Monday, 26 October 2015

Pesan Buat Kawan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar kawan2 semua hari nie ? Moga sentiasa didalam lindungan Allah ...

Kawanku...

Hmm..

Tak tahu nak ulas macamana.

Pernah tak kita rasa tertekan, buat dosa, dah taubat, tapi kita buat balik. Kemudian kita taubat, tapi lepas tu jatuh semula ke maksiat yg sama..

Berulang-ulang, ulang dan ulang..

Orang yang hatinya HIDUP, pasti dia akan merasa sangat sedih, pedih dan amat terseksa kerana terpenjara dengan dosa noda.

Satu je nak pesan.

Jangan putus asa wahai kawan.

Saidina ali pernah bagitahu:

"Orang yang paling untuk ialah orang yang sering di uji dgn dosa, dan dia bertaubat..."

Kawan..

Taubat ni bukan magik.

Bukan taubat sekali, esok terus dapat tinggal maksiat.

Tidak.

Taubat ni realistik. Kena taubat, taubat, taubat dan taubat. Bahkan, kalau rasa tak pernah buat dosa pun kena taubat. 

Kerana apa?

Kerana Allah sangat CINTA hambanya yang bertaubat..

Ya wahai kawan..

Allah CINTA KAU kalau KAU bertaubat!

Setiap kali kita sujud, menangis pilu mengenang dosa, insaf dan doa merayu merintih memohon ampun, setiap kali itulah ALLAH SANGAT MENCINTAI KAU wahai kawanku...

Ingat...

"Pintu taubat takkan terbuka dgn sekali ketuk, tetapi, pintu taubat akan terbuka setelah kia ketuk berkali-kali.."

Moga Allah bagi kita hidayah dan kekuuatan untuk kita sering melazimi taubat ...

Moga bermanfaat 

Penawar Bagi Hati 13

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#TipsPenawarBagiHati#

Jangan sesekali kita mula menipu.

Jangan kita mengamalkan menipu.

Jangan kita kekal dalam menipu. 

Kerana ia akan merosakan kita dan orang lain. 

Ikutlah Nabi kerana sabdanya, "Aku adalah Nabi yang tidak menipu, Aku adalah anak Abdul Mutalib". (Bukhari & Muslim)

#UMaR Zunnun
1119:26102015

Penawat Bagi Hati 12

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#TipsPenawarBagiHati#

Hati x tenang kita cari kawan, pakwe or makwe.

Susah hati kita cari makanan, cari tempat tido, tgk movie.

Bergaduh atau sakit hati kita cari suami, mak, ayah atau yang rapat dengan kita.

Stress pergi shoping, berenang, berjoging dan lain2.

Semuanya tu terletak kat hati, maka hati ni punca segala kebaikan atau keburukan. Kalau salah kegunaannya maka rosak kita. 

Kembalilah kepada Allah. carilah Dia, berjoging kepada Dia, shoping dengan Dia, berkasihlah dengan Dia, kerana Dialah penenang dan pemujuk hati kita.

#UMaR Zunnun
1116:25102015

Thursday, 22 October 2015

Tarbiah Diri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bismillah.

Apa kabar semua warga blogger? 

Saya doakan agar kita semua di ampuni Allah dan di sihatkan tubuh badan dan IMAN.

Di pagi hari ni, saya nak pesan something.

***

Korang pernah tak rasa stress, tension, bengang, asyik rasa tak puas hati dengan orang lain, rasa tak selesa, rasa gundah gulana, resah, gelisah, rasa macam tiada arah, rasa terhimpit, tersepit, sakit, pedih hati, rasa kosong dan sebagainya.

Pernah tak korang rasa??

Korang nak tak kalau hati korang tenang, aman damai, bahgia, harmoni, positif dan ceria?

Kuncinya satu wahai kawan.

Tinggalkan maksiat, bertaubatlah pada Allah.

Orang yang bertaubat, wajahnya akan berbeza dengan orang yang di saluti dosa noda.

Ya, kehidupannya juga berbeza.

Persoalannya, sudah berapa lama kita menangguhkan taubat kita, lupakan Allah, abaikan Allah, bahkan lebih mengutamakan cinta manusia, crush sini sana, minat artis sini sana, tu hensem ni cantik, obsess, sering memikirkan si dia, menangispun ingat crush, menangis sebab tengok drama cintan cintun.

Sungguh..

Air mata itu ada NILAI. Dan, nilai air mata yang paling agung ialah air mata taubat. Dengannya, api neraka akan terpadam.

Sudah berapa lama kita tak menangis mengenang dosa?

Ya Allah, kurniakanlah kami mata yang mudah mengalir air mata kecintaan kepadaMu..

Amin!!

Penawar Bagi Hati 11

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#TipsPenawarBagiHati#

Saat manusia tinggalkan kita,

Saat manusia bencikan kita,

Saat manusia memandang hina kepada kita,

Saat manusia tidak puas hati dengan kita,

Saat manusia mengumpat dan memfitnah kita,

Saat manusia melemparkan perkataan, perbuatan dan perasaan tidak sepatutnya kepada kita,

Ingatlah, Allah setiap saat bersama kita. 

Kembalilah kepadaNya, koreksilah dan muhasabah diri kita, perbetulkan apa yang salah, kekalkan apa yang benar.

Usahlah kita rasa kecewa dan putus asa dengan manusia, tetapi takutlah jika kita kecewa dan putus asa dengan Allah.

#UMaR Zunnun
0657:22102015