Thursday, 24 March 2016

Coretan 'Aku'



Kerana diri ini sedar diri, tahu diri, tahu kelemahan diri dan keburukan diri, maka diri ini pun memperbanyakkan menulis.. Bukan untuk peringatan buat orang lain, tetapi lebih kepada diri sendiri..

Di saat aku menulis tentang 'Jangan putus asa dan tolong bangkit semula', aku menulis sedemikian bila mana di saat itu, aku benar²  sedang jatuh dan dalam usaha untuk bangun semula..

Di saat aku menulis tentang kematian, di saat itu aku sedar bahawa diri aku terlalu lalai, alpa dan leka dan terlalu terkejarkan dunia sehingga mungkin mengabaikan hal akhirat..

Di saat aku menulis, 'Jangan tegur orang kasar²', di saat itu aku sedang usaha keras mengingati diri aku agar tak sesekali kurang ajar pada orang yang berada di sekeliling aku.. Aku mengingatkan diri aku agar act politely supaya bila saat aku buat salah, aku juga tak mahu dinasihati secara kasar.. Supaya aku tak sakit hati dengan kelakuan mereka dan supaya mereka juga tidak ada memendam rasa dengan kelakuan aku.. Dan kadang², penulisan itu adalah peringatan selepas setiap kali aku lakukan dosa itu supaya diri aku beringat supaya tak ulang kelakuan yang sama pada masa akan datang..

Di saat aku menulis 'La tahzan innallaha maana atau jangan bersedih sesungguhnya Allah bersamamu', ketahuilah di saat itu aku juga sedang mengumpulkan semangat supaya move on dari kefuturan yang telah menyasarkan diri aku jauh dariNya.. Sebab apa..? Sebab sedar diri di takuk mana maka perlulah mengingati diri sendiri agar jadi baik dari diri ini yang semalam..

Apabila orang bertanya, 'Kenapa nak ingatkan diri, perlu menulis dan post publicly..?' Sebab diri ni manusia yang penuh dengan kelemahan dan sifat lupa.. Bukan manusia yang maksum yang mampu ingat akan azabNya sentiasa di saat diri sedang melakukan dosa.. Sebab itu la diri ni, meskipun dah tahu perkara tu salah dan dosa, tapi masih buat juga.. Ulang kelakuan yang berkali²..

Dan melalui penulisan inilah yang banyak membantu diri ini meluahkan 10% segala rasa yang tak mampu diungkap oleh lidah dan tak mampu untuk meluahkan pada mereka² yang bertanya untuk membantu diri ini.. Dan melalui tulisan inilah, jika ada yang sesituasi dengan aku, aku berharap dengan secebis tinta yang usang ini, ianya mampu untuk mengubati dan menghilangkan kesedihan mereka di saat mungkin ketika tu ianya sangat diperlukan.. Tak banyak, sedikit pun tak apa..
.
PS : Those reminders are for my dear self, not others.. ^_^…

Wake Up Buka Hati Jangan Lalai ..!



Buat kaum hawa di fasa kita berumur 18 - 28 ni lah kita kena struggle mencapai tahap kita. Masa ni  lah rebut peluang jd yg terbaik.

Kuasai ilmu pengetahuan, kuasai bidang masakan (slalu tolong mak di dapur), hayati Al-Quran betul2 smpai kita hafal tanpa sedar, cari khusyuk dlm solat kita..

Nampak senang kn? 
Tapi ramai masih di zon selesa skrg ni. Bangun tengahari, bangun pkul 10 tu paling baik lah tu.

Bila takde kerja, tidur..

Balik rumah mak, pak serupa macam tak balik. Terperap dlm bilik. Rasa rimas bila slalu mak panggil mintak tolong.. jiran tetangga dtg terasa malas nak tunjuk muka. 

Allah.. di mana kita skrg? 

Solat pun tak tepat waktu. Kadang nak masuk asar baru lah terkedek2 ambik wudu' nak solat zohor.

Al-Quran? Apatah lagi. Satu hari skali bukak tu kira dh baik betul lah tu.

Astaghfirullah..

Kenapa? Sebab apa kita mcm ni? Kenapa?

Sbb kita sia2kan masa.

Buang masa pada benda yg lagha. 

Beli produk kecantikan lah, baju, tudung ikut trend, handsock berpasang2 ada reben lah apa lah...

Buangnya duit dan masa kt benda2 yg Allah tak pandang.

Mana tak nya?

Kita struggle nak penuhi expectation org pada kita di luaran. Nak bg org tgk fesyen purdah kita, kecomelan kita di sebalik pakaian yg indah2 serba baru.

Dalaman? Macamana?

Post dlm insta ayat sendu2 kononnya, kita lah paling ingt Tuhan dlm insta tu.

Padahal realitinya keje asyik terperap dlm bilik, tidur. Pantang ada masa, tidur. 

Sbb? Kita tahu manusia tak perasan. Manusia tak tgk tabiat lagha kita tu. Kita tidur selalu pun siapa je tahu, kan?

Allah...

Kenapa lah kita sibuk tayangkan yg elok2 di mata manusia tapi di mata Allah kita persembahkan kemalasan kita, cincainya kita dan futurnya kita?

Istighfar...

Cukup2 lah nak sedih sbb tak ada lelaki nak suka kita. Cukup2 lah nak sedih sbb tak ada lelaki yg kirim salam kt kita mcm kwn2 kita yg lain.

Kalau ada yg kirim salam pun, cukup2 lah rasa kembang tu. Boleh jd asbab utk trun iman awak bila awak layan, ye. Ingat.

' wa laa taqrabuzzina.'

Dah. Cukup. Bangun lah dari zon selesa. Anda akan rasa nikmatnya apabila tiba umur di 30-an. 

Tapi kalau ada berwenang2 pd hari ini, jgn sedih nanti, di umur 30-an, 

Anda rasa kosong.
Tak ada perkara yg anda capai di sudut akhirat, apatah lagi dunia.

Tinggalkan pengharapan pd pujian manusia dan mula lah persembahkan yg sempurna di hadapan Allah, 

Moga2 bermanfaat di sini dan di SANA.

Ayuh, bangkit!
From a sister to a sister

Wednesday, 9 March 2016

Coretan dan Nasihat "Aku"



Tempoh hari, ada seorang hamba Allah tanya soalan pada hakak yang berbunyi, “Bolehkah seorang niqabi memakai seluar jeans kerana niqabi tersebut merupakan seorang yang aktif bergerak..?”
.
Kalau tanya hakak, hakak memang akan jawab, “Rukun tutup aurat mestilah tak ketat, tak jarang dan tak menampakkan warna kulit.. Tiada masalah memakainya jika jeans tersebut longgar..”
.
Kalau nak dibandingkan jeans dan seluar slack, seluar slack lebih menampakkan bentuk kaki.. Jeans fabricnya tebal dan bila kita duduk memang akan nampak bentuk kaki tapi tak lah seobvious ketika memakai seluar slack..
.
So, selagi cover aurah, pakai la.. Tapi, kalau boleh bila pakai seluar, selalu²lah minta pandangan lelaki untuk menilainya.. Minta la pandangan adik lelaki ke, abang ke, ayah ke etc yang mahram lelaki.. Sebab apa..? Sebab lelaki ni mata dia umpama gamma ray.. Sekali imbas boleh nampak mana yang kurang meskipun dari jarak yang jauh.. Dan sebab kadamg² kita yang wanita ni rasa okay je pakai sekian², tapi yang melihatnya (lelaki) nampak mana yang kurang pada pemakaian kita..
.
Dulu seorang kawan lelaki, dia ni memang pious orangnya dan dia pernah beritahu, “Lelaki tak suka bila perempuan pakai seluar jeans” .. Bila tanya kawan lagi seorang tentang pendapatnya tentang wanita berseluar, dia cakap, “Daripada jeans, better slack”
.
See..? Perempuan cakap, seluar slack nipis berbanding jeans, tapi bagi lelaki, slack lebih menutup aurat berbanding jeans.. 
.
Kesimpulannya, pakai la apa pun pakaian selagi menutup aurat.. Hakak tak larang mana2 wanita untuk memakai seluar meskipun hakak tak pakai seluar apabila berada di luar.. Pendapat peribadi bagi wanita yang aktif, boleh pakai palazo kot.. Lebih loose dan selamat.. Nak memanjat, mendaki pun tiada masalah.. InsyaaAllah.. Biar sederhana.. Yang penting selepas dah sempurna tutup aurat, sama² menjaga aurat..
.
Semoga Allah redha segala apa yang kite lakukan ^_^..

#ulat_gonggok

Munafik !



Assalamualaikum wbt ..

Hakak rase ramai yang dah pi pawagam kan .. yea laa sekarang nie kan paling hot and paling top meletop kebabooomm sekali dengan cerita Munafik .. Sampai mencecah jutaan ringgit pada hari cerita itu ditayangkan so bagi mereka yang dah tengok cerita to apa yang kalian fikirkan ? apa ibrah yang kalian dapat dari filem tersebut ? hohox .. bukan lah hakak nak kondem atau nak pandang dari site negative bout this filem .. 

but ... hahahahx ad "but"nyaa to kann .. what is syamsul yusuf create the story is good one thing and also have not good to .. sincerely ok for the honestly what the achieve of the story for other ? if just for Seram only and not get inside the lesson it will not have any deep for lesson ..

Hakak just nak cakap 

Filem munafik ?

Hmm , filem munafik yang 
Realiti sudah ada pada diri kite sendiri sedar tak ?
Tak usah sibukkan diri tentang " Filem Munafik " .

Pandang cermin dan berkata . . .
Berapa banyak kali aku 
Sudah munafik ?

Tiadanya seronok ku pertontonkan
Filem " Munafik " yang ku karangnya 
Sendiri . 

Kerna ku tahu bahwa ,
Seburuk buruk tempat kembali ,
Bagi orang munafik itu ,
Neraka yang paling dalam .

Akulah pelakon dan pengarang , 
Dalam kisah munafik ini .

Maka bersedialah aku menerima
Azab dariNya

"Titik Noktah Berbaur Neraka"

Actually kita nie lah yang sebenar2nya munafik tanpa sedar .. tidak perlu lagi dilakokan dan ditayang dilayar filem .. tapi lihat laa diri kite sendiri ..

sedar lah wahai umat manusia semua .. memang seronok melihat filem dilayar kaca tv tapi realiti nya kite sendiri yang mencipta munafik dalam diri .. 

Thursday, 3 March 2016

Pandang Pada Diri dan Jangan Mangalah terus Istiqomah



Bukan mudah sebenarnya bila diri sendiri diuji dengan apa yang dikatakan.. Kita boleh minta orang lain untuk bersabar apabila melihat mereka sedih atau ditimpa musibah bertalu².. Tapi, bila kita sendiri yang alami situasi tu, akhirnya memang jatuh tersungkur bila ditimpa ujian dan musibah..
.
Kita boleh minta orang lain untuk menjaga batas pergaulan bila bersama berlainan jantina.. Namun bila diri sendiri berada dalam situasi tu, kadang² hanyut alpa entah ke mana..
.
Kita boleh minta orang lain untuk bermuhasabah diri apabila berlaku sesuatu dan mengajak mereka untuk berlapang dada serta bersangka baik padaNya, namun sejauh mana diri kita sendiri menilai dan mengambil ibrah dari setiap kejadian yang berlaku..?
.
Sejauh mana diri kita benar² tunaikan apa yang telah diperkatakan..? Dan sejauh mana diri kita jujur dengan apa yang disampaikan..?
.
Mari sama² kita praktik dan mengajak yang lain ke arah kebaikan.. Selfie hati.. Agar hati jauh lebih pulih ...

inshaa allah untuk next entry (kalau hakak rajin laa citenya yee ) hakak nak kongsikan sikit tips atau pun surah2 yang Nabi Muhammad Saw amalkan untuk memperolehi ketenangan hati ..