Saturday, 17 October 2015

Sombong Sifat Tercela

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه





Hari ini mari kita bertanya pada diri check balik diri kite nie mcm mane ,apa yg dah kite buad hari nie ,mcm mne kite layan owg2 sekeliling kite,mcm mne sikap kite terhadap kwn2 kite ,mcm mne cara pnyampaian ilmu pda kwn2 kite ,mcm mne sifat kite pda kedua ummi walid kite ? apa kamu bangga dgn ilmu yg ada ? apa kamu rase dah cukup dgn kekayaan yg kamu miliki ? apa kamu ckup hebat dgn kecantikan kekacakan yg kamu miliki ? .. tnye pda diri sbgai mane kamu mnggunakan semua nikmat yg allah kurnia kan ... Sombongkah Aku??? Riakkah Aku dgn apa yg aku ada ???



 Demi mencapai redhaNya dan hakikat kita sebagai hambaNya.. kita kena sentiasa mengingati diri supaya tidak jauh tersasar dari peyakit SOMBONG..‪ Apa yg kite miliki hari nie tak mustahil dgn sekelip mata allah boleh tarik .. Ketahuilah segale yg allah beri hanye pinjaman semata .. Tidak ada sebesar zarah pun milik kite .. Malu laa apabile diri mempunyai sikap atau penyakit SOMBONG dlm diri krna sifat tersebut sifat yg tercela .. apa kamu mau jadi hmba yg tercela disisi Allah ? Syukur dgn apa yg Allah beri jgan ada sikit pn sifat sombong ...


#‎Sombong‬ adalah penyakit hati yg mana akan menjerumuskan pelakunya ke neraka.‪
#‎Tidak ‬akan masuk syurga barang siapa yg ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah.‪
#‎Merendahkan ‬orang lain itu sombong‪
#‎Mentertawakan‬ orang atas kelemahannya pun sombong.‪
#‎Menunjuk2 ‬kelebihan itu sombong.‪
#‎Berlumba2‬ menunjukkan kekayaan pun sombong.‪
#‎Memperbodohkan‬ org lain itu sombong.
‪#‎Sentiasa‬ nak menang itu juga sombong.‪
#‎Mementingkan‬ diri sendiri itu sombong.‪
#‎Berbangga ‬dengan kecantikan itu juga sombong.‪
#‎Bersangka‬buruk itu sombong.
#Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.‪
#‎Merasa‬ diri hebat itu sombong.
#Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.
#Tidak boleh ditegur itu sombong.
# Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.


SOMBONG ITU ADALAH SATU SIKAP YG SANGAT TERCELA, DAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA AMAL KEBAIKAN. 




SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMELIHARA KITA DARI MEMAKAI SIFAT2 TERCELA INI ... 




Wallahua'lam.Peringatan buat diriku jua.Allahuma Shali Ala Syyidina Muhammad Wa'alaa Ali Sayyidina Muhammad ...




-muhasabah diri-

Penawar Bagi Hati 7

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


#TipsPenawarBagiHati#

Ketika kita dipuji, jangan lupa bersyukur untuk Allah, kerana Allah lah yang memberi pujian itu kepada kita.

Ketika kita dikeji, jangan lupa bersyukur, kerana Allah memberikan pahala kepada kita.

Ketika kita senang, jangan lupa bersyukur kepada Allah kerana dialah yang memneri kesenangan itu.

Ketika kita susah, jangan lupa bersyukur, kerana Allah memelihara kita dari sifat tamak.

Tidak kiralah apa jua keadaan sekalipun, bersyukurlah dan redha kepada Allah. Kerana itulah tanda kita duduk di dalam Rahmat dan Hidayah Allah s.w.t.

#UMaR Zunnun
0707:17102015

Penghijrahan Seorang Pendosa ..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Teringat suatu perbualan bersama sowg rakan pelajar non muslim ketika masih dlm program  amal .. Ketika itu, kami berdua bertugas berikan mkanan pada waktu petang dan diberikan sedikit masa rehat setelah selesai menyediakan ubat untuk para pesakit. Rakan non muslim ini juga merupakan seorang yang aktif dalam agamanya ..

rakan non muslim tnye pda saye :

"Ainaa, masa kamu berubah dulu, saya amat meyakini bahawa perubahan kamu sekejap saja dan sekadar main main. Saya tak sangka kamu akan bertahan selama ini. What make you change DRASTICALLY?"

terkedu dengan pertnyaan nya .. terasa makanan yang masuk ke dalam organ penghadaman saya ingin keluar begitu sahaja apabila ditanyakan soalan sedemikian. Saya tidak menyangka bahawa dia mengikuti perkembangan diri saya dan saya juga tidak menyangka dia berminat untuk mengetahui apa dan kenapa saya melakukan penghijrahan dalam diri saya. Terus terang saya katakan bahawa sebelum ini saya belum cukup kuat untuk berhadapan dengan dia. Apatahlagi dia seorang yang sangat kuat berpegang kepada agamanya. Dalam hati saya berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi kelancaran lidah untuk mengatur bicara. Sengaja juga saya meng'highlight'kan perkataan drastic. Saya tidak tahu bahagian mana diri saya berubah secara drastik. Bagi saya, perubahan saya adalah perubahan biasa. Penghijrahan seorang manusia yang jahil kembali mencari jalan kebenaran. Sudah menjadi lumrah buat kita seorang manusia untuk mencari kebaikan. Fitrah semula jadi yang tidak dapat dinafikan. Malah hal ini diperkuatkan lagi dengan Firman ALLAH dalam surah As Syams ayat 8 hingga 10:

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang orang menyucikan (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"

Ayat ini juga merupakan ayat Al Quran pertama yang diberikan oleh seorang adik junior yang ketika itu berusaha mentarbiyah diri saya ketika firstly saye hadiri majlis ilmu .. tak silap mase ini umur 16, Malah ayat ini begitu sebati dengan kehidupan saya sehingga kini apatahlagi berhadapan dengan godaan nafsu yang melemahkan langkah perjuangan saya.

saye jawab apa yang ditanyekan oleh rakan saye .. "Mendy, Alhamdulillah, ALLAH SWT memilih saya untuk mencari cintaNYA. Selama ini saya selalu mencari kesempurnaan dalam hidup tetapi saya tidak pernah puas. Saya tidak tahu apa lagi yang saya ingin cari. Hati saya terasa kosong. Ada sesuatu kekurangan yang tidak dapat saya isi. Setelah sekian lama, akhirnya saya mengerti bahawa kekosongan itu dapat diisi dengan rahmat dan limpahan kasih sayang merasai hidayah dan taufiq dariNYA"

kemudian dia cakap " I thought your chance because of human. Sometimes I cannot believe that you can wear like this. I feel like Im dreaming or what..."

senyum saye dengan penyataan Mendy .."Mendy, percayalah, ini adalah diri saya. Ainaa Ismail .. Saya masih Ainaa Ismail yang sama, rakan rakan kamu semua. Cumanya cara saya berpakaian ini adalah saya mengikuti perintah wajib dalam agama kami".

dia ajukan soklan lagi .. "Tidakkah kamu berasa rugi? Kecantikan kamu terhalang. Adakah ISLAM tidak menghargai wanita wanitanya dengan menghalang mereka untuk kelihatan cantik?"

lalu saye jawab dengan hati yang tenang .. "Segala puji untuk ALLAH SWT. Alhamdulillah, betapa beruntungnya kami sebagai wanita ISLAM. ALLAH swt sangat menghargai wanita bahkan allah tinggikan martabat seorang Wanita itu .. Maka dengan itu, wanita yang indah itu dilindungi maruah dan harga diri. Sekiranya kita menyayangi sesuatu contohnya buku kesayangan kita, kita pasti akan membalut buku itu sebaik baiknya dan menyimpannya secara rapi. Begitu juga dengan makanan yang dimasak, kita pasti melindungi makanan tersebut daripada tercemar. Begitulah caranya wanita ISLAM dilindungi. Wanita ISLAM percaya bahawa kecantikan hakiki adalah apabila taat pada perintah kepada ALLAH SWT, dan jika benar seseorang itu taat pada agama, dia juga akan menilai kecantikan berdasarkan agama."


Dalam hati saya sebenarnya sudah bersedia dengan jawapan sebab saya yakin Mendy pasti bertanya saya berkaitan pemakaian wanita ISLAM. Inilah mungkin yang dikatakan drastik oleh Mendy apabila saya mengubah cara berpakaian saya. Apatahlagi kegusaran Mendy yang mengatakan bahawa ISLAM menghalang wanita untuk kelihatan cantik. Teringat saya tentang satu hadith yang cukup indah:

ALLAH itu indah dan sukakan keindahan. (Sahih Muslim 131)

Islam tidak pernah melarang seseorang wanita itu untuk kelihatan cantik malahan lebih bertuah dan beruntung wanita ISLAM yang kelihatan cantik itu mendapat ganjaran pahala dari ALLAH SWT. Namun, AWAS, takut apabila terlalu obses cantik, mendapat kemurkaan dari ALLAH SWT pula. Maka, hijabkanlah kecantikanmu buat mereka yang berhak =)

Mendy luahkn hasrat dihatinya "I want to know more about ISLAM but I dont know. One more question, why ada certain muslim yang sembahyang dan ada yang tak sembahyang. Ada yang pakai tudung dan ada yang tak pakai tudung. Macam kami, kami boleh sembahyang bila bila masa, tapi muslim macam ada certain time yang perlu sembahyang."

"Sesungguhnya segala suruhan agama itu MESTI dilakukan.TIDAK ada alasan untuk tidak melakukan suruhan agama. Tetapi ingatlah tidak semua manusia itu sempurna. Pilihan terletak di tangan kita sama ada untuk melakukan kebaikan atau meninggalkannya. Agama TIDAK BOLEH SEKALI KALI disalahkan apabila berlakunya kejahatan dalam diri seseorang kerana individu itu sendiri yang melakukan kejahatan itu. MEREKA YANG TIDAK SOLAT ITU ADALAH MANUSIA YANG INGKAR PERINTAH ALLAH DAN AGAMA" (Perkataan yang dihuruf besarkan menandakan saya menekankan dan menegaskan suara saya.)

"So, orang yang tak sembahyang dan tak pakai tudung jahat?" katanya selamba. tekejut dengan soklan Mendy ..


Tersentap saya mendengar pernyataan sedemikian. Siapalah kita manusia untuk menilai buruk baik seseorang. Tugas kita yang paling utama adalah untuk memberi peringatan. Kita juga manusia biasa. Adakah sehingga akhir hayat kita, kita masih mendapat limpahan dan hidayah taufiq dariNYA? Teringat sebuah hadith yang cukup dipegang diri ini iaitu hadith ke 4 dalam hadith Arbain Imam Nawawi bahawa:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah yang jujur dan dipercayai ucapannya memberitahu kami, ' Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaanya dalam rahim ibunya selama empat puluh hari berupa nuftah (sperma) kemudian menjadi alaqah (segumpal darah yang menggantung) selama waktu itu juga menjadi mudghah (segumpal daging) selama waktu itu pula, kemudian diutuslah malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan menyampaikan empat perkara iaitu: menulis rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan akan menjadi orang sengsara atau bahagia. Demi ALLAH yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selainNYA, sesungguhnya ada seorang di antara kamu yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni syurga, hingga jarak keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan (ALLAH) mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni neraka sehingga masuk ke dalamnya, dan sesungguhnya ada seseorang di antara kamu yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni neraka, hingga jarak keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan (ALLAH) mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni syurga sehingga masuk ke dalamnya. (HR. Bukhari dan Muslim)


Apabila berasa diri sudah melakukan amalan kebaikan, sebaiknya segera dilupakan. Takut kerana kesombongan kita, ALLAH menhantar kita menghuni nerakaNYA, nauzubillah. Seharusnya kita merasa tidak cukup dengan amalan yang dilakukan kerana kita tidak tahu di tahap mana penerimaan amalan kita. Malah, hidayah dan taufiq adalah milik ALLAH SWT, dalam sekelip mata apabila ALLAH sudah memegang hati seseorang itu, dia pasti boleh berubah ke arah kebaikan. Maka jawapan yang saya berikan untuk Mendy;

"Kita hanya manusia biasa. Dalam ISLAM sendiri, kami di ajar untuk tidak terus melabel seseorang itu jahat atau baik. Kami percaya ALLAH SWT sahaja yang berhak menentukannya dan kami yakin seseorang itu pasti boleh berubah kerana kebaikan jika sentiasa dekat dengan ALLAH SWT. Cuma, apa yang saya ingin tegaskan di sini, YANG BAIK ITU, pasti BERSOLAT dan BERTUDUNG kerana yang baik itu pasti berusaha untuk mengikut perintah ALLAH, wallahualam."

Perbualan kami terhenti tatkala masa untuk rehat telah tamat. Kami perlu meneruskan kerja kerja amal yang masih tidak selesai Namun, perbualan petang itu cukup melekat di kotak pemikiran saya biarpun suda berlalu dan kini saya still bergelar student . Alhamdulillah, ALLAH beri kekuatan untuk saya menyusun butir butir bicara pada bidadari kesayangan saya ini. Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini, seolah olah diri saya ini sudah tidak mampu memberi. Hati saya bermonolog sendiri bahawa mungkin diri aku ini tidak punya apa apa sehingga tidak dapat memberi. Mungkin juga hati saya ini dipenuhi maksiat yang menghijabkan diri saya dari terus menyampaikan. Sesungguhnya bertaubat saya kepada ALLAH SWT atas segala kelalaian dan kekhilafan diri saya. Semoga saya sentiasa kekal dalam pemeliharaan ALLAH dan semoga diri ini sentiasa bermuhasabah diri. Teringat pesanan yang sering saya titipkan buat anak anak usrah dan sahabat sahabat saya bahawa sekiranya seruan kita itu tidak dapat diterima, maka muhasabahlah diri kita, mungkin ada dosa dosa kita sebelum ini yang BELUM DISUCIKAN. Dan kini, kata kata tersebut sewajarnya saya tujukan buat diri saya sendiri....

Wallahualam

Hanya hati yang suci dapat menyucikan hati hati yang lain......

‎"Ya Allah, jika mati adalah terbaik buat diriku, maka matikan laa aku dalam keimanan terhadapMu..Jika hidup adalah terbaik buat diriku, maka hidupkan la aku dalam penuh rasa kehambaan kepadaMu..

Diary Seorang Pendosa

-Ainaa-




Friday, 16 October 2015

Syukur Dengan Pemberian Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KEBANYAKAN manusia TAK pernah puas dengan apa yang dia ada.

1) Yang kurus, nak jadi gemok.

2) Yang gemok, nak jadi kurus.

3)Yang kurus keding, nak jadi sado.

4) Yang sado, nak jadi hulk (?)

5) Yang pendek, nak jadi panjang.

6) Yang panjang, nak jadi sederhana.

7) Yang kulit putih, nak jadi hitam (berjemur tepi laut).

8) Yang kulit gelap, nak jadi putih.

9) Yang takde jambang, nak berjambang.

10) Yang dah ada jambang, tak suka ada jambang.

11) Yang miskin nak jadi kaya.

12) Yang kaya, nak jadi makin kaya. Tapi ada juga bila tengok orang miskin, dia baru tahu yang dia tak cukup bahagia.

13) Yang ada kening, nak cukur.

14) Yang takde kening, mengada nak lukis (sapa suruh cukur).

15) Yang ada anak, teringin tak nak ada anak.

16) Yang tak ada anak, teringin nak ada anak.

17) Yang dah ada anak, teringin nak anak-anak macam jiran atau kawan-kawan (konon pandai, bijaksana sini dan lain2).

18) Dah ada mak bapak, teringin nak ada mak bapak macam orang lain (konon sporting, kaya dan lain2).

Dan sebagainya. Begitulah sebahagian besar manusia, tak bersyukur dan tak reti nak rasa CUKUP (qonaah).

Kecuali..

Golongan yang Rasulullah sebut,

"Ajaibnya urusan seorang MUKMIN. Apabila dia diberi nikmat, dia bersyukur. Apabila diuji, dia bersabar."


Kita nak apa sebenarnya ?



tepuk dada tnye iman ... 

10 Ayat Dalam Al Quran Tentang Perkhawinan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Terdapat 10 ayat dalam Al-Quran menyatakan tentang perkahwinan. Allah سبحانه وتعالى yang Maha Khaliq menciptakan setiap makhluk di dunia ini supaya berpasang-pasangan dan berkembang biak.

1.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :


يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا﴿١﴾

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”


2.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 3 :


وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا۟ فِى ٱلْيَتَٰمَىٰ فَٱنكِحُوا۟ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثْنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ فَوَٰحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُوا۟﴿٣﴾

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”


3.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nahl 16; Ayat 72 :


وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةًۭ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ ۚ أَفَبِٱلْبَٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ ﴿٧٢﴾

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?”


4.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nuur 24; Ayat 32 :


وَأَنكِحُوا۟ ٱلْأَيَٰمَىٰ مِنكُمْ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ ﴿٣٢﴾

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”


5.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21 :


وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”


6.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Luqman 31; Ayat 10 :


خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ بِغَيْرِ عَمَدٍۢ تَرَوْنَهَا ۖ وَأَلْقَىٰ فِى ٱلْأَرْضِ رَوَٰسِىَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍۢ ۚ وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍۢ كَرِيمٍ  ﴿١٠﴾

“Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (di permukaan) supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia memperkembang biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.”

7.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Yaasin 36; Ayat 36 :


سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ﴿٣٦﴾

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”


8.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 :


وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ﴿٤٩﴾

“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”


9.      Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Asy-Syu’araa 42; Ayat 7 :

وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ قُرْءَانًا عَرَبِيًّۭا لِّتُنذِرَ أُمَّ ٱلْقُرَىٰ وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ ٱلْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ فَرِيقٌۭ فِى ٱلْجَنَّةِ وَفَرِيقٌۭ فِى ٱلسَّعِيرِ ﴿٧﴾

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “Ummul-Qura” (penduduk Mekah) dan penduduk (di dunia) sekelilingnya serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) segolongan masuk Syurga dan segolongan lagi masuk neraka.”


10.  Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Qaf 50; Ayat 7 :


وَٱلْأَرْضَ مَدَدْنَٰهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَٰسِىَ وَأَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍۭ بَهِيجٍۢ ﴿٧﴾

“Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur dipandang mata.”

Teristimewa penciptaan manusia adalah suatu ujian, sejauh mana keimanan dan ketaqwaan seseorang itu terhadap Allah سبحانه وتعالى. Jika lulus mengikut garis panduan Al-Quran dan sunnah, maka akan dijanjikan kebahagiaan dan kenikmatan yang lebih besar iaitu syurga yang kekal abadi.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)