Friday, 12 February 2016

HebatNya Air




Hebatnya air

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..
Cuci .. cari air..
Air..air...air...

Pemberian tiada ternilai,
Anugerah dari Yang Maha Kuasa..
Hebatnya tidak terhingga,

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Sekian Nukilan Merapu Aku

~Si Ulat Gonggok~

Thursday, 11 February 2016

Sungguh Hidayah Itu Milik Allah ..


Allahhu,
Bila kawan yang penah duduk serumah seasrama tapi tak penah rapat whatsapp tanya "Ainaa,macam mana nak berubah jadi lebih baik?" ada yang kata "sejuk mata tengok kamu Ainaa dah lain sangat,aku teringin nak jadi macam kamu" dan ada yang tanya "Ainaa apa tips yang buat kamu terus berubah?"

Mashaa Allah , tabarakallahu fikum ..

Airmata ni jatuh tanpa sedar.
Sebelum tue adik junior pun tanya soalan yang sama.
"Akak,saya nak berubah ,macam mana nak berubah untuk jauh lebih baik?"

Ya Allah,rasa sebak rasa terharu rasa seronok semua ada dalam diri ni.
Even kita tak bebel tak ajak mereka berubah dengan perkataan,
Tapi dengan melihat perbuatan dan tingkah laku kita sudah cukup membantu untuk mereka berubah jadi lebih baik.

Semoga mereka diberi kekuatan dan sentiasa istiqomah dalam apa yang dilakukan.
Ingat,semua tue Allah dah tentukan.

Allah yang nak kita berubah tapi Allah hantar seseorang yang hanya menjadi penyebab untuk kita berubah.
Hidayah Allah sangat besar.

Aku bersyukur,ya Allah

Fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah ,
Mafi qalbi ghairullah ,

Setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
Tiada apa di dlam hati selain Allah ..

Thursday, 4 February 2016

Jangan Cari Salah Orang !!


*Tengah Tengok Tv *

Weiii hang tengok tu , nak sedekah 
Pon tunjuk tunjuk ke ? Siap siar dalam 
Tv lagi . Mesti nak menunjuklah tu .
Taulah sedekah beribu ribu , tak payahlah 
Nak tunjuk tunjuk . Aku yang sedekah kat 
Kat orang pon aku tak tunjuk tunjuk .

* Aku Potong Kata Kata Dia * 
Rilek rilek , hang ni gelojoh sangat menghukum orang .
Hang pegi bukak surah Al Baqarah Ayat 271

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

See ? Kamu menghukum orang lain secara
Membuta tuli , kamu tak bersangka baik . 
Kamu riak dengan sedekah kamu . Padahal sedekah 
Seringgit jugak tu pon tangan dah menggeletar , 
Ingat aku tak nampak , Hang belanja sakan 
Sampai beratus ratus boleh pulak ?
Sekarang siapa yang salah ? Siapa yang 
Menunjuk nunjuk ?

" Weii dah lah , mata aku dah masuk lada berapi ni ,
Huhuhu , ada tisu lebih dok , sentap kot huhu "

Dah Dah Jangan Nangis ,
Nah Seringgit Beli Tisu Sana .
Daie Merapu