Monday, 15 August 2016

Betulkah Kita Pandai ? Apa Bukti Nya ?




"If we learn one new thing about our deen everyday actually we
tend to open our minds to a better day"

Allah bagi kita kebijaksanaan tetapi kita salah guna. Kita
gunakan kebijaksaan itu untuk menjatuhkan orang lain.
Allah bagi kita kecerdasan dalam IT dan Teknologi tetapi kita
salah guna. Dengan FB, gosip dan fitnah yang tidak ada
disebarkan diada-adakan. Dengan Twitter, marah, keluh dan
kesah kita ceritakan. Dengan blog, kisah hidup yang sepatutnya
dirahsiakan ditonjolkan. Dengan Instagram, aurat yang tidak
tertutup rapi dipaparkan.

Inikah simbol kecerdasan manusia..?

Aku terdiam tersipu malu dengan haiwan ternakan. Allah bagi
kita kepandaian tetapi kita salah guna. Duduk sekejap try
timbang tara. Dalam banyak-banyak tweet atau status kita di
laman sesawang, agak-agak ada tak post kita yang berunsur,

Fitnah..?

Gosip..?

Kutukan..?

Kemarahan..?

Rungutan..?

Tak bersyukur eh..?

Saya senyum segan tak bertepi kerana haiwan ternakan tidak
pandai menganiaya diri sendiri. Saya ada satu tips yang tak
berapa nak gojes. Tips ni sangat berguna lagi-lagi bila kita kita
dah berpindah ke alam kubur nanti. Disebabkan kita bakal koma
dan paralyzed dalam kubur nanti buat selama lamanya. Try dari
sekarang usahakan mana-mana amalan yang pahalanya akan
mengalir tak berhenti biarpun kita terbaring 'koma' di dalam
kubur nanti.

Contohnya :

Sampaikan apa sahaja kebaikan melalui apa medium
pun. Biarlah orang kata,

"Cliche"

"Ececeh"

"Lapuk"

"Alah, dah pernah dengar dah pun"

"Oh, dah tahu dah"

Sebab apa..? Sebab malaikat Raqib dan 'Atid takkan pernah
cakap macam ni,

"Eh, amalan ni si Siti dah buat tadi. Tiada pahala buatmu sebab
tiru orang. Tak creative"

"Eh, amalan ni kau dah buat seminggu lepas. Mana boleh sama.
Buat yang lain. Bosan la asyik yang sama je"

"Ececeh, buat baik konon. Baru tadi kau buat salah tidur dalam
kelas time lecturer mengajar"

Takkan pernah. Malaikat bukan macam manusia. Tidak pernah
dengki mendengki. Tidak pernah terasa nak merendahkan orang
lain dengan kelebihan yang ada. Sebarkan kebaikan seperti
mana air hujan yang turun ke bumi untuk membasahi setiap inci
tanah yang kering. Tidak memilih tempat. Bak kata manusia
yang gemar mengeluarkan analogi,

"Memilih bulu"

Nak buat baik jangan pilih bulu, jangan pilih masa, jangan pilih
tempat, jangan pilih orang. Allah bukan minta kita pilih bulu pun
bila nak buat baik.

Tak ke leceh namanya tu.

Jangan assume apa yang kita tahu semua orang dah tahu walau
sekecil-kecil amalan, sehalus-halus ilmu. Kita hidup dijadikan
Allah dengan berbagai bagai keadaan dan perbezaan. Latar
belakang hidup kita berlainan. Share ilmu yang ada tu.
Siapa tahu ilmu dan amalan kita yang hanya sebesar kangkang
laydbird dan bukan kangkang kera itu mampu membiaskan
kebaikan kepada seseorang..? Siapa tahu..? Hanya Allah yang
tahu.

"When you find yourself in a position to help someone, be
happy because Allah is answering that person's dua
through you..!"
(Nouman Ali Khan)

"Never paint the others with the same color"

Faham kan maksud yang tersirat..?

Kita mati nanti, niatkan untuk tinggalkan dan wariskan sesuatu
buat Islam. Tak kaya takpe. Bukan Allah marah
pun. Kebanyakkan kita ada account facebook
kan..? Twitter..? Tumblr..? Apa jua account pun termasuk
account bank. Paling mudah dan senang tanpa sebarang caj
tambahan. Sebarkan dan biaskan kebaikan kepada manusia
yang lain. Jadilah seseorang yang mampu mempengaruhi orang
lain dengan kebaikan.

Tak pandai berfesyen pun takpe. Asalkan anda ada banyak style
dan fesyen dalam membiaskan kebaikan.
Paling mudah, biaskan akhlak yang baik kepada mereka yang
lain. Siapa tahu ditakdirkan Allah kita penyebab seseorang itu
bertemu jalan menuju redhaNya dan membantu kita dalam
urusan meniti titian Sirat dan timbangan Mizan.

Siapa tahu..?

Hanya Allah yang tahu

Start dari sekarang fikir nak buat amalan apa. Jangan start nanti-
nanti sebab Malaikat Izrail tidak pernah kenal apa itu 'nanti'.

Sabda Rasulullah SAW dari Ibnu Umar RA,
"Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas
gangguan mereka adalah lebih baik daripada mukmin
yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas
gangguan mereka"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Baginda Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Demi Allah, jika Allah memberikan petunjuk kepada
seseorang kerana (sebab) kamu, maka itu lebih baik
bagimu daripada unta merah (sesuatu yang paling
berharga pada sesuatu zaman)"
(Hadis Riwayat Muttaqfun 'Alaihi)

Kalau betul kita orang pandai,
Kita tahu apa yang kita nak buat sebelum mati.