikan tapah tersebut .. so tdi hadik hakak crite laa psal ikan tapah nie kate nya org yg jumpe ikan tapah nie adalah Pak Kaduk .. so nak tnye laa, kalian penah dgr kisah Pak Kaduk yg tergadai kampung nya dek kerana sabung ayam ? ok jdi crite nya bermula dri situ .. memula hakak tnye jgak apa kaitan sumpah ikan tapah dan Pak Kaduk nie ? Pak Kaduk disumpah ka mcm mne kan sbb hakak tak tau crite nya .. so tdi hadik crite dri A smpai Z .. then hakak plak nak kngsi crite pda kalian agar pda sesiapa yg diluar to berketurunan Pak Kaduk tau asal usul knpe wujud nya sumpahan ikan tapah nie ..
.
Ada yg kate cume mitos saje .. ada yg tidak mempercayainya .. ada jgak yg kate itu smua karut .. ok secra saikologi nya dan rasional nya itu hak masing2 kalian nak mempercayainya atau tidak terserah pda diri sndri .. hakak nak kate tidak percaya pun tak boleh sbb nya dah ada depan mata dah nmpk akibat mlnggr sumpahan ikan tapah mndpt azab nya .. jdi sgale nya hakak berserah pda Allah .. sbb ikan tapah tu adalah ciptaan Allah dan rezeki kurniaan Ilahi  dengar khabarnya merupakan antara ikan sungai yang mempunyai rasa yg sedap .. itu hakak tak tau lah sedap ka tidak sbb hakak ko tak penah rase ikan tapah πŸ˜‚πŸ˜‚.. jdi bg yg tidak mempunyai keturunan sumpahan ikan tapah nie tak ada masalah laa nak menjamah ikan tersebut ..so yg berketurunan sumpahan ikan tapah nie jdi berhati² laa hakak pesan .. sbb nak merawat smbuh smula pnyakit apabila trlnggar sumpahan ikan tapah nie agak sukar sikit krana ubat nya hanye dgn emas merah dri perut ikan tapah saje dpt menyembuhnya .. dan hakak tak tau siapa diantara moyang² yg masih memegang emas merah tersebut ..
.
So dikaji diselidik semula knpe smpai terjadi sumpahan tersebut bermula pda kisah Pak Kaduk .. Mungkin kalian semua pernah mendengar dongeng Pak Kaduk yg suka menyabung ayam kemudian melalui tipu helah sultan, dia menukarkan ayamnya dengan ayam sultan. Pertaruhannya adalah kampungnya sendiri. Akhirnya ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai. Kampung itu adalah kampung kami dan Pak Kaduk sendiri adalah my great-great grandfather. Benar, Pak Kaduk itu adalah moyang hakak yg berasal dari Siak, Sumatera yang membuka kampung kami. Kampung yang tidak pernah tunduk kepada sultan. Akhirnya sultan menggunakan tipu helah untuk mendapatkan kampung itu melalui sabung ayam - permainan kesukaan Pak Kaduk sendiri .. Dongeng yang tercatat di buku berakhir dengan tergadainya kampung itu .. mngkin kalian rasa itu hnye lah dongeng semata tapi melalui cerita lisan kami pula, setelah kampungnya tergadai, harta-bendanya dirampas, anak dan isterinya menjadi gundik sultan, tiada apa yang tinggal pada dirinya lagi .. Pak Kaduk hanya mampu duduk termenung di sebuah dangau (pondok) di tepi Sungai Perak. Duduklah dia di situ berkeluh-kesah mengenangkan untung nasibnya yang dicari sendiri. Siapa suruh menyabung ayam haa kan dah mendapat .. bertemankan kucing kesayangannya ..
.
Tanpa disedarinya, kucingnya mengiau-ngiau di kakinya kemudian menuju ke tepi sungai. Kemudian kembali ke kakinya mengiau-ngiau dan balik semula ke tepi sungai. Sehinggalah tujuh kali kucing itu berkelakuan demikian, Pak Kaduk merasakan bahawa kucingnya itu ingin memberitahunya sesuatu .. Kemudian Pak Kaduk mengekori kucingnya ke tepi sungai dan dilihatnya seekor Ikan Tapah yang besar sedang terdampar di tepi sungai itu .. Pak Kaduk melihat ikan itu masih hidup dan perutnya kelihatan kembung dan keras. Pak Kaduk agak kehairanan melihat ikan sebesar itu dan fikirnya, jika dibelah perut ikan itu pasti terdapat telur ikan yang banyak. Pak Kaduk membelah perut ikan itu dengan pisau yang terdapat di dangau di tepi sungai itu dan di dalamnya... Wahhh!!! setongkol emas merah!! Anehnya pula ikan itu tidak pula mati, walau telah dibedah perutnya oleh Pak Kaduk ..Pak Kaduk kemudiannya menjahit perut ikan dengan menggunakan jarum patah dan juga benang daun nenas sehingga selesai. Selesai sahaja menjahit, Pak Kaduk merendamkan ikan itu di tepi Sungai Perak sambil berkata, "Oleh sebabnya engkau, Allah kurniakan rezeki padaku dan dapatlah aku menebus semula tanah, harta dan anak isteriku. Dengan ini aku bersumpah bahawa Anak-anakku, Cucu-cucuku, piut-piutku, keturunanku dan segala yang hempas-hempas ke daun dilarang memakan Ikan Tapah sama sekali sehingga ke Hari Kiamat. Barang siapa yang melanggar sumpah ini akan mendapat celaka tubuh badannya".
.
Pak Kaduk kemudian menebus kembali segala yang telah tergadai dan langsung bertaubat dari pekerjaan menyabung ayam. Tidak lama sesudah itu anaknya memperolehi seekor Ikan Tapah lantas memakannya setelah ianya siap dimasak. Selepas memakan ikan itu, tubuh anak lelakinya mula melepuh seperti melecur. Sebaik sahaja lecur itu pecah, airnya akan mengalir ke anggota tubuh badan. Mana-mana anggota yang terkena air ini akan melepuh juga sehinggalah seterusnya. Pak Kaduk merasa amat susah hati dan bimbang. Sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan namun tidak mendatangkan hasil .. Suatu malam, Pak Kaduk bermimpi. Datang seorang tua memberitahunya bahawa anaknya itu telah melanggar sumpah. Sumpah Ikan Tapah. Orang itu berkata ubatnya adalah emas merah Ikan Tapah direndam di dalam secangkir air. Airnya diminum dan disapukan ke serata badan. Sewaktu Pak Kaduk merendam emas Ikan Tapah itu, air di dalam cangkir membuak-buak laksana air mendidih menandakan bahawa benar penyakit itu disebabkan Ikan Tapah.
.
Mulai saat itu, barang siapa ahli keluarga Pak Kaduk yang termakan Ikan Tapah akan dirawat dengan menggunakan emas merah Ikan Tapah waallahuaalam tpi ada jgak yg dirawat dgn cara yg berbeza itu hakak tak pasti bgaimana .. Pak Kaduk pulang ke Siak dan meninggal di sana. Legasi sumpahan itu masih berkesinambungan sehingga ke hari ini. Sepupu hakak yg duduk dekat tapah tu pun terkene jgak hnye  terkena wap rebusan Ikan Tapah ja, melepuh seluruh badan. then sedare hakak dkt kg tua parit yg tak mempercayai mitos Ikan Tapah dengan sengaja menggulai ikan itu, akhirnya sehingga kini mengalami gila yang tidak berkesudahan .. haaa masih nak crite tak percaya lagi ? hakak sndri pun tak brani nak memandai mncuba atau mencabar diri nak dkt dgn ikan tapah hnye sbb nak kan kesohihan dan kepastian mengenai sumpahan ikan tapah nie .. memang laa dri segi kajian saintifik kalau ikut saintifik... mungkin darah keturunan Pak Kaduk allergi dengan ikan tapah. Mungkin itu penyebab yang sebenar dan tiada kaitan pun dengan sumpahan Pak Kaduk tu ..
.
Ok klau nak ikut berpikiran waras nya tak akan laa smpai 7 keturunan smpai cucu cicit piut semua allergic mkn ikan tapah .. dan how about org yg bkn keturunan Pak Kaduk tpi tgl dlm kg Pak Kaduk yg terkene tempias sumpahan tersebut ? tak akan mereka pun allergic jgak ?  sedangkan darah tak sama .. malah bukan keturunan Pak Kaduk hnye tgl skg dgn Pak Kaduk, klau betul lah dikatakan allergic tadi .. mereka pun tak boleh menjamah ikan tapah same sperti keturunan Pak Kaduk .. terdapat seorang lelaki Cina dari Telok Intan yang datang ke kampung kami lewat tahun-tahun 70-an mencari ubat untuk penyakit kulitnya yang melepuh. Berhimpunlah orang-orang tua kampung kami melihat kulit lelaki Cina itu. Akhirnya mereka sepakat bahawa penyakit itu sama seperti simptom penyakit Ikan Tapah yang menyerang keluarga kami. Lelaki Cina itu kemudiannya dirawat dengan emas merah. Ketika emas merah itu dimasukkan ke dalam air, air itu membuak-buak menandakan ianya benar berpunca dari Ikan Tapah. Sekiranya tidak, air itu tidak akan membuak-buak. Setelah diselidiki, umum di kampung itu mengetahui bahawa lelaki Cina itu dilahirkan di kampung kami. Membesar sehingga berusia 20 tahun di kampung kami. Dia kemudian melarikan diri dan keluarganya ke Telok Intan sewaktu berlakunya Perang Sabil antara masyarakat Melayu dan Cina di Daerah Perak Tengah dan Hilir Perak dalam tahun 1948. Inilah yang dikatakan di dalam sumpah Pak Kaduk, ".... dan hempas-hempas ke daun". Ertinya percikan atau tempias sumpahannya.
.
So boleh faham tak kenape ?
.
Sejarah itu pahit tetapi mengandungi ubat yang sangat mujarab. Keluarga hakak amat berhati-hati mengakui kami ini keturunan Pak Kaduk. Kerana Pak Kaduk itu memenifestasikan kepada kebodohan. Tetapi sejarah itu tidak boleh ditipu. Kebodohan akan terhapus oleh keazaman dan juga semangat untuk maju. Dalam perkara Ikan Tapah ini, hakak sendiri tak tau utk meletakkan diri hakak di sebelah mana. Mempercayainya atau tidak. Untuk tidak percaya, hakak dah melihat kesannya di hadapan mata hakak mcm yg hakak crite tdi apa yg jdi pda kak ana pda sepupu jauh hakak dan saudara hakak yg menjamah ikan tapah tersebut dan hakak tidak akn sekali-kali mengambil risiko utk mencuba menjamah Ikan Tapah. Untuk percaya pulak hakak ini bukanlah seorang yang tahyul atau merepek. tpi dri segi logik nya crite tu rasional nya crite tu boleh jdikn sempadan dan ikhtibar buat diri hakak .. hakak pulangkan segalanya di bawah urusan Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Wallahua'lam .. jdi hat tu ja laa stkt tu ja laa yg hakak tau mengenai sumpahan ikan tapah tersebut .. apa² pun rezeki itu dtg nya dri Allah sakit sihat sembuh semua itu adalah dri Allah .. baik dan buruk itu jgak ianya dtg dri Allah jgk sbb apa² kite hmba Allah jdi berbalik laa kpda Allah aza wajjala .. jdi apa yg hakak kngsikn nie nak djdikan tauladan atau tidak terpulang pda diri kalian yg membce ..
.
ok laa hat nie ja laa hakak stop .. sbb battery phone hakak pun dah nak habis , so bg pembace tegar blog hakak terima kasih sudi singgah dan membace entry yg tak seberape nie .. and also dont forgot to follow me ok .. i'll follow u soon .. jika ada salah dan silap dan baris ayt kate harap dimaafkan .. yg baik itu semua kurniaan Allah dan yg melakukan kesilapan itu adalah diri hakak sndri .. 😘😘 Assalamualaikum ..
.
Semoga hakak rajin menghapdet blog lagi πŸ˜‚πŸ˜‚