Thursday, 9 November 2017

Tidak ada yang beza .. Semua sama dipandangan Allah ..


"Awak dengan saye hidup dalam kehidupan yang berbeza ?" ...
.
Apa yg beza nya ? cube habaq mai ? kita manusia tak ada yang beza semua sama Allah pandang tetap sama tidak pernah pula berubah .. kita menuju jalan yang satu jugak .. masuk kubur disoal malaikat yang sama jugak .. kiri kanan amalan dicatit malaikat yang sama jugak .. dikapan kain putih yang sama jugak .. ditentukan syurga neraka yang sama jugak tak ada yang beza semua sama .. tidak pula berubah status hamba Allah tu ...
.
"Keliling awak semua yang ok²" ...
.
Siapa kata sekeliling saye semua orang yang ok² belaka ? .. wallahi atas dunia nie tak ada sorang manusia pun yang tidak membuat dosa hatta seorang ustaz/ustazah yang nampak alim warak namun hakikat nya die sorang manusia yang bukan maksum lagi banyak salah dan silap .. jadi kenapa kamu kata sekeliling saye semua orang yang ok² ? Allah turunkan ujian pada hambanya dengan bentuk dan cara yang pelbagai dan berbeza² mengikut kemampuan kite yang jugak berbeza² .. jadi diatas dunia nie adakala sesuatu yang sangat sulit bagi kite tapi itulah yang terbaik untuk kite sebenarnya .. nampak saja luaran begitu sempurna tapi hati sesorang kita tidak tau melainkan Allah saja yang tau ..
.
 Kita tak mampu membaca hati orang .. apatah lagi menunding jari dan menyalahkan orang lain .. baik buruk sesorang tu jangan dinilai melalui mata kasar .. kita tidak tau apa ada antara dia dan tuhannya ...berdepan dengan sikap dan sifat diri sesorang tu jika hati nya meletakkan Allah yang pertama maka segala setiap buruk baik boleh dibezakan .. jadi otak yang Allah kurniakan pada kite tu gune sebaik mungkin siape cakap saye dikelilingi orang yang ok²? tapi disebaliknya hanye penipuan yang nampak .. Atas dunia nie siapa je yang ok ?
.
Betul tak nafi ramai je yang ok ramai je yang baik tapi jangan selalu ingat dan sangka hatinya pun ok sebab zaman sekarang nie zaman yang tidak adil lagi kejam .. kite duduk dizaman akhir zaman dimana orang yang alim pun jika tidak kuat iman nya tergoda jugak dengan hasutan setan buat jugak perkare tak baik just like makan rasuah bukan tu je ada je yang khianat yang tak amanah dan sebagainya ..
.
Tapi tidak semua hanye segelintir konon kata sangat terdesak .. atas sebab tertentu dan sebagainya .. apa yang saye boleh ckp disini matlamat tidak menghalalkan cara .. just same way if i said , tak nak kawin tapi nak berzina .. ofcoz kalian akan cakap berzina itu dosa besar dan haram .. the same way kes tadi .. terdesak sangat perlu ka sampai makan rasuah makan duit orang ambik duit orang dan sebagainya ? tak rasa salah ka tak rasa dosa besar ka ? tak rasa malu pada Allah ka ? Kalau rasa tak ada muke malu pada manusia tapi malu lah pada pencipta kamu so jangan cakap sekeliling saye ok² semua nya.
.
Kesimpulannya,  tanye hati kite ,tanye iman kite mane letak nya allah dalam diri kite itu yang pnting bile kite sentiasa pikir allah ,kite tak akan berani buat dosa saye pun tak cakap saye nie baik tapi saye pun rase je apa orang jahat rasa dan rase je apa pemaksiat rase sebab apa tau, tak semua orang jahat tu JAHAT .. tak smua orang baik tu BAIK .. dan tak semua PEMAKSIAT tu tidak boleh berubah .. sebab saye sendiri pun pernah melalui zaman kegemilangan kejahilan diri saye .. dunia nie pentas lakonan sandiwara permainan kite actornya jdi pandai²lah bawak diri dalam kehidupan yang tak semudah yang disangka kan nie ..
.
Sebab tu dari dulu lagi saye pesan pada kalian pada sahabat semua, solat jangan tinggal walau apa sekali pun solat first biar solat tak ikhlas janji ada solat lame kelamaan solat tu ikhlas jdi nya .. bile hidup membelakangi tuhan hidup jdi sempit rezeki tak pernah ckup hidup Allah tak berkat rahmat Allah tak dilimpahi hidup tidak tenang masalah sentiasa datang ..

#pikir2danrenungkan
#muhasabahdiribersama
#syukurselalu

Tuesday, 31 October 2017

Dugaan Bertunang ..



Ditulis oleh : Syafiq Ridhwan.

"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja"

Kami serentak menoleh.

"Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya.
"Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua je. 

Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga"

Kami terdiam.

"Perasan tak, dulu duduk sorang - sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana - manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba - tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.

"Perempuan ni lagi baik dari tunang hang"

"Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari"

"Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal"

"Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah"

Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.

"Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak - anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham"

"Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna"

"Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha"

Kami mengangguk perlahan.

"Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat - erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu"
"Istikharahlah"

"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak"

Saya terdiam lama.

"Ya, inshaAllah. Moga Allah redha"

Tuesday, 10 October 2017

Sumayyah binti Khayyat Hamba Abu Huzaifah


Sumayyah binti Khayyat adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

Saturday, 25 March 2017

Khas Untuk Seseorang




Entry ini khas buat seseorang yang tak perlu saya beritahu siapakah namanya.. Saya pasti bila dia terbaca entry ini, dia tahu ini buat dirinya.. Jagalah diri itu sebaiknya seperti mana diri ini menjaga diri sebaiknya KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA..

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan..

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu..

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu..

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu..

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu..

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya..

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu..

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu..

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu..?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.."

"Kau dah seperti abang kandungku.."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu.."

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU..?

Andai seorang perempuan itu datang..

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang..

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR..

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR..

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL..!!!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda percuma,

Lelaki yang punya jati diri menegur kerana TIDAK MAHU ISTERINYA NANTI MENJADI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang..

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang..

Andai seorang perempuan itu datang..

JAGA DIRIMU..

Sunday, 5 March 2017

Kerinduan Tiada Penghujung ..



Hujan membawa aromanya sendiri,

Dikala rintik rintik jatuh ke bumi menyentuh dedaunan yang haus kerinduan,

Hujan membawa suasana sendu dan syahdu ,

Dikala melepaskan kerinduan bumi akan langit.

Dan aku..?

Aku hanya seorang perindu,

Yang menghujani namamu dalam bait bait sajak sendu.

Dan kamu..?

Kamu hanya objek rindu, yang terusan membuat aku rindu

Yang banyak aku tulis dalam cerita cerita yang ku goreskan.

Aku hanya seorang perindu,

Yang hanya mampu menghujani air mata dalam tiap sujud malamku, dalam tiap doa ku

Diam ini, rentang yang kita ciptakan sendiri,

Dan rindu ini, adalah jarak yang memisahkan rasa.

Dalam diam aku mengadah bersimpuh pada setiap sujud malam,

Menyatakan rindu pada Rabbku bercerita tentang dunia yang banyak menguji kehidupan ku,

Dalam diam aku bertahan menahan segala rindu yang mengacaukan jiwa dan hati pada Rabbku,

Menyatakan rindu dalam rangkaian sketsa barisan kata puisi.

Dalam diam aku mempertahankan keutuhan sebuah singahsana yang telah bertahun dibina,

Janji demi janji , Hari demi hari , Bulan demi bulan dan Tahun akan berganti ..

Aku menantimu sembari berdoa untuk kebaikanmu.

Perbatasan daratan dan lautan.

Perbatasan daratan dan langit,

Seperti itulah batas jarak yang memisahkan kita agar kita saling merindu dan bersatu dalam suatu waktu.

Tapi , bilakah waktu itu akan berlansung ? atau ku noktahkan saja penantian ini..

Saturday, 4 March 2017

Cuba Bayangkan Esok Kiamat.. Astaghfirullahalazim ..



Cuba bayangkan.

Saat kita sedang berseronok.

Bumi bergegar dengan dahsyat.

Kita panik cari keluarga kita.


Kita cari tak jumpa, waktu tu manusia berlari, berlanggar antara satu sama lain.

Kita nampak dunia waktu tu penuh dengan ketakutan, 

Bukan keseronokan lagi.



Bintang mulai jatuh.

Gunung, bukit terbelah.

Langit jatuh.

Haiwan dan manusia berlari untuk selamatkan diri.



Saat itu kita tidak dapat lari lagi.

Nak lari ke London..? Sepanyol..? Turkey..? Korea..?

Tidak..! Kau berhadapan dengan

'Hari Kiamat'

Pintu taubat dah tutup.

Amalan tak banyak sebab seronok dengan 'dunia'

Tibalah kita untuk dibicarakan di hadapan mahkamah Allah.



Waktu dekat dunia tak sempat.

Tak sempat minta maaf dengan orang yang kita buat salah.

Tak sempat tutup aurat.

Tak sempat baca Al Quran.

Tak sempat nak qada' sembahyang.

Tak sempat nak berdakwah.

Tak sempat nak zikir, selawat, istighfar.

Tak sempat nak pergi masjid.

Semua tak sempat.



Apa yang sempat..?

Sempat bukak 'Facebook' , 'Twitter' , 'WeChat'

"Aduh, amalan tak banyak, puasa tak qada' lagi."

"Aduh, sapa nak tolong aku ni..?"

"Aduh, sempat tak aku nak solat, puasa, zikir semua tu..?"

Jawapannya TIDAK..!!



Ya, sekarang kita masuk ke padang mahsyar di mana orang

yang terdahulu, orang kafir, orang alim, para syuhada', akan

dihisab.



Semua menjerit.

Matahari sejengkal atas kepala kita.

Malaikat bagi buku amalan kita. 

Beruntung sapa dapat terima tangan kanan. 

Rugilah sapa dapat terima tangan kiri. 

Allah.


.

Waktu dihisab tu, 

Allah tunjukkan semua apa yang kita buat dekat dunia. 

SEMUA..!



Selesai dihisab, kita pergi titian As Sirat.

Ada yang berlari sepantas kilat, naik kenderaan,

tunggangan, berjalan, merangkak, menyerot.



Semua bergantung pada amalan.

Selesai As Sirat, kita berjumpa dengan Timbangan Al Mizan.

Di mana, kita berat yang mana satu. Pahala..? Dosa..? 

Kita sendiri tahu.



Lepas tu, baru jumpa 'syurga' dan 'neraka'.

Rasulullah ada di setiap perhentian kita. 

Rasulullah yang mula mula dihisab.



Beruntunglah, kalau sapa dapat syurga.

Malanglah, kalau sapa dapat neraka.



Dari sekarang tutup apa yang patut, tingkatkan amalan. Tunaikan apa yang patut. Sedar sedarlah. Cukup-cukup dah berseronok dengan dunia. Sekarang fokus akhirat.

Bicara Perihal RumahTangga ..

•••••••••••••••••••••••••••••
Tajuk berkaitan dgn perkahwinan...
(Berkahwinlah dgn mana² perempuan dua tiga atau empat dan jika tidak mampu(tidak boleh berlaku adil)cukuplah satu.)
.


Soalan :
KENAPA CINTA INI DIKATAKAN BUTA DAN MEMBUTAKAN?

Penjelasan:
Cinta adalah satu anugerah...
Siapalah kita tanpa cinta...
Sifat keibuan pada anak itu juga adalah cinta...
Allah jadikan kita ada jiwa dan ada cinta...
CINTA ITU JADI BUTA KERANA CINTA ITU HADIR TIDAK KIRA PADA SIAPA...
CINTA LAHIR DARI MATA DAN TURUN KE HATI...
.
Soalan:
ADAKAH DIKIRA BERDOSA APABILA SESEORANG ITU MENYURUHNYA BERCERAI KERANA KEADAAN RUMAHTANGGANYA SUDAH GOYANG DAN HAMPIR RUNTUH?

Penjelasan:
KENA MELIHAT KEADAAN RUMAHTANGGA ITU.
MUNGKIN SUDAH TIDAK SEHALUAN.
Pernikahan tidak mengharapkan pada perceraian kerana penceraian adalah satu perkara yg Allah benci tetapi Allah halalkan ..
Tapi jika mahu bercerai juga,lepaskanlah dia dgn cara yg baik.
Kita kena melihat stuasi suami itu(mungkin suami tidak mampu lagi utk bersama isteri)
Kalau org dulu² bila bercerai,suami akan memulangkan semula isteri pada ibubapa dgn cara yg baik.
JALAN TERAKHIR ADALAH BERCERAI.

KUASA PERCERAIAN ADALAH DITANGAN SUAMI.
.
Soalan:
ADA GARA² PERCERAIAN DISEBABKAN ORG KETIGA ..BAGAIMANA USTAZ?

Penjelasan:
Syaitan akan masuk kepada org ketiga utk meruntuhkan rumahtangga.
Ilmu sangat penting dalam melayari rumahtangga.
Ilmu adalah cahaya dan ilmu tidak diberikan kepada pemaksiat.
Utk mengekalkan rumahtangga kena ada ilmu.
BERHATI~HATI DGN LAMAN SOSIAL SEKARANG,ORG CEPAT MENGHUKUM SESEORANG DAN CEPAT MENYEBARKAN BILA NAMPAK ORG BERDUA~DUA TANPA SELIDIK TERLEBIH DULU. 

CINTA ITU SUCI TAPI RAMAI ORG YG MENGOTORINYA....
.
Soalan:
SAYA BACA MASEJ SUAMI DGN PEREMPUAN LAIN DAN SUAMI KATA SAYA BERI AWAK 50 RIBU DAN AKU CERAIKAN KAU,APAKAH JATUH TALAK?

Penjelasan:
Ini memang sudah jelas berlaku cerai...
Sesuatu yg tidak boleh nak buat bergurau adalah cerai,nikah dan rujuk.
BERHATI~HATI...BAB NIKAH,CERAI DAN RUJUK ITU TIDAK BOLEH BUAT MAIN².
.
Soalan:
BAGAIMANA BILA ADA SUAMI ORG BERCINTA DGN ISTERI ORG?

Penjelasan:
Hukumnya adalah HARAM...
Kerana isteri itu adalah MILIK ORANG...
MUNGKIN INI BERLAKU KERANA MEREKA PERNAH BERCINTA DULU....
JANGAN MENJADI PERANGAI SYAITAN YG BERHASRAT MERUNTUHKAN RUMAHTANGGA ORG...
.
Soalan:
BAGAIMANA BILA ISTERI TIDAK REDHA DAN TIDAK MAHU RUJUK DGN SUAMI TAPI RUJUK JUGA SEBAB MAHKAMAH SURUH RUJUK,APAKAH INI NAMANYA CINTA TERLARANG?

Penjelasan:
Mungkin isteri sudah patah hati dgn suami.
Rujuk tetap sah dan mintalah ibubapa nasihatkan isteri utk terima kembali suami.

JANGAN SALAH MELETAKKAN CINTA...BIARLAH CINTA KITA MENDAPAT REDHA ALLAH...
.
Soalan:
BOLEHKAH SUAMI ISTERI DUDUK SERUMAH DALAM TEMPUH EDAH?

Penjelasan:
Jika talak 1 dan 2 masih boleh tinggal bersama kerana masih boleh rujuk.
Sebaik~baiknya duduk berpisah supaya suami dapat berfikir...utk merujuk isteri semula.
Ada mazhab kata rujuk melalui perkataan dan ada juga mazhab kata persetubuhan itu juga sudah dikira rujuk(sudah dikira rujuk dalam tempuh 3bulan 10hari)
Selepas 3bulan 10hari jika tidak dirujuk ini sudah dikira bercerai terus. kalau nak rujuk kembali kne akad nikah semula ..
Jika talak 3 ...tidak boleh lagi dirujuk bermakna tidak boleh lagi duduk serumah.
.
Soalan:
BOLEHKAH ISTERI YG DALAM EDAH(edah kematian 4 bulan 10hari)KELUAR MAKAN² DAN AMBIL GAMBAR MASUKKAN PULA DALAM LAMAN SOSIAL?

Penjelasan:
TIDAK DIBOLEHKAN DAN TIDAK DIGALAKAN SERTA MENJADI HARAM DAN FITNAH JIKA KELUAR MAKAN² DGN SENGAJA TANPA KEPERLUAN.
Boleh keluar jika ada keperluan sahaja(berkerja atau terpaksa keluar kerana hidup berseorangan utk membeli barang keperluan)
Dan islam melarang perempuan dalam edah bersolek.
.
Soalan:
BAGAIMANA ADA ISTERI ATAU SUAMI YG SUKA MENGONGKONG?

Persoalan:
Nasihatkan dia...
Jika sayang kerana Allah,dia tidak akan mengongkong.
Jangan kita terlalu sayangkan seseorang kerana takut bila dia sudah tidak ada lagi atau meninggal, kita akan menjadi strees kerana terlalu sayangkannya.
Lebih baik bersederhana dan jangan mengongkong...
Mengongkong seolah~olah cemburu buta ..
Sebaik~baiknya biarlah bersederhana.
.
Soalan:
ADA ANAK MENGHALANG AYAH/IBU BERKAHWIN KERANA BAKAL ISTERI/SUAMI YG AYAH NAK KAHWINI ITU TIDAK ELOK PERANGAINYA?

Penjelasan:
Anak hanya boleh beri nasihat.
Kerana anak tidak tahu apakah bakal isteri/suami ,ibu/ayahnya itu tidak elok perangainya utk selama~lamanya.
Sedangkan kita manusia boleh berubah...
ANAK YG BAIK HANYA BOLEH BERI NASIHAT JANGAN MENGHALANG...BERDOSA ..
JIKA AYAH/IBU KITA ITU MASIH MAHU MENERUSKAN JUGA PERKAHWINANNYA...BIARKANLAH KERANA PERKAHWINAN ITU SUNNAH...
.
Soalan:
BAGAIMANA NAK NASIHAT SAHABAT YG MENGHARAP CINTA ISTERI ORG?

Penjelasan:
Sahabat yg baik hanya boleh menasihati...
Bawa sahabat kita ke majlis ilmu...
Buat andaian pada sahabat kita cth....macamana jika isteri kau org lain suka...kau marah tak?
Supaya sahabat kita berfikir... klau die kate marah bermkna hati die masih hidup ..

ALLAH CINTA AGUNGKU...
SEMAILAH CINTA KITA KEPADA ALLAH....


JIKA SUAMI TIDAK MAMPU LAGI UTK BERI NAFKAH,ISTERI BOLEH MINTA HAKIM UTK MENASIHATI DAN HAKIM JUGA BOLEH MENJATUHKAN CERAI ATAU TIDAK...
JANGAN MINTA CERAI DGN SUAMI JIKA SUAMI DALAM KESUSAHAN DAN TIDAK MAMPU BERI NAFKAH BATIN ATAU ZAHIR...
RUJUKLAH KEPADA HAKIM YG BERTAULIAH...
.
Soalan:
ADA ISTERI MINTA CERAI DGN SUAMI SUPAYA SUAMI BERUBAH DARI SEGI IBADATNYA,BOLEHKAH USTAZ?

Isteri jangan minta cerai dan sangat tidak digalakkan.
Mintalah org yg dekat dgn kita utk menasihati suami....

BUKAN HANYA ISTERI SAHAJA YG DERHAKA, SUAMI JUGA DIKIRA DERHAKA JIKA TIDAK JALANKAN TANGGUNJAWAB PADA ISTERI....

#InshaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Sunday, 29 January 2017

Bila Difikirkan ..

Tiada hamba Allah yang mahu masuk neraka Tiada hamba Allah yang tidak mahu masuk syurga.. Cuma ada yang tak tahu caranya.. Ujian kita tak serupa kefahaman dan ilmu kita ada yang lebih, ada yang kurang .. Melihat seseorang melakukan kemungkaran mungkin kecil bagi kita untuk tidak lakukan .. Tapi amat sukar bagi sesetengah hamba Allah .. Kadang-kadang kita tidak sedar  .. Bila lihat kemungkaran.. Yang kita lemparkan padanya cuma kritikan dan tomahan, tanpa berfikir soal ‘solusi’.. Kita tidak sedar kita sudah ambil tugas Tuhan melabel dan menghukum .. Kita kata kita ‘sedang dakwah tapi sebenarnya kita sedang menghina hamba Allah ..


Allah izinkan kita lihat kemungkaran bukan mahu tunjukkan kita ini baik dan beriman .. Tapi menguji kita apa yang mampu kita lakukan apakah membantu atau mencela .. Berfikirlah secara dai’e_ (pendakwah), bukan Qadi (menghakimi) ..Yang bukan melihat pada masalah tapi melihat adanya penyelesaian .. Melihat dgn kasih sayang bukan dengan benci ..Tanda benci kerana Allah ialah masih berusaha dan terus mendoakan agar pelaku kemungkaran mendapat hidayah .. Sayang kerana Allah ingin memberi dan mahu yang terbaik sama-sama ..

Semuanya Bukan dengan kekuatan diri kita .. Tetapi dengan bantuan Allah semata-mata ..Ya Allah, jangan serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata ..

Allahumma Aamin..